Thursday 10 September 2015

KOHAWA WADAH USAHANITA DESA...



Sungai Besar 11/9/2015:
Wanita Sungai Besar mengorak langkah menceburi bidang pengkoperasian dengan mewujudkan KOPERASI HAWA SUNGAI BESAR BERHAD (KOHAWA).
Mesyuarat Agung Permulaan penubuhan KOHAWA yang dirasmikan oleh YB Dato'Hjh Noriah Kasnon Ahli Parlimen Sungai Besar merangkap Timbalan Menteri Perusahaan,Perladangan dan Komoditi pada hari ini merupakan satu langkah permulaan bagi kaum wanita di daerah ini untuk menceburi bidang perniagaan pada skala yang lebih besar bagi meningkatkan pendapatan kepada anggota koperasi ini.

YB Dato'Noriah Kasnon dalam ucapan perasmiannya menyebut objektif penubuhan koperasi ini akan dapat memberi peluang kepada ahli-ahli koperasi ini untuk turut serta dalam projek-projek yang dirancang oleh koperasi antaranya memanafaatkan tanah-tanah terbiar dikeliling rumah untuk dijadikan tapak projek pertanian dan IKS yang lain bagi menambahkan pendapatan sampingan kepada surirumah.



Antara projek-projek yang akan dilaksanakan adalah tanaman cendawan, ternakan kupang bagi menghasilkan mutiara dan lain-lain industri kecil sederhana untuk dipasarkan secara teratur dan terurus melalui koperasi yang ditubuhkan ini.

YB Dato' Hjh Noriah juga menyeru kepada kaum wanita untuk bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan pemasaran hasilan kampung.



Koperasi HAWA ini turut mendapat sokongan kuat dari Dato'Normaziah Sheikh Mohamad seorang tokoh korporat wanita yang berjaya Ikon Wanita Malaysia 2007 yang merupakan CEO MEGAPADU HOLDING.
Beliau akan menjadi penasihat dan pembimbing KOHAWA untuk melakar sejarah menjadi koperasi wanita yang berjaya di negara ini pada suatu masa nanti.

Posted via Blogaway


No comments:

Post a Comment