Sunday 26 March 2017

Ejakulasi PraMatang!



Saya tergelak besar apabila membaca cerita-cerita awal yang keluar di media massa dan elektronik berkenaan “rampasan harta milik 1MDB” yang kini digembar-gemburkan oleh mereka-mereka yang:

Tidak gemar membaca isi kandungan sesuatu penulisan, hanya tajuk utama,Suka berkongsi pautan URL tanpa mengetahui isi kandungan, dan,Membaca hanya kata kunci seperti rampasan, 1MDB, Malaysian Official 1, WSJ, dan terus membuat rumusan bahawa Najib Razak telah mencuri wang rakyat dari 1MDB.

Kepada yang ada masalah ejakulasi awal, wang yang telah disalahgunakan datangnya dari IPIC dan bukannya 1MDB. Wang yang diperolehi oleh Red Granite adalah dari IPIC.

Belum ada sesiapa yang didakwa di mahkamah, jauh sekali telah berlakunya rampasan harta milik Red Granite.

Mari kita membuat sedikit pentelaahan:

MEMAHAMI SAMAN SIVIL YANG DIFAILKAN JABATAN KEADILAN AMERIKA SYARIKAT:
Dokumen Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memerlukan masa untuk membaca sepenuhnya namun berikut adalah ringkasan daripada dokumen itu dan sidang media yang dibuat oleh Peguam Negara Amerika Syarikat:
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) telah memfailkan saman sivil bagi menyita aset yang mereka percaya ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada empat individu di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptocracy.

S1: Siapakah empat individu itu?
Mereka ialah anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz; ahli perniagaan rakyat Malaysia, Jho Low; bekas pengarah urusan IPIC- syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, Khadem Al Qubaisi yang juga bekas Pengerusi Aabar Investments PJS dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny yang bertanggungjawab menjalankan urusan dengan 1MDB pada masa itu.

S2: Apakah itu Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptocracy?
Ia adalah satu inisiatif yang dimulakan pada tahun 2010 oleh Kerajaan Amerika Syarikat melalui Jabatan Keadilan negara itu bertujuan untuk menyita dan mengambil semula aset di dalam negara itu yang disyaki Jabatan Keadilan mempunyai kaitan kepada kegiatan rasuah daripada negara asing dan mengembalikannya kepada negara asal.

S3: Mengapa DOJ menyiasat kes ini?
Pada Mac 2015, DOJ menerima aduan daripada Sarawak Report. Lanjutan daripada itu, mereka turut menerima aduan daripada penyokong setia Tun Mahathir, Khairuddin Abu Hassan.

S4: Apa sebenarnya yang difailkan DOJ terhadap empat individu terbabit dan apa akan terjadi selepas ini?
DOJ telah memfailkan kes sivil bagi memohon mahkamah menyita aset 3 individu. Mahkamah kemudian akan memeriksa jika aset terbabit turut dituntut oleh pihak lain. Jika tiada pihak lain menuntut aset terbabit, maka mahkamah akan meminta 
DOJ membuktikan aset terbabit sama ada dicuri atau diperolehi dengan cara jenayah.

S5: Adakah Perdana Menteri turut didakwa?
Tidak. Perdana Menteri tidak didakwa malah tidak dinamakan dalam kes ini disebalik dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad pada September 2015 kononnya Najib bimbang untuk ke luar negara kerana mungkin ditangkap Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Ini adalah tidak benar bukan sahaja kes ini adalah kes sivil malah Najib turut tidak disebut dalam saman ini.

Namun terdapat rujukan dibuat kepada Malaysia Official 1 di mana DOJ mendakwa individu ini telah menerima dana yang berkait dengan 1MDB.
S6: Adakah sesiapa akan dipenjarakan jika aset dapat disita?
Tidak. Ini adalah kes sivil dan bukannya kes jenayah. Jika mahkamah menyebelahi DOJ, aset akan disita. Tiada pemenjaraan atau pertuduhan jenayah.

S7: Jika mahkamah membenarkan aset disita, apakah akan terjadi kepada aset terbabit?
DOJ akan mengembalikan aset terbabit kepada pihak yang dipercayai pemilik asal, dan dalam kes ini, 1MDB.

S7: Adakah aset yang dibeli itu adalah daripada wang yang dicuri daripada 1MDB?
1MDB telah dan secara konsisten menegaskan tiada wang dicuri dan dapat memperincikan ke mana wang disalurkan. Namun demikian, 1MDB kini dalam pertikaian dengan IPIC di mana 1MDB tetap dengan pendirian yang mereka telah membayar atau mendepostikan atau menjamin sehingga USD6 bilion oleh sebuah syarikat bernama Aabar Investments PJS BVI selepas menerima arahan daripada Pengerusi Aabar ketika itu, Khadem Al Qubaisi dan juga bekas Pengarah Urusan.
IPIC mempertikaikan ia memiliki Aabar Investments PJS Ltd (BVI) seterusnya menafikan ia meneria dana terbabit daripada 1MDB. Pertikaian ini kini dibawa ke Pusat Arbitrasi London dan akan mengambil masa berbulan. Apapun, 1MDB sangat yakin mereka akan memenangi kes ini dan akan dapat memperoleh semula wang terbabit, dan sebab itulah 1MDB sebelum ini enggan membayar faedah bagi bon USD3.5 bilion biarpun berupaya berbuat demikian serta membolehkan penjaminan bon berkenaan oleh IPIC dan kini dalam proses arbitrasi.

S8: Jika wang itu tidak dicuri, jadi mengapa DOJ bertindak ke atas aduan dibuat?
Adalah tidak mustahil wang yang dibayar 1MDB kepada Aabar Investments PJS Ltd (BVI) yang dikawal Khadem dan turut dinafikan IPIC memilikinya, telah digunakan untuk membiayai pelbagai pelaburan di Amerika Syarikat termasuk hartanah, perfileman, karya seni dan syarikat.

S9: Berapa nilai aset yang terlibat dalam kes DOJ ini?

Tiada jumlah spesifik yang disahkan namun laporan daripada New York Times dan WSJ mendakwa ia bernilai hingga USD1 bilion.

S10: Mengapa anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz terlibat?
WSJ sebelum ini melaporkan yang penyiasat percaya syarikat perfileman RIza Aziz, Red Granite menerima USD155 juta dalam bentuk pinjaman daripada Aabar Investments PJS Ltd (BVI) di mana kebanyakkannya disalurkan bagi membiayai filem yang diterbitkan pada 2013, ‘The Wolf of Wall Street’ dan bagi membeli hartanah.
WSJ mendakwa dokumen menunjukkan tiga pindahan wang dibuat kepada Red Granite Capital pada 2012, USD60 juta, USD45 juta dan USD50 juta.
Daripada jumlah itu, USD105 juta telah digunakan Red Granite sebagai pinjaman manakala USD50 juta dipindahkan kepada syarikat melalui pihak ketiga.
“Menurut mereka yang mengetahui mengenai siasatan dan 1MDB, antara pihak ketiga itu ialah Telina Holdings Inc, sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Islands oleh Al Husseiny dan bosnya, Khadem Al Qubaisi.” (Kedua penama ini disebut sebagai antara individu disaman DOJ).
Menurut WSJ, pinjaman USD50 juta daripada Telina Holdings sudahpun dibayar semula, memetik mereka yang mengetahui mengenai siasatan itu.
Seorang jurucakap Red Granite memberitahu WSJ, syarikat itu sudah membayar pinjaman dan akan terus membuat pembayaran kepada semua pinjaman mereka.
“Red Granite tidak mempunyai sebab untuk mempercayai dana daripada Aabar adalah mencurigakan dan yakin dana pinjaman itu adalah sah.
“Apa yang Red Granite sudah lakukan dan akan meneruskan usaha menerbitkan filem yang berjaya yang pernah memperolehi lebih daripada USD825 juta pulangan daripada tayangan seluruh dunia.

S11: Jika ia adalah satu pinjaman atau pelaburan ke dalam Red Granite di mana sebahagian atau sepenuhnya sudah dibayar daripada sebuah filem yang berjaya, mengapa pula Riza Aziz dijadikan sasaran kepada saman sivil ini?
Di Amerika Syarikat, jika anda memperoleh keuntungan daripada dana yang DOJ syaki disalurkan daripada sumber tidak sah, ia dipanggil ‘pengambilan untung / pencatutan, maka keuntungan yang diperolehi juga adalah tidak sah dan boleh disita, iaitu menjana pendapatan daripada dana haram. Ini berbeza daripada mencuri wang.
DOJ kemudian perlu membuktikan Red Granite menyedari dana atau pinjaman yang diterima adalah tidak sah.

S12: Bagaimana pun dengan pelaburan Jho Low?
Tidak banyak didedahkan apakah aset atau nilai pelaburan yang dimiliki Jho Low, seorang pengurus dana di Amerika Syarikat namun Jho Low sebelum ini pernah mengesahkan dia memiliki sebuah hartanah di Amerika Syarikat dan mungkin turut membuat pelaburan di dalam syarikat berpengkalan di negara yang sama.

S13: Berapa lama kes sivil ini akan mengambil masa sebelum penghakiman dibuat?
Kes seumpamanya telah mengambil masa bertahun lamanya di mana kedua pihak mengemukakan pertikaian mereka di mahkamah Amerika Syarikat bagi membolehkan hakim membuat keputusannya.

S14: Adakah apa apa yang ganjil mengenai kes ini?
Ada. Secara tipikalnya, pihak yang kononnya menjadi mangsa kepada kecurian wang ini iaitu 1MDB perlu membuat aduan kepada DOJ bagi memohon jabatan itu menyita sebarang aset yang mereka percaya dibeli daripada wang yang dicuri. Dalam kes ini, 1MDB secara konsisten menyatakan tiada wang yang dicuri dan mereka dapat memperincikan setiap pelaburan atau pindahan wang namun DOJ tetap memfailkan saman sivil kononnya bagi mendapatkan kembali ‘wang yang dicuri’ biarpun ‘mangsa’ (1MDB) sudah menjelaskan tiada wang dicuri daripadanya.

S15: Macam mana pula 1MDB mengatakan tiada wang dicuri dan dapat diperincikan walhal DOJ mendakwa ia dibelanjakan dengan mewah sekali?
1MDB berurusan dengan rakan kongsi yang dimiliki kerajaan negara asing dan dana pelaburan yang sah serta diperakui bank antarabangsa. 1MDB memindahkan wang kepada mereka. Apa yang mereka lakukan selepas wang dipindahkan bukanlah di bawah kawalan atau pengetahuan 1MDB. Ia adalah tanggungjawab pihak yang menerima.

1MDB sudah memulakan proses mendapatkan semula aset daripada pihak terbabit, di mana ia melibatkan kerjasama dengan syarikat dipertikai Aabar Investment PJS Ltd yang kini sedang melalui proses arbitrasi. 1MDB yakin ia akan memberikan keputusan positif.

S16: Bagaimana pula dengan deposit yang dibuat ke dalam akaun Malaysia Official 1 sebagaimana disebutkan dalam laporan FBI?
Adalah penting untuk kita tahu, akaun ini biarpun dibuka atas nama peribadi, ia bukan untuk kegunaan peribadi di mana ia adalah satu akaun khas presiden untuk kegunaan parti dan dibenarkan oleh perlembagaan parti.
Amalan ini turut diperakui Muhyiddin Yassin.

https://www.youtube.com/watch?v=rnI_5pbkqs0

Malah, WSJ turut mengakui dana dalam akaun ini digunakan bagi tujuan politik dan bukannya untuk kegunaan peribadi.

Tidak pernah pada bila-bila masa, Malaysia Official 1 menerima wang daripada akaun 1MDB untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. DOJ mendakwa Malaysia Official 1 mengekalkan jumlah RM210 juta daripada tiga pindahan yang boleh dikaitkan dengan 1MDB.

Tiga pemindahan wang itu ialah:

1. RM60 juta (USD20 juta pada masa itu) dibayar pada 2011 (kerjasama perkongsian antara 1MDB dan PetroSaudi bermula pada 2009) daripada akaun Gabenor Riyadh ketika itu, Prince Turki Al Saud. DOJ mendakwa pembayaran RM60 juta ini pada tahun 2011 datang daripada pelaburan USD1.83 bilion yang dibuat 1MDB bagi perkongsian kerjasama dengan PetroSaudi pada 2009.

2. RM100 juta (USD30 juta pada masa itu) – dibayar pada lewat 2012 daripada akaun BlackStone Asia. DOJ mendakwa wang RM100 juta ini pada Nov 2012 adalah daripada bon USD3.5 bilion yang dikeluarkan 1MDB dan IPIC pada April 2012. Namun demikian, pemindahan ini turut disokong oleh sekeping surat setahun sebelum itu iaitu pada 2011 di mana pengirimnya menjelaskan akan memindahkan wang sehingga USD375 juta daripada beberapa akaun termasuk BlackStone Asia.
Lihat https://assets.documentcloud.org/documents/2777406/375m-pledge-letter-to-Najib-Razak-from-HRH.pdf

3. RM50 juta – yang datang daripada RM2.08 bilion (atau terkenal dengan jumlah USD681 juta pada kadar tukaran ketika itu USD1 = RM3.05) dipindahkan pada Mac 2013, iaitu sebelum PRU13 sebelum dikembalikan pada Ogos 2013, melalui akaun Tanore. Pemindahan ini turut disokong surat daripada penderma kerabat diraja Arab Saudi di mana SPRM turut menemuramah keluarga kerabat diraja itu dan Menteri Luar Arab Saudi turut menyatakan ia adalah dana mereka. 

Saya pasti tidak pada bila-bila masa Malaysia Official 1 mengetahui asal usul sebenar dana yang dipindahkan ke dalam akaunnya. Pengetahuannya adalah berdasarkan kepada aturan tahun-tahun sebelum itu yang dibuat dengan kerajaan Arab Saudi di mana derma politik disalurkan ke akaunnya untuk kegunaan parti. Adalah penting untuk kita fahami, setiap pemindahan itu akan turut dilampirkan dengan surat daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Sumber-https://seademon.me/tag/jho-low/


Tuesday 21 February 2017

Viral Video Anak Makan Cacing Hidup-hidup, Ternyata Ada Fakta Menarik di Balik Aksinya

Biasanya para orangtua akan memberikan makan anaknya dengan makanan yang bergizi dan lazim.

Namun belakangan viral sebuah video memperlihatkan seorang ibu yang memberikan makanan anaknya berupa cacing hidup-hidup.

Video tersebut dibagikan oleh Deri Lioni, Sabtu (18/2/2017) di akun Facebooknya.

Dalam video itu tampak seorang anak kecil yang makan dengan lahap semangkuk cacing hidup-hidup di depannya.

Tak disangka, video itu secara cepat viral di media sosial dengan jumlah share mencapai 15 ribu kali dalam dua hari.

Pada kolom komentar juga sudah dipenuhi, hingga ribuan komentar.

Beberapa netizen pun lantas mengirimkan komentar dan merasa khawatir dengan nasib sang anak.

Ada yang berkomentar, bagaimana jika cacing tersebut hidup di dalam perut si anak?

Di antara pengguna Facebook yang berkomentar juga ada yang bertanya-tanya mengapa sang ibu tega memberikan makan anaknya dengan cacing hidup-hidup.

Banyak juga yang merasa jijik, melihat cacing dimakan hidup-hidup.

Tetapi setelah melihat caption atau keterangan video yang dibuat sang ibu, mungkin bisa menjadi pencerahan.

Nyale ala Azali,” tulis Deri Lioni sebagai pelengkap video.

Ternyata makan cacing nyale hidup-hidup merupakan salah satu budaya atau tradisi yang populer di Pulau Lombok.

Mengutip dari www.sarihusada.co.id, cacing nyale di Pulau Lombok dapat diolah menjadi makanan yang lezat seperti dimasak kuah santan, nyale pepes atau lipit, sambal goreng nyale, dan sebagai penyedap atau mansin.


Friday 17 February 2017

Pereka ‘BURUNG PURPLE’ tidak menolak gaya mengangguk bawa maksud ‘GILA’

Ramai yang tertanya-tanya mesej yang dibawa oleh burung yang dipercayai burung merpati itu.

Beberapa hari ini, netizen, khususnya pengguna Facebook, ‘pening’ dengan kemunculan seekor burung berwarna ungu yang membanjiri ruangan komen.

Burung itu menjadi pilihan ramai untuk ditinggalkan di ruangan komen, walaupun adakalanya ia nampak tidak kena dengan status yang dimuat naik.

Apa yang menjadi persoalan ramai adalah dari mana dan apa sebenarnya mesej yang dibawa oleh burung yang dipercayai burung merpati itu.

Mari kita lihat beberapa perkara yang diketahui tentang burung nakal ini.

APA

Menurut penjelasan di laman web knowyourmeme.com, burung tersebut dikenali sebagai Floppy Trash Doves, dan ia merupakan sebahagian daripada koleksi Facebook stickers.

Ia memaparkan burung Merpati itu dalam 24 situasi dan gaya, termasuklah gaya mengangguk yang menjadi pilihan ramai.

SIAPA

Sticker ini direka oleh Syd Weiler, seorang artis dan pereka grafik dari Amerika Syarikat. Ia mula dilancarkan 1 Februari lalu, dan mula tular di Thailand.

MAKSUD ‘MENGANGGUK’

Ditanya mengapa burung itu menganggukkan kepala dengan gaya ala penyanyi heavy metal, Weiler memberitahu, gaya tersebut boleh melambangkan banyak situasi dan perasaan, antaranya gembira, teruja atau sedang berseronok.

Malah Weiler tidak menolak burung itu juga melambangkan emotionally disturbed, atau bahasa mudahnya, gila.

‘MEME’

Lagak pelik burung itu, seperti biasa, mendapat perhatian netizen, sekali gus mencetuskan banyak reaksi yang menggelikan hati.


Wednesday 15 February 2017

Ramai yang tidak tahu Tun Mahathir mempunyai kuasa melenturkan masa?

Tun Mahathir, ketika menerajui kepimpinan kerajaan Malaysia, banyak melakukan perubahan yang menongkah arus perdana. Salah satu perubahan kontroversi yang beliau pernah lakukan adalah mempercepatkan masa.

Ya! Mempercepatkan masa.
Pada 31 Disember 1981, jam 11:30 malam, jutaan rakyat Malaysia menyaksikan jam di menara Bangunan Sultan Abdul Samad dipercepatkan 30 minit menjadi jam 12 tengah malam. Semua jam di semenanjung Malaysia juga diarah berbuat demikian


Kenapa di semenanjung sahaja?
Sebelum tarikh keramat itu, zon masa di Malaysia Barat (MB) dan Malaysia Timur (MT) tidak selaras. MB guna GMT+7.30, manakala MT guna GMT+8. Bagi memudahkan urusan rasmi dan pentadiran ekonomi negara, Tun Mahathir mahu waktu di seluruh Malaysia diselaraskan.

Beliau telah memilih GMT +8 untuk dijadikan Waktu Piawai Malaysia(WPM). Memandangkan MT memang dah guna GMT +8, hanya jam di MB sahaja terlibat ketika penyelarasan waktu tersebut.

Namun begitu, ramai yang mempertikaikan pemilihan GMT +8 sebagai WPM. Bukankah pusat ekonomi Malaysia pada ketika itu adalah di Kuala Lumpur? Mengapa tidak diselaraskan kepada GMT +7.30?

Pilihan Tun Mahathir itu mengambil kira pengaruh ekonomi yang lebih meluas. Kuasa ekonomi besar di rantau ASEAN seperti Hong Kong, China dan Taiwan menggunakan zon masa GMT +8, jadi berada pada zon masa yang sama dengan kuasa-kuasa ini dikira akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing.

Anjakan 30 minit kehadapan ni telah menjadikan waktu MB sedikit pelik berbanding waktu di bandar-bandar lain yang terletak berhampiran garis khatulistiwa.

Di Khatulistiwa, secara ideal, pertukaran siang dan malam berlaku sekitar jam 6 pagi dan 6 petang. Ini menjadikan
siang dan malam sama panjang sela masanya, iaitu masing-masing 12 jam.

Siang berlangsung dari 6 pagi hingga 6 petang, jadi pertengahan waktu siang adalah jam 12. Sebab itu jam 12 digelar “tengah hari”.

Malam berlangsung dari 6 petang hingga 6 pagi, jadi pertengahan waktu malam adalah jam 12. Sebab itu jam 12 digelar “tengah malam”.

Di bandar-bandar yang terletak berhampiran Khatulistiwa—Somalia, Jakarta, Makassar, Bandar Seri Begawan, malah di Kota Kinabalu dan Labuan, matahari terbit sekitar jam 6 pagi dan terbenam sekitar jam 6 petang. Ini hampir ideal.

Di Kuala Lumpur dan bandar-bandar MB pula, matahari terbit sekitar jam 7 pagi dan terbenam 7 petang.

Pelik kan?
Oh ya! Tun Mahathir bukan orang pertama yang tukar waktu di Malaysia. Semasa zaman penjajahan beberapa kali zon waktu di rantau ini diubah. British pernah arahkan gunakan zon waktu GMT +7. Zaman penjajahan Jepun, kita guna GMT +9, selaras dengan zon masa Tokyo.

Penyelarasan zon masa bukanlah sesuatu hanya berlaku di Malaysia.
Adakah benar demi kepentingan ekonomi dan pentadbiran, Singapura juga terpaksa ikut berganjak 30 minit ke hadapan pada penghujung tahun 1981 itu.

Bayangkan kalau Singapura kekal guna GMT +7.30 orang Johor yang bekerja di seberang tambak. Setiap hari, selepas melalui kaunter imigresen, kena selaraskan semula jam tangan. Tak pun pakai jam di kedua-dua belah tangan. Kanan waktu Malaysia, kiri waktu Singapura. Hahaha.

Selain itu, pada tahun 2001, Thailand juga pernah bercadang menukar zon waktunya daripada GMT +7 kepada GMT +8, namun tidak terlaksana. Malah usul tentang penyeragaman zon waktu negara-negara ASEAN pernah diketengahkan dan zon waktu pilihan dalam usul itu adalah GMT+8.

Patutlah orang semenanjung selalu lewat datang temujanji. Lupa nak cepatkan jam 30...hahaha

Sumber:thevocket.com