Monday 31 August 2015

GST HUKUMNYA ADALAH HARUS!!

Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.
2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:
i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.
ii. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.
iii. Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.
iv. Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:

الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم

"Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka".
3. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah يُتَحَمَّلُ الضَّرَرُ الْخَاصُّ؛ لِأَجْلِ دَفْعِ ضَرَرِ الْعَامِّ (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.
4. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:
i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan Setempat;
Keterangan/Hujah: 
1. Secara umumnya, sumber pendapatan Negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Zakat merupakan kutipan yang berdasarkan arahan Allah SWT dan pihak yang layak menerimanya juga telah ditetapkan oleh Allah SWT. Manakala cukai pula, ada yang bersandarkan kepada nas  seperti  jizyah,  dan  selainnya  adalah  berdasarkan  kepada  budi  bicara Pemimpin  Negara  mengikut keperluan  semasa.  Pihak  yang  berhak  menerima agihan hasil kutipan cukai juga bergantung kepada budi bicara Pemimpin. Oleh itu isu cukai adalah isu siyasah Syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain, dan maslahah pada  sesuatu  zaman berbanding  zaman  yang  yang  lain  (Syaltut,  2004;  al- Qaradawi, 2006).
2. Sistem percukaian di Negara Islam bermula sejak pada zaman Nabi Muhammad saw di bawah Piagam Madinah yang telah menetapkan bayaran jizyah ke  atas  orang  bukan  Islam  dan  bayaran  zakat  ke  atas setiap  umat  Islam (Zulkornain Yusof, 1994). Sistem percukaian di Negara Islam semakin berkembang pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab r.a seperti memperkenalkan bayaran cukai ke atas tanah (al-kharaj), perdagangan (al-'usyur) dan lain-lain. Pelaksanaan percukaian ini terus diikuti dan diperbaiki oleh pemerintahan pada zaman Khilafah Umawiyah dan Abbasiyah terutamanya pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz dan Khalifah Harun al-Rasyid. Perubahan dalam sistem percukaian dalam pemerintahan Islam terus berubah mengikut peredaran masa sehingga kepada kerajaan Uthmaniyah yang terakhir pada tahun 1922.
3. Para ulama' tidak mempersoalkan tentang cukai yang telah diaplikasikan di zaman Nabi Muhammad saw dan Khulafa' al-Rasyidin iaitu jizyah, kharaj, dan 'usyur, kerana ia berdasarkan nas Syara'. Cukai tersebut diistilahkan sebagai 'direct tax' iaitu cukai yang dikutip secara langsung ke atas pegangan harta dan pendapatan. Namun, mereka berbeza pendapat, adakah Kerajaan Islam boleh mengutip cukai selain cukai tersebut. Namun, perbezaan ini hanya berkaitan isu Kerajaan   mewajibkan   cukai   kepada   individu   yang  kaya   bagi   membantu menampung perbelanjaan Kerajaan. Manakala mereka sepakat mengatakan diharamkan Kerajaan mewajibkan cukai kepada setiap individu; sama ada kaya atau miskin (al-Ghazali, 1971; al-Juwaini, 1401H).
4. Keperluan umum ummah adalah di bawah tanggungjawab Pemimpin Negara. Pemimpin Negara bertanggungjawab memastikan kepentingan umum terpelihara. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Kerajaan memerlukan sumber pendapatan bagi mengendalikan pelbagai projek bagi memastikan keamanan, keselamatan, pembangunan dan keperluan umum lain. Selain daripada zakat, Kerajaan Islam memerlukan sumber pendapatan lain, termasuklah cukai. Syeikh Mahmud Syaltut menjelaskan, cukai perlu bagi memenuhi maslahah umum seperti membina institusi pendidikan, hospital, jalan raya, pertahanan negara dan sebagainya. Jika maslahah umum tersebut tidak boleh terlaksana melainkan dengan cara mengutip cukai daripada rakyat yang kaya, maka kutipan cukai itu boleh diterima sebagai satu kewajiban.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain! Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (daripada hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

(Surah al-Kahfi, ayat 94)
5. Imam al-Syawkani (w1250H) menjelaskan, maksud al-kharaj dalam ayat tersebut ialah "apa yang dikutip oleh pemimpin." Ayat ini menjelaskan bahawa pemimpin perlu mengumpulkan sumber pendapatan negara bagi memelihara kepentingan umum negara dan rakyat, bahkan pemimpin boleh mewajibkan rakyat untuk mengeluarkan sebahagian harta mereka. Ini termasuklah pemimpin boleh mewajibkan rakyat membayar cukai.
6. Namun, bagi memastikan cukai yang dikutip oleh Kerajaan adalah cukai yang adil, maka beberapa syarat perlu dipatuhi:
i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam
Kerajaan yang dibenarkan mengutip cukai daripada rakyat adalah kerajaan yang komited dalam melaksanakan Syariat Islam secara menyeluruh dalam segenap aspek pemerintahannya dan pemimpin tersebut mestilah seorang yang adil. Ini dapat dilihat secara praktikal dalam pemerintahan Umar bin al-Khattab. Beliau terkenal dengan pemimpin Umat Islam pertama yang mengutip cukai tambahan iaitu cukai 'usyur dankharaj. Dalam masa yang sama, Umar sentiasa memastikan bahawa segala tindakan dan keputusannya bertepatan dengan kehendak Allah SWT dan Nabi Muhammad saw.
Sufyan bin Abi al-'Awja' melaporkan, "Umar berkata, 'Demi Allah! Saya tidak pasti, adakah saya ini seorang Khalifah yang adil, atau seorang Raja yang zalim! Jika saya seorang Raja yang zalim, ini satu bencana yang besar!' Lalu berkata seseorang, 'Wahai Pemimpin orang beriman! Sesungguhnya ada beza antara Khalifah dan Raja.' Umar bertanya, 'Apa perbezaan itu?' Lelaki itu menjawab, 'Khalifah tidak mengambil sesuatu daripada rakyatnya melainkan dengan cara yang benar dan diagihkan juga kepada yang benar. Segala puji bagi Allah, kamu telah melakukannya. Manakala Raja merampas sesuatu daripada rakyatnya, diambil daripada seseorang dan diserah pula kepada orang lain.' Umar terdiam mendengar penjelasan itu."
ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan
Syarat selanjutnya bagi membolehkan Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat ialah Kerajaan benar-benar memerlukan sumber kewangan bagi tujuan memenuhi maslahah rakyat. Dalam masa yang sama Kerajaan sudah memastikan tiada sumber lain yang boleh diperoleh untuk menampung keperluan tersebut. Namun jika sumber kewangan masih mencukupi dalam Baitul Mal, atau Kerajaan masih boleh mengusahakan sumber pendapatan lain seperti hasil petroleum dan seumpamanya, maka haram Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat.

iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Daruriyat dan Hajiyat
Kerajaan hanya dibenarkan mengutip cukai jika keperluan kepada tambahan kewangan Negara bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat. Ini bermakna, jika sesuatu keperluan tidak mencapai tahap daruriyat atau hajiyat, iaitu hanya sekadar maslahah tahsiniyat dan kamaliyat, maka Kerajaan diharamkan daripada mengutip cukai. Kerajaan diharamkan daripada mengutip cukai berasaskan wawasan dan gagasan pemimpin. Ia perlu dirujuk kepada maqasid al-Syari'ah.

iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil

Apabila terdapat keperluan Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, maka Kerajaan perlu memastikan penetapan bebanan cukai kepada pihak yang terlibat dilakukan secara adil. Adil bukan bermaksud cukai dikenakan secara sama rata, tetapi dikutip sesuai dengan keperluan dan keadaan. Bagi memastikan keadilan berlaku, Kerajaan perlu menyediakan sistem kutipan dan agihan cukai bersistematik yang berasaskan maqasid al-Syari'ah, dengan menyeimbangkan antara maslahah individu dan maslahah umum. Kerajaan wajib mengenalpasti individu yang benar-benar berkemampuan dan berkelayakan sahaja yang diwajibkan membayar cukai, agar tidak semua rakyat terbeban dengan menanggung bebanan cukai termasuk rakyat miskin dan memerlukan.

v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat
Kebenaran Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat bukan hanya sekadar Kerajaan memerlukan sumber kewangan dan bebanan cukai dikutip secara adil, bahkan Kerajaan perlu memastikan bahawa cukai yang dikutip digunakan untuk maslahah rakyat dan negara bukan untuk memenuhi kehendak pemimpin dan kepentingan peribadi mereka, atau untuk kepentingan pihak tertentu sahaja. Syarat ini boleh dihubungkan dengan hikmah Allah SWT menghadkan golongan yang layak mendapat zakat iaitu untuk memastikan zakat yang dikutip diagihkan mengikut kehendak Syarak, bukan mengikut kehendak pemimpin yang mengutip zakat.

vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan Setempat

Pemimpin Negara tidak boleh bersendirian dalam menetapkan agihan cukai. Pemimpin perlu merujuk kepada ulama' semasa dalam negaranya bagi mendapatkan panduan tentang agihan cukai. Sebagaimana yang kita sedia maklum, hukum asalnya harta milik individu adalah haram diambil dan pada asalnya tidak ada sebarang pertanggungjawaban kepada individu untuk membayar cukai kepada kerajaan. Tetapi disebabkan adanya maslahah daruriyat dan hajiyat, maka dibenarkan Kerajaan mengutip cukai. Persoalan ini sangat besar dan ia tidak boleh hanya merujuk kepada keputusan beberapa orang pemimpin sahaja, bahkan ia mestilah dirujuk kepada permesyuaratan dalam kalangan ulama' semasa yang benar-benar memahami tuntutan Syarak dalam memenuhi maslahah umum.

7. Garis panduan ini dikemukakan oleh para ulama, bagi memastikan Kerajaan yang mengutip cukai tidak termasuk dalam kategori 'sohib al-maks' yang dimaksudkan dalam hadis Nabi Muhammad saw. Ruwaifi' bin Thabit melaporkan, Rasulullah saw bersabda:

((صاحب المكس في النار))

Maksudnya: "Sesungguhnya pemimpin yang mengenakan ‘al-maks’ (sebahagian ulama menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka." Hadis hasan sahih direkod oleh Imam Ahmad dan al-Tobarani.

 8. Berdasarkan analisa kepada pendapat ulama, ciri cukai (al-maks) yang diharamkan oleh Nabi Muhammad saw ialah:
Cukai yang dikutip secara zalim dan melampaui batas oleh pegawai kerajaan yang zalim.Cukai tersebut tidak berasaskan kepada kebenaran Syarak.Cukai dikutip, diagih dan diurus secara berlawanan dengan hukum Syarak.Cukai yang dikutip mempunyai elemen rasuah kerana pada asalnya 'al-maks' yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliyah, wakil pemerintah mengutip 'al-maks' daripada peniaga di pasar secara batilCukai yang dikutip menjejaskan hak orang miskin.Cukai yang dikutip membebankan pembayar cukai seperti dikenakan cukai ketika dalam kesempitan dan dikutip secara paksa.Cukai yang dikutip untuk digunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin tanpa berdasarkan kepentingan umum.

Wallahu A'lam


UNDUR TSMY! JAMAL DAPAT SOKONGAN MAJORITI!!



SUNGAI BESAR: Lebih dua pertiga perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar meluluskan usul meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin "berundur secara terhormat"sebagai Timbalan Presiden parti.
Dalam usul yang dicadangkan ketua bahagiannya, Datuk Jamal Md Yunos, 274 menyokong manakala 171 lagi membantah.Beliau dalam kenyataannya berkata, usul berkenaan dibangkitkan setelah pihaknya berpendapat UMNO tidak boleh mempunyai dua nakhoda.

Usul itu diluluskan melalui undian secara sulit setelah berlakunya perbahasan dikalangan perwakilan dengan 4 orang perwakilan bangun membahaskan usul ini.
Dua orang pembahas usul yang menyokong usul ini menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai liabiliti kepada UMNO dan menyukarkan parti bagi menghadapi PRU14.
manakala dua orang pembahas yang menentang usul ini mahukan Timbalan Presiden UMNO itu dikekalkan bagi mengelakkan perpecahan dikalangan ahli akar umbi jurangnya semakin besar dan menyerahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk membuat tindakan yang sewajarnya dalam isu ini.
“Usul ini menerima sokongan lebih dua pertiga perwakilan yang hadir. Kita merasakan Najib perlu mempunyai pembantu yang setia, iaitu Ahmad Zahid. Masa sudah terlalu suntuk, fokus perlu diberikan untuk menentang pihak lawan.

Dato Jamal Yunos Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkata ketika membentangkan usul tersebut menyebut “Jika Muhyiddin terus kekal sebagai Timbalan Presiden, Najib nanti tidak ada kerja lain kerana asyik perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan Muhyiddin,”ujarnya lagi.

Usul berkenaan juga berpandangan bahawa Muhyiddin perlu memberi peluang kepada Najib dan Ahmad Zahid untuk meneruskan usaha mengukuhkan parti untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke 14.



Posted via Blogaway


Apakah mekanisme GST?



GST adalah cukai yang dikenakan ke atas pembekalan (termasuk jualan) barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan ke Malaysia. Walaupun GST dikenakan ke atas harga jualan barang atau perkhidmatan, jumlah yang akan dibayar kepada Kerajaan hanyalah atas nilai tambah barang atau perkhidmatan di setiap peringkat rantaian pengedaran/bekalan. Nilai tambah adalah nilai yang pengeluar (sama ada pengilang atau pengedar dan lain-lain) tambah kepada bahan mentah atau pembelian sebelum menjual produk atau perkhidmatan baru atau yang telah diperbaiki.

Untuk membolehkan ini, GST menggunakan mekanisme penolakan (offset) kredit cukai di mana GST yang dikenakan ke atas output perniagaan (contohnya jualan produk yang dikilangkan atau perkhidmatan yang dibekalkan) ditolak daripada GST yang dibayar ke atas barang atau perkhidmatan yang diperolehi sebagai input (contohnya bahan mentah atau utiliti yang digunakan dalam pengilangan) oleh perniagaan.

GST yang dikenakan ke atas output dipanggil cukai output. Manakala, GST yang dikenakan ke atas perolehan dipanggil cukai input. Mekanisme secara offsetting ini adalah untuk memastikan GST yang dibayar oleh perniagaan boleh diperolehi semula dan dengan itu membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan.



Gambarajah 1

Terdapat tiga jenis pembekalan yang disenaraikan di bawah GST iaitu:

(i)Pembekalan berkadar standard adalah pembekalan bercukai barang dan perkhidmatan yang tertakluk kepada kadar positif;

(ii) Pembekalan berkadar sifar adalah pembekalan yang tertakluk kepada kadar sifar yang mana tidak dikenakan GST pada peringkat output atau input; dan

(iii) Pembekalan dikecualikan adalah pembekalan yang tidak tertakluk kepada GST pada peringkat output iaitu apabila dibekalkan kepada pengguna. Walau bagaimanapun, GST yang dibayar ke atas input oleh perniagaan tidak boleh dituntut sebagai kredit cukai.



Gambarajah 2: Pembekalan berkadar standard



Gambarajah 3: Pembekalan berkadar sifar



Gambarajah 4: Pembekalan dikecualikan


sumber: Kementerian Kewangan Malaysia



Posted via Blogaway


Sunday 30 August 2015

BICARA 'MERDEKA' UNTUK MU DATO' SERI NAJIB!!!

Bicara MERDEKA ini ditulis oleh seorang sahabat di ruangan grup whatsapp yg popular di Daerah Sungai Besar iaitu Persatuan OTP. Penulis kongsikan bicara seorang rakan grup tersebut dalam blog ini untuk dikongsikan dengan warga netizen suara kecil rakyat malaysia...

Assalamualaikum...
Sudah sampai masanya kita untk bertegas & tdk lagi berlembut dgn puak2 species Chauvanist berlatar belakang komunis ni..Kita dah byk diuji dgn pelbagai provokasi yg keterlaluan.
Sempena Hari Kemerdekaan ini.. Saya mengucapkan Slmt Menyambut Ulang Thn Kemerdekaan Negara.. Dgn peristiwa Bendera Union Jack diturunkan & diganti dgn Bendera Persekutuan Tanah Melayu tepat detik 12.00 mlm 58 tahun silam.. Maka berakhirlah penjajahan British di Tanah Melayu.. Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yg merdeka & berdaulat. Sudah tentu peristiwa ini menjadi kebanggaan kpd pejuang kemerdekaan & seluruh rakyat PTM apabila kita bebas daripada dibelenggu penjajahan hampir 446 tahun..Bermula drpd kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka kpd Portugis thn 1511. Kemudian Belanda.. British semula.. Jepun.. selepas Jepun British Military Administration (BMA) sebelum diserahkan kepada Kerajaan British semula sehinggalah 31 Ogos 1957.
Dengan kemerdekaan ini.. Kita dapat memerintah, mengurus & mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.
Sama2 kita menghayati erti kemerdekan ini. Ia adalah satu anugerah Allah SWT kpd rakyat Malaysia yg telah melalui sejarah penjajahan yang panjang..Oleh itu sama-sama kita mensyukuri nikmat kemerdekaan ini. Bagaimana kita mensyukurinya? Kita mesti pertahankan kemerdekaan ini sampai bila-bila.

Semua rakyat sama  ada yang berada dalam negara atau yang merentas lautan & benua bersama-sama berganding bahu, sehati sejiwa mengekalkan perpaduan & keharmonian, memelihara keamanan dan memakmurkan negara..

Kerajaan dengan kuasa yang ada hendaklah bertegas tangkap "dalang" & "pencatur" Bershit 4 ini. Jika terus berlembut pasti DAP ini akan mengulangi demonstrasi jalanan ini ekoran kejayaan mereka yang mencatur Bershit 4 ini.

Tidak perlu untuk mengharap kepada pengundi Cina yg jelas tidak akan undi BN lagi, mereka dah selesa dgn dapat sedikit kuasa yang ada dan akan melebarkan kuasanya bagi mencapai matlamat perjuangan mereka meneruskan apa yang diperjuangkan oleh People Action Party (PAP).

Salam Kemerdekaan "SEHATI SEJIWA"

~NOURRA OTP.


Monday 24 August 2015

Apakah kesan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia, Kebaikkan dan Keburukkannya?

Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit Malaysia, kebaikkan dan keburukkan penurunan nilai wang ringgit dan persediaan menghadapi krisis ekonomi. Kejatuhan nilai matawang Malaysia semenjak 2014 yang semakin parah boleh memberi kesan kepada ekonomi negara dan kesan kepada rakyat Malaysia.

Adakah kejatuhan nilai wang akan memberikan impak negatif kepada kehidupan kita?

Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia adalah di sebabkan oleh nilai matawang dolar Amerika Syarikat yang mengukuh. Mata wang dolar AS digunakan sebagai pengukur matawang negara lain ataupun mengukur harga komoditi seperti harga emas dan harga minyak.
Kelemahan harga minyak mentah global juga adalah penyebab kepada kejatuhan ringgit Malaysia. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh lima tahun sebenarnya adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

Kejatuhan nilai matawang adalah disebabkan krisis ekonomi dunia dimana 174 matawang dunia mengalami kesan kejatuhan matawang dimana hanya 18 matawang sahaja yang mengukuh berbanding dolar. Namun matawang Malaysia adalah matawang yang paling banyak mengalami kejatuhan nilai wang berbanding dikalangan negara Asia. kejatuhan nilai matawang malaysia Sesungguhnya, sesuatu perkara yang barlaku ada kesan baik dan buruk. Contohnya, kita terlibat dalam kemalangan, maka kita mendapat kesan buruk kerana kehilangan wang sebaliknya kesan baik bagi pihak kedua seperti kedai bengkel baiki kenderaan.

Apakah kebaikkan kepada kita? Sebagai orang islam kita mesti percaya kepada Qada dan Qadar, dimana kita juga mendapat kebaikkan iaitu pengajaran, ilmu dan pengalaman peristiwa tersebut yang lebih berharga…Sesungguhnya ilmu atau pengalaman lebih berharga dari wang ringgit.

Kelebihan penurunan nilai matawang ringgit malaysia : Nilai mata wang yang rendah juga memberikan kebaikkan kepada negara Malaysia. Nilai mata wang yang rendah telah membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya.

Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif.

Nilai matawang yang rendah akan menambah tarikkan pelancong datang ke Malaysia untuk melancong dan berbelanja kerana dapat wang pertukaran Ringgit Malaysia yang banyak.

Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun beberapa pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita. Antaranya seperti menghapuskan caj permohonan visa kepada pelancong luar.

Keburukan penurunan nilai matawang ringgit Malaysia : Hakikat sebenarnya, kejatuhan nilai matawang memberi impak kesan buruk melebihi daripada kesan baik. Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah. Kejatuhan nilai matawang memberi lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan terutama kesan buruk kepada rakyat berpendapatan kecil sesebuah negara.

Antara kesan negatif penurunan nilai matawang RM iaitu :-
Barangan Import lebih mahal.
Barangan import yang dijual dalam malaysia lebih mahal kerana Malaysia akan mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yg jatuh. Ini menyebabkan harga barangan import atau yang mengandungi komponen import yang tinggi akan meningkat.
Pembekal barangan import tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai Ringgit ini akan memindahkan beban tersebut kepada pengguna. Jadi harga barangan import akan meningkat mahal.

Harga barangan akan naik
Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai matawang, cukai barangan dan perkhidmatan GST, harga minyak yang tinggi dan sebagainya. Kesan kenaikkan harga barangan akan meluas kepada semua barangan keperluan di sebabkan kejatuhan matawang ringgit malaysia.

Kuasa beli rakyat di luar negara berkurang.
Kuasa beli rakyat di luar negara atau pelancong Malaysia berkurang dengan penurunan nilai matawang Malaysia.
Perbelanjaan yang lebih mesti dikeluarkan untuk bercuti atau hidup di luar negara kerana kuasa membeli barangan di luar negara adalah berkurang.

Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara kepada kita selaku mahasiswa yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan sebagainya. Inflasi Inflasi mungkin berlaku apabila barangan Import yang lebih mahal akan meningkat harga barangan import menyebabkan inflasi tarikan permintaan.

Firma atau pengeksport mempunyai kurang insentif untuk mengurangkan kos kerana mereka boleh bergantung kepada penurunan nilai bagi meningkatkan daya saing. Kebimbangan adalah dalam penurunan nilai jangka panjang boleh membawa kepada produktiviti yang lebih rendah kerana penurunan dalam insentif dan berlaku inflasi.

Penurunan Harga Minyak.
Harga minyak berkadar songsang dengan nilai dolar amerika. Jadi bila nilai dolar naik, harga minyak turun dan nilai matawang malaysia juga mengalami penurunan. Harga minyak mentah dunia telah mencatatkan sejarah apabila mencecah serendah 48 USD/setong dimana Penurunan harga hampir 50% daripada harga tahun lalu yang setinggi USD100-115/setong telah menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah. Kita tidak dapat meramal bilakah krisis ekonomi akan berakhir. Kita juga tidak boleh menjangka krisis ekonomi akan semakin pulih atau semakin buruk.

Langkah persediaan dan berjaga-jaga hendaklah diambil dari sekarang sebagai perlindungan di masa depan.

Langkah persediaan menghadapi krisis ekononi : Persediaan Sikap
Sikap kita perlu diubah agar fokus kepada perkara yang bermunafaat seperti pelaburan serta perniagaan emas fizikal daripada memikirkan krisis ekonomi. Jauhi berita-berita yang tidak sahih yang tersebar melalui media sosial seperti whatsapp, facebook dan sebagainya yang membuat fikiran berserabut, tidak berguna dan membuang masa.

Bagi saya, formula untuk bahagia dan berjaya dalam hidup ialah 5S iaitu Selalu, Senyap, Senyum, Sabar dan Syukur.

Maksudnya dalam hidup ini kita mesti Selalu Senyum Sabar Senyap dan Syukur. “Selalu” bermaksud terus bertindak dan tindakan berterusan.
Sikap yang akan membolehkan kita bahagia walaupun mempunyai masalah atau mempunyai kesempitan wang ringgit iaitu senyum, sabar,syukur dan senyap.
Senyap maksudnya tidak bercakap hal tidak baik, tidak berfaedah atau berhenti berbicara atau menulis berita tentang krisis ekinomi dan sebagainya yang tidak memberi faedah, tapi mungkin akan mendapat kebencian dari kawan-kawan. Pilihlah untuk berbahagia bukan bererti kita tidak peduli terhadap masalah-masalah di sekeliling kita ataupun memaksakan senyum di wajah kita, akan tetapi kita berfokus pada hal-hal indah yang dapat memberikan kita kesenangan, membuat kita tersenyum dan bersyukur atas kehidupan ini.

Persediaan tindakan hadapi krisis ekonomi. Setelah persediaan sikap dan mental maka tindakan seterusnya ialah persedian tindakan menghadapi krisis ekonomi akibat kejatuhan nilai ringgit malaysia.

Langkah persediaan pertama adalah berjimat cermat. Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia, kenaikkan harga minyak dan gst (cukai barangan dan perkhidmatan) menyebabkan harga barangan naik dan kuasa membeli berkurang jadi langkah penjimatan mesti dilakukan segera seperti langkah penjimatan perbelanjaan harian dengan hanya membeli barang keperluan penting, penjimatan minyak petrol dengan mengurangkan perjalanan, penjimatan tenaga elektrik dan penjimatan dalam semua aspek kehidupan. Kita juga perlu mengurangkan pembelian barangan import dan melancong ke luar negara pada masa krisis ekonomi ini. Melancong ke luar negara yg mempunyai nilai matawang tinggi atau membeli barang import pada masa kejatuhan duit malaysia adalah merugikan kerana kita memperolehi nilai tukaran yang sedikit. Contonya, Saya selalu membeli barangan siam seperti di sungai golok, munduk atau sungai taba thailand dimana dalam ekonomi biasa, tukaran RM kepada wang baht thailand adalah RM300 bersamaan 3000 bath atau lebih. Beberaapa bulan lepas bila tukar RM300 hanya dapat 2600 bath sahaja. Kini harga ringgit turun lagi, jadi wang tukaran yang diperolehi lagi sedikit.

Persediaan dana simpanan.

Penyimpanan emas fizikal adalah persedian terbaik untuk menghadapi krisis ekonomi berbanding penyimpanan wang ringgit.

Pengeluaran sebahagian simpanan wang adalah tindakan bijak semasa kejatuhan nilai wang kerana penyimpanan duit ringgit dalam bank mengurangkan nilai wang.

Pembelian emas fizikal dan dijadikan simpan jangka panjang adalah warisan nenek moyang kerana harga emas akan meningkat, selamat, mudah dijual dan dibawa kerana berharga dan laku seluruh dunia.

Krisis ekonomi Malaysia kerana nilai ringgit malaysia jatuh, diharap tidak sangat mempengaruhi ekonomi Malaysia kerana negara Malaysia adalah negara yang stabil, negara pertanian yang tidak bergantung kepada barang import dan hutang negara yang sedikit. Saya secara peribadi optimis bahawa krisis ekonomi ini akan pulih terutama apabila harga minyak dan harga emas naik.

Apa yang patut kita lakukan sebagai rakyat Malaysia adalah sama-sama bersatu menangani krisis ekonomi dan menjadikan Malaysia sebagai negara aman makmur dan damai.


APA MAKSUD NAJIB ORANG MELAYU AKAN BANGSAT?

APA MAKSUD NAJIB ORANG MELAYU AKAN BANGSAT?
oleh: Lokman Adam

Perkataan "Bangsat" menjadi perkataan paling hangat diperkatakan sepanjang hari semalam.  Ianya berlaku bila mana Presiden UMNO, Dato Sri Najib Tun Razak mengungkapkannya ketika merasmikan Persidangan UMNO berkelompok UMNO Bahagian Arau, Kangar dan Padang Besar di Dewan Wawasan 2020 di Kangar, Ahad lalu.

Menurut Dato Sri Najib, "Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa".  Maka beliau menyeru agar semua ahli UMNO  mempertahankan parti yang menerajui pemerintahan negara ini. Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Dato Sri Najib ini pernah beliau ungkapkan sewaktu menyampaikan ucapan semasa sessi Taklimat Presiden sebelum Perhimpunan Agong UMNO yang lalu.  Memandangkan ketika itu belum ada orang yang gairah hendak jadi Perdana Menteri atau hendak meletakkan anaknya di tampuk pemerintahan yang lebih tinggi, maka tidak banyak suara-suara sumbang untuk mempertikaikan perkataan "Bangsat" itu.

Sebaliknya, apabila Ahad lalu beliau menggunakan perkataan Melayu akan "Bangsat" menggantikan perkataan Melayu akan "tersungkur", "hina", "tertiarap", "mengkarap" dan sebagainya, beliau telah dikecam hebat oleh beberapa juak DAP, PKR, malah ada juga cicak mengkarung dari Dewan Pemuda PAS Kelantan yang tumpang sekaki mengecam beliau.

Saya yakin, mereka yang mengecam Dato Sri Najib langsung tidak membaca atau mendengar bahawa dalam ucapan lanjut PM mengenai perkara itu, Beliau telah menjelaskan kenapa beliau memilih perkataan bangsat tersebut.  Ini adalah kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu yang akan cukup tertekan jika UMNO hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan.  Oleh itu,  Presiden UMNO itu menyeru agar segala permasalahan yang berlaku dalam parti diselesaikan bagi memastikan UMNO kekal berkuasa.

Saya tertarik bila membaca tulisan seorang anak Cina yang dikutip oleh Tan Sri Khir Johari sebagai anak angkat.  Melayu celup yang menjadi alat Lim Guan Eng untuk mengambarkan bahawa Melayu juga diberikan tempat dalam DAP ini berkata bahawa "Melayu Tidak Akan Bangsat" tanpa UMNO.  Yang melucukan, Zairil berkata demikian pada hari yang sama penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringgi, Pulau Pinang berdemonstrasi mempertahankan rumah mereka yang hendak dirobohkan.  Bukankah ini satu bukti yang jelas bahawa Melayu akan dilayan seperti "bangsat", merempat dibumi sendiri yang tidak lagi diperintah oleh kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO?  Mungkin juga Zairil fikir orang Melayu tidak sedar Guan Eng ketandusan idea untuk kekal berkuasa dan kini hanya meniru modus operandi PAP Singapura dengan menyingkir orang melayu Pulau Pinang dengan melenyapkan satu persatu perkampungan Melayu.

Dalam perlumbaan mengecam Dato Sri Najib ini, saya perasan salah seorang pengikut setia gay tua Republik Sungai Buluh turut bersuara.  Bekas Ketua AMK PKR itu beria sungguh menafikan dakwaan Dato Sri Najib tanpa menyedari dikala beliau menyusun ayat mengecam PM, Timbalan Presiden beliau yang menerajui Negeri Selangor sedang bertungkus lumus mempertahankan diri apabila rancangan beliau untuk melipat kekayaan bernilai RM30 Billion dibawah 74 GLC Kerajaan Negeri Selangor untuk diletak dalam sebuah syarikat RM2 Darul Ehsan Investment Group kelolaan 2 kroninya diketahui umum.  Apa yang PKR buat di Selangor bukan hanya bukti Melayu jadi "Bangsat" bila UMNO hilang kuasa di Selangor, apa yang Azmin buat ini akan menyebabkan India, Cina, Punjabi dan semua rakyat Selangor "bangsat" sekali.

Sedarkah Samsul, bila DEIG ditubuhkan atas Company Act maka segala aktiviti, operasi dan pengurusan kewangan serta pelaburan syarikat ini tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri lagi? "Is this what you call Good Governance?".  Jika sebelum ini semua aset Selangor ini perlu dilapor kepada Dewan Undangan Negeri, selepas ini mereka bebas membuat apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa kecuali Lembaga Pengarah DEIG.  Bukan takat rakyat Selangor akan "bangsat", pemimpin PKR yang menutup mulutnya membiarkan perkara ini berlakupun saya anggap memang "BANGSAT".

Akhir sekali izinkan saya mencuit sedikit Dewan Pemuda PAS Kelantan.  Saya tak berhajat hendak tegur panjang lebar bab Kelantan ini.  Kalau hendak tulis, sudah pasti akan berjela kerana terlalu banyak kelemahan yang  Dewan Pemuda PAS Kelantan buat-buat tidak sedar.  Namun demi menghormati semangat perpaduan Melayu yang ditunjukkan oleh kepimpinan Menteri Besar Kelantan, izinkan saya ulas sedikit sahaja.  Saya akui bahawa Melayu Kelantan belum "Bangsat" walaupun UMNO bukan lagi parti yang memerintah negeri Kelantan.  Ini berlaku kerana perangai UMNO bukan macam DAP, rakan baik PAS satu ketika dahulu.  Sungguhpun mereka dalam satu pakatan, PAS sentiasa dibuli dan ditindas DAP. 

Sebaliknya, walaupun UMNO dihina, dituduh kafir dan diherdik dengan pelbagai kata-kata kesat,  atas nama saudara seIslam, UMNO tidak pernah menganaktirikan Kelantan.  Sejak Kelantan jatuh ketangan PAS lagi, kita telah menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan.  Ini bagi membolehkan bantuan Kerajaan Persekutuan disalurkan terus kepada rakyat Kelantan.  Sedarkah Dewan Pemuda PAS Kelantan bahawa dana yang disalurkan melalui JPP ini jauh lebih besar dari nilai "Royalti Minyak" yang kononnya Kelantan berhak dapat? Tidak payahlah saya cerita panjang,  cubalah DPP Kelantan bayangkan, "bangsat" atau tidak rakyat Kelantan kalau Kerajaan Persekutuan langsung tidak turun membantu mangsa banjir di Kelantan Disember lalu?  Mungkin sudah tiba masanya DPP Kelantan muhasabah diri dan  mencontohi akhlak mulia kepimpinan Menteri Besar Kelantan yang meletakkan persaudaraan seIslam mengatasi segala-galanya.  Bila orang berbudi, biarlah kita berbahasa.


Wednesday 19 August 2015

Isu DEIG makin panas, Pas usul tangguh operasi

SHAH ALAM: Seorang wakil rakyat Pas mengusulkan kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) supaya syarikat pelaburan, Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) ditangguhkan operasi buat sementara waktu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang,, Shaari Sungib, membuat usul itu kerana hairan penubuhan DEIG sedangkan kerajaan negeri sudah memiliki Perbadanan Menteri Besar (MBI).

“Kebimbangan kami adalah apakah keperluan untuk menubuhkan DEIG ini sedangkan MBI sudah ada.

“Kita hendak memastikan ketelusan dan akauntabiliti,” katanya ketika ditemui di Lobi DUN Selangor.

Beliau juga melahirkan kebimbangannya mengenai individu yang sama diterajui dalam DEIG dan MBI.

“Kami risau apabila DEIG ditubuhkan dan individu yang sama turut menerajui MBI di mana Pengerusinya adalah Menteri Besar.

“Kita takut tidak cukup untuk semak dan imbang. DEIG akan jadi terlalu berkuasa dan boleh menguruskan semua anak syarikat (GLC) di bawah MBI,” katanya lagi.

Jelasnya, sebahagian besar wakil rakyat kerajaan mula bimbang dengan penubuhan DEIG dan mahu kuasa yang terdapat pada DEIG dikurangkan.

“Kita cadangkan pembentangan rasmi mengenai strategik penubuhan DEIG dalam bentuk Kertas Putih pada sidang akan datang atau pada sidang yang dirasakan sesuai oleh Menteri Besar.

“Sementara itu, apa yang boleh dibuat, untuk menyelaraskan GLC-GLC di bawah MBI diteruskan seperti mana yang disyorkan oleh Jabatan Audit Negeri,” katanya.


Friday 14 August 2015

ADAKAH FAKTA & KEBENARAN SUDAH TIDAK BERNILAI LAGI?...

Apabila di laman sosial dipenuhi cacian dan makian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah kelihatan zamannya apabila kebenaran sudah tiada nilai lagi di mata manusia.

Pada mereka siapa yang betul dan pantas menyebarkan berita awal itulah yang dipercayai biarpun bunyinya tidak logik. Siapa yang kemudian tampil dan memberikan kebenaran dan hujah sudah tidak boleh diterima lagi.

Kalau dilihat, Najib sebelum ini diserang oleh laman blog Sarawak Report (SR) yang mendakwa wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.6 bilion telah disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Untuk menguatkan persepsi atau andaian, SR telah mereka grafik seakan-akan menunjukkan pergerakan wang berkenaan dari luar negara dan kemudian ke dalam akaun Najib.

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya mengesahkan bahawa wang berkenaan bukan dari 1MDB tetapi adalah dari sumbangan penderma untuk dana politik.

Kini, Najib memberi penjelasan demi penjelasan berkaitan dakwaan SR itu dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO di seluruh negara.

Bagaimanapun, di laman sosial umpamanya Facebook, bagi mereka yang tidak mahu mengetahui kebenaran akan menutup mata, telinga dan hati mereka daripada menerima serta mengiyakan kebenaran ini sebaliknya terus menuduh Najib yang juga Presiden UMNO sebagai korup dan bersalah.

Bagaimanapun, apa sahaja yang didakwa oleh pembangkang, media asing dan juga tokoh ekstremisme tanpa ada sesuatu yang nyata akan diterima bulat-bulat oleh penyokong biar pun tidak berasaskan fakta atau kebenaran.

Semua penilaian dibuat atas dasar kebencian kepada kerajaan dan parti yang telah dipupuk secara jahat oleh parti pembangkang melalui permainan persepsi dan spekulasi.

Lihat sahajalah permainan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam soal dakwaan isteri Najib membeli cincin yang berharga lebih RM20 juta.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menyatakan bahawa kenyataan mengenai dakwaan itu dibuatnya secara berseloroh.

“Kata-kata itu mesti difahami dalam konteks yang betul, ia tidak mengandungi fitnah,” kata Rafizi dalam dipetik The Malaysian Insider (TMI).

Dimanakah letaknya kebenaran dalam permainan Rafizi ini, sudah semestinya tiada nilai. Yang bernilai ialah persepsi yang diwujudkan oleh beliau dengan niat rakyat akan membencikan mereka suami isteri.

Kebencian sudah wujud, biarlah kenyataan yang dibuat itu disaman fitnah di mahkamah asalkan kebencian itu kekal disitu kerana rakyat yang benci tidak akan melihat akan kebenaran.

Di dalam dunia, fitnah itu tidak akan berakhir tetapi kebenaran akan sentiasa ada.

– UMNO Online –


SPRM TAMPIL BELA DIRI ISU 2.6 BILLION,1MDB & TASK FORCE..

PENJELASAN MENGENAI ISU DANA RM2.6 BILION & SRC INTERNATIONAL

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SPRM mendapati banyak pihak masih tidak jelas atau terkeliru dengan menganggap bahawa SPRM telah menghentikan siasatan berkaitan dengan isu SRC International atau pun mengenai dana RM2.6 bilion.

Oleh itu, SPRM mahu menjelaskan beberapa perkara.

SIASATAN BERKAITAN 1MDB

Sebagaimana telah disebutkan beberapa kali sebelum ini, SPRM menekankan bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan isu 1MDB. Sebaliknya, siasatan keseluruhan kes 1MDB dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia. SPRM berharap orang ramai akan memahami bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan 1MDB.

SUMBANGAN DANA RM2.6 BILION DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI

Sebagaimana disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu. SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada YAB Perdana Menteri.

Bagaimanapun untuk makluman orang ramai, SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri. SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri. Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma.

SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut.

Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.

Perbincangan juga telah diadakan dengan Peguam Negara Malaysia yang meminta supaya SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan.

Sehubungan itu, SPRM juga ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM.

SIASATAN MENGENAI SRC INTERNATIONAL

SPRM juga ingin mengulangi bahawa siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih dijalankan oleh SPRM. Siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International merupakan dua perkara yang berbeza.

Oleh itu, SPRM mahu menekankan bahawa SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini telah ditutup. Sebaliknya, SPRM hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB.

Diharap penjelasan ini akan memberi gambaran sebenar mengenai isu yang disiasat oleh SPRM. SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Adalah diharapkan semua pihak memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh tanpa membuat sebarang spekulasi.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

KEDUDUKAN PASUKAN PETUGAS KHAS

Mengenai persoalan mengapa SPRM yang membuat kenyataan media pada 3 Ogos 2015 tanpa penglibatan Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, ingin dijelaskan bahawa SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, bahawa tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas. Sebaliknya agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing.
Di peringkat SPRM, pasukan petugas khas dalaman bagi menyiasat kes SRC International dan sumbangan derma RM2.6 bilion masih diteruskan.

Agensi masing-masing mempunyai pasukan petugas khas dalaman mereka sendiri dan akan mengemukakan hasil siasatan masing-masing kepada Peguam Negara Malaysia untuk diambil keputusan sama ada terdapat kes untuk didakwa di mahkamah ataupun sebaliknya.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

5 OGOS 2015


JUSTO MENGAKU BERSALAH!!!...

"Perbicaraan penuh tidak akan diadakan sebaliknya mahkamah akan memutuskan hukuman penjara ke atasnya"

PETALING JAYA: Keputusan hukuman penjara terhadap Andre Xavier Justo akan dibuat paling awal pada minggu depan.
Perkara itu disahkan Dr Marc Henzelin, yang memaklumkan, tarikh perbicaraan untuk menjatuhkan hukuman terhadap anak guamnya masih belum ditetapkan.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas Justo mengaku bersalah.
“Dia mengaku bersalah, jadi tidak akan ada perbicaraan penuh dengan saksi kerana keputusan itu sudah selesai.
“Akan ada pendengaran secara teori yang akan diadakan minggu depan. Dia akan dihukum dengan segera.
“Hakikat bahawa dia mengaku bersalah boleh meringankan hukuman. Asas bahawa dia bekerjasama dengan polis dan pengakuan yang dibuat akan dipertimbangkan hakim, katanya yang dipetik daripada The Star Online.
Bekas eksekutif PetroSaudi itu ditahan 22 Jun lalu di Koh Samui selepas didakwa memeras ugut majikannya.
Dia kemudian menjual data yang diperolehi kepada sekumpulan individu yang dikatakan cuba menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

~sumber:FMT Reporters 14 Aug 2015


Wednesday 12 August 2015

PUNCA NILAI RINGGIT JATUH DIDEDAHKAN....





Sebilangan rakyat negara ini mula keluh kesah kejatuhan nilai ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat (US Dollar) pada masa sekarang pada tukaran RM 4.01 = USD 1.

Sebahagian mereka bukan pengimport,mempunyai hutang dalam USD mahu pun selalu melakukan perjalanan ke luar negara,namun mereka mencipta riuh rendah isu ini untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.Kononnya kerana masalah 1MDB dan isu wang dana politik RM 2.6 Bilion maka matawang negara jatuh teruk.

Faktanya,Ringgit bukanlah satu-satunya mawatang dunia yang mengalami kejatuhan teruk.Malah,kegairahan rakyat negara ini memburukkan kelemahan ringgit sangat memalukan dan menunjukkan nasionalisme dan patriotisme telah mati dalam diri mereka.

Kejatuhan matawang ringgit tidaklah seteruk mawatang Russia,Indonesia,India,Norway,Canada dan Australia.Malangnya,rakyat Malaysia tanpa mahu melihat fakta menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib semata-mata dan berasaskan kesimpulan yang salah.

Sebenarnya, dunia sedang berhadapan dengan krisis matawang kerana beberapa faktor berlaku serentak. Punca ini berasaskan faktor luaran dan dalaman.

Faktor Luaran :-

1)Kenaikan USD secara mendadak.Dalam konteks sekarang faktor luaran yang tidak dapat dikawal oleh negara-negara terjejas seperti Russia,Malaysia dan Austrakia ialah pengukuhan USD yang drastik.Ini berikutan cadangan Amerika Syarikat (US) untuk meningkatkan kadar faedah pada September ini.Banyak pemegang matawang negara melepaskan pemegangan ringgit mereka kepada USD.

2)Krisis ekonomi China.China mengalami pertumbuhan ekonomi yang terlalu pesat sehingga dikhuatiri pasaran saham dan kewangan mereka hari ini ialah ruapan atau buih-buih sahaja (buble market) bukannya sesuatu yang nyata.Kenaikan matawang China yang terlalu tinggi merugikan eksport mereka dan kerajaan China mengambil keputusan menurunkan nilai matawang mereka.

Faktor Dalaman :-

Di samping itu terdapat faktor dalaman kepada negara yang mengalami kejatuhan matawang mereka.Negara-negara ini bergantung kepada eskport komoditi seperti minyak mentah,minyak kelapa sawit dan mineral.

Kejatuhan harga komoditi ini turut mendorong kejatuhan matawang.Di Malaysia sendiri,sungguhpun pengenalan GST membolehkan ekonomi negara lebih stabil dan tidak terlalu bergantung kepada hasil minyak mentah dan minyak kelapa sawit,ketidakstabilan politik telah menyebabkan ringgit terus mengalami kejatuhan nilai.

Berikutan serangan bertalu-talu oleh bekas Perdana Menteri yang paling berpengaruh di negara ini,Tun Dr Mahathir Mohamad,telah mewujudkan ketidakstabilan politik.Tindakan sebahagian rakyat cuba menunjukkan negara ini sedang dalam krisis kepimpinan menyebabkan pelabur hilang keyakinan.

Para pelabur tidak pasti sama ada kerajaan ini akan kekal atau runtuh.Ini menyebabkan sebahagian pelabur melepaskan pegangan ringgit dan memegang USD atau matawang lain yang lebih kukuh dan mempunyai persekitaran politik dan ekonomi yang lebih stabil seperti Sterling dan Euro.

Para pemegang matawang ringgit hilang keyakinan bahawa kerajaan ini akan kekal lalu melambakkan ringgit ke pasaran.Rakyat Malaysia jangan salahkan sesiapa kerana mereka sendiri sebenarnya menghilangkan keyakinan pelabur kepada matawang ringgit apabila mula berkempen“jatuhkan Najib”, “tangkap najib” dan ugutan menurunkan Perdana Menteri melalui politik jalanan.



Posted via Blogaway


KEJATUHAN NILAI RINGGIT ...



KEJATUHAN NILAI RINGGIT? !!!

Hari ini, nilai Ringgit adalah RM4.00 bagi satu dolar. Apabila saya membuka akaun Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di Facebook menghentam kerajaan berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia. 
Berdasarkan penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman sosial tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap Malaysia akan musnah esok.
Dalam masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia menjalani transformasi menjadi pakar perlembagaan, penganalisis dan kini pakar ekonomi pula. 
Ada juga yang menyalahkan Najib dan UMNO. Terdapat satu kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat yang gemar berkata ‘negara lain adalah lebih baik kerana UMNO tiada di Negara mereka’. 
Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang fakta bahawa :
• Russian Roubles hilang 114 peratus berbanding dolar AS 

• Indonesian Rupiah hilang 51 peratus berbanding dolar AS 

• Indian Rupees hilang 38 peratus berbanding dolar AS 

• Norwegian Krone hilang 37 peratus berbanding dolar AS 

• Australian Dollars hilang 24 peratus berbanding dolar AS 

• Euro hilang 20 peratus berbanding dolar AS 

• Thai Baht hilang 10 peratus berbanding dolar AS 
Adakah saya perlu teruskan? 
Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ini adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada US$70-80 setong. beberapa tahun yang lalu dan kini ianya jatuh kepada US$50 setong.
Bukan AS sahaja rakan niaga kita dan prestasi Ringgit kita tidak diukur berbanding dolar AS sahaja.
Apabila kita lihat pada Ringgit,
• kita lebih kukuh berbanding Dolar Kanada (2 peratus) 
• kita lebih kukuh berbanding Rupiah India (10 peratus) 
• kita lebih kukuh berbanding Yen Jepun (14 peratus) 
• kita lebih kukuh berbanding Rupiah Indonesia (18 peratus) 
Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh.
Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir dengan 20 peratus? 
Sesetengah dari kita cepat untuk memberi berita negatif dan cepat mengulas seperti seorang pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini. 
Malangnya, tiada di antara kita yang merujuk kepada tahun 1998. 
Ramai yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7 Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88). 
Mungkin mereka yang rancak menghentam mengenai keadaan ekonomi kita di Facebook kini masih di bangku sekolah ketika itu. Sudah pasti mereka tidak tahu apa yang berlaku pada tahun 1998, zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. 
Dulu 
a) Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan 
b) Isi rumah yang membebankan 
b) kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus 
c) Kadar inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi. 
Sesiapa yang meragui bahawa kadar inflasi 2-3 peratus hari ini adalah benar dan merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba terapkan pemikiran yang sama untuk tahun 1998-1999. 
Ya pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12 peratus. Itulah yang berlaku pada masa itu. 
Anda boleh mengatakan ia adalah sejarah lalu dan anda boleh terus menyalahkan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan untuk kejatuhan hari ini. 
Tetapi dimasa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda di Facebook atau Twitter, tanya diri sendiri, adakah penurunan nilai Ringgit memberi kesan kepada anda?
1. Adakah anda membeli-belah dalam talian daripada laman web Amerika Syarikat? 
2. Adakah anda merancang untuk terbang ke Amerika Syarikat untuk bercuti? 
3. Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat? 
4. Adakah anda mengimport barang yang akan dijual semula di Malaysia? 
5. Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk digunakan di sini?
6. Adakah anda sama sekali menggunakan dolar AS dalam kehidupan harian anda? 
Kerana, hanya jika anda menjawab ya kepada perkara di atas, barulah anda akan terjejas. Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji anda masih dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dolar Amerika. 
Pastinya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa destinasi lain. 
Dari aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan, kita wajar menarik nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan “Stabil” kepada Malaysia.
Hakikat sebenar, tiada seorang pun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka tahayul ini.

Rencana asal dari
Goh Wei Liang



Posted via Blogaway


Thursday 6 August 2015

MISTERI DI PULAU REUNION?...

Makna reunion adalah penyatuan semula. Kita guna perkataan reunion apabila kita mengadaskan majlis perjumpaan semula kawan kawan sekelas di sekolah atau kawan sekursus di universiti.
Maka menjadi satu kebetulan bahawa kapal terbang yang hilang lebih setahun dapat ditemui semula, sekurang kurang cebisan cebisannya di pulau yang bernama Reunion.
Mengapakah pulau itu bernama Reunion? Ia juga mempunyai kisah sejarahnya tersendiri.
Kapal terbang itu hilang di Lautan Hindi yang amat luas tetapi cebisan kapal terbang itu dijumpai di sebuah pulau amat kecil iaitu Reunion.
Dalam pencarian kapal terbang itu, pakar profesional digunakan, daripada pakar mengesan isyarat di Britain hinggalah pakar tentera laut Australia. Hinggakan bomoh mengarut Malaysia juga turut serta tetapi akhirnya yang menemui cebisan kapal terbang itu adalah orang biasa yang sedang bersiar siar di pantai Reunion.
Lautan Hindi tidak banyak pulau. Reunion berhampiran dengan pulau Madagascar. Madagascar adalah pulau terbesar di Lautan Hindi dan merupakan sebahagian daripada benua Afrika. Kedua-dua pulau itu adalah bekas tanah jajahan Perancis. Kini Madagascar adalah negara merdeka. Reunion pula adalah wilayah Perancis.
Bangsa Madagascar bernama Malagasy. Ia adalah keturunan rumpun Melayu. Raut wajah dan warna kulitnya adalah Melayu. Bahasanya adalah juga rumpun Melayu. Ibu kotanya adalah Antananarivo yang bermaksud Tanah Seribu. Mereka memanggil kelapa sebagai nyio. Rumah tradisinya dengan tiang tinggi dan tingkap panjang ke bawah adalah sama dengan rumah Melayu di Malaya dan Sumatera.
Ke utara pula terletak pulau Seychelles. Sebuah negara merdeka tetapi pernah menjadi tanah jajahan Perancis. Di sinilah seorang Sultan Perak telah dibuang negeri oleh penjajah British ekoran pembunuhan residennya Birch oleh Maharajalela.
Dulu di Kuala Lumpur, sebuah jalan berhampiran Stadium Merdeka bernama Birch Road. Setelah Malaysia diwujudkan, ia ditukar namanya kepada Jalan Maharajalela.
Sultan yang dibuang ke Seychelles menderita kerinduan terhadap tanah airnya. Di pulau inilah baginda terdengar sebuah lagu Perancis yang sebenarnya asalnya sebuah lagu rakyat didendangkan di pantai pantai di Lautan Hindi hinggalah ke Asia Tenggara. Lagu ini selalunya dinyanyikan orang di pantai ketika bulan terang. Ia dinyanyikan dalam banyak versi, Perancis, inggeris dan Melayu. Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai Mamoola Moon, dalam bahasa Melayu ia dinamakan Terang Bulan.
Lagu Terang Bulan ini kemudian dijadikan lagu rasmi negeri Perak. Pada 31 Ogos 1957, ia diisytiharkan sebagai lagu kebangsaan Malaya dengan nama Negaraku. Pada 16 September 1963, ia diisytiharkan sebagai lagu kebangsaan Malaysia.
Agak jauh ke timur Seychelles terletak pulau Mauritius. Ia adalah sebuah negara merdeka dan bekas tanah jajahan Perancis. Di pulau ini turut ditanam buah nenas. Benih nenas ini pernah dibawa ke Johor. Orang Johor memanggilnya sebagai nenas Moris.
Jauh ke timur Mauritius terletak pulau Maldives. Sebuah negara merdeka dan bekas tanah jajahan British. Majoriti penduduk pulau ini beragama Islam.
Masjid utama negaranya terletak di ibu kotanya, Male dan mempunyai reka bentuk serupa dengan Masjid Bangsar. Arkiteknya adalah sama.
Maldives dijangka ditelan laut apabila paras air naik ekoran pemanasan global.
Jauh ke sebelah selatan terletak pulau Diego Garcia. Ia adalah bekas tanah jajahan British tetapi kini berada di bawah pentadbiran Amerika Syarikat. Ia menempatkan pangkalan tentera Amerika. Penduduk asli pulau itu kesemuanya telah dipaksa pindah ke India. Perpindahan itu adalah penuh dengan air mata.
Di utara Lautan Hindi terletak Laut Arab. Di sinilah tempat laluan kapal terbang yang membawa jemaah haji dan umrah berulang alik dari Madinah, Jeddah atau Dubai ke Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta.
Semasa MH370 baru hilang ada seorang ahli jemaah umrah Malaysia ternampak sebuah kapal terbang besar di bawah paras laut ketika beliau melihat dari tingkap kapal dalam perjalanan pulang ke Malaysia.
Kisahnya disiarkan di muka depan akhbar The Star. Tetapi ia tidak diambil perhatian berat oleh pihak berkuasa.


Monday 3 August 2015

Ceritera Proksi Pemegang Amanah ??....

Oh, ya, dan satu lagi soalan, adakah benar bahawa Najib mendesak pemegang amanah Umno dan proksi-proksi mereka untuk memulangkan semula semua yang mereka pegang bagi pihak Umno? Dan adakah mereka enggan untuk berbuat demikian? Dengan sebab itu mereka mahu menggulingkan Najib, supaya mereka tidak perlu memulangkan harta Umno yang di bawah nama mereka?

Terdapat satu jenaka di kalangan Umno. Ibu pejabat Barisan Nasional memberikan setiap satu daripada 222 kawasan Parlimen RM10 juta untuk membayar perbelanjaan pilihanraya umum. Ianya akan dibayar kepada pusat operasi negeri dan jumlah keseluruhannya adalah RM2.2 bilion.

Pusat Operasi Negeri menyerahkan RM5 juta kepada setiap satu daripada 222 kawasan Parlimen, yang sepatutnya untuk menampung kos kempen pilihan raya untuk lebih daripada 500 kawasan Dewan Undangan Negeri juga. Yang berjumlah RM1.1 bilion.

Belanjawan sebanyak RM50 dibelanjakan bagi setiap pengundi untuk bendera, sepanduk, poster, makanan, air mineral, pengangkutan, dan lain-lain, dalam setiap satu daripada 222 kawasan Parlimen dan lebih daripada 500 kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah mereka. Yang berjumlah RM500 juta.

Jadi, RM2.2 bilion diberikan tetapi hanya RM500 juta dibelanjakan. Dan itulah sebabnya mengapa orang Umno suka pilihanraya umum dan pilihanraya kecil. Waktu itu wang mengalir seperti air dan tidak ada sesiapa yang mempunyai masa untuk menyemak akaun dan menentukan sama ada wang tersebut “sampai”, sebagai orang-orang Umno biasanya berkata, akan ‘reach the ground’.

Keadaan bertambah buruk bagi kerusi seperti Cheras, yang berada di bawah Syed Ali Alhabshee, yang Umno tahu ianya tidak boleh dipertandingkan dan walaupun ia dipertandingkan pun tidak akan menang. Mengapa menghabiskan begitu banyak wang pada kerusi yang kalah? Lebih baik mereka simpan wang tersebut kerana mereka tahu bahawa apa pun jumlah wang yang mereka habiskan mereka masih akan kalah juga.

Itulah masalah dengan belanjawan pilihanraya. Anggaran hanya suku sahaja dari apa yang diberikan sebenarnya ‘sampai’. Kebanyakan daripadanya, memetik kata Tun Dr Mahathir Mohamad, “disappears into thin air”.

Cara lain untuk membiayai aktiviti Umno dan membayar untuk perbelanjaan pilihanraya adalah melalui projek-projek dan perniagaan. Tetapi Umno tidak boleh secara langsung menjalankan perniagaan ini. Pada masa lalu, Umno ada menjalankan perniagaan secara langsung di bawah namanya sendiri. Malah, Umno yang memiliki cukup banyak perniagaan dan syarikat.
Walau bagaimanapun, semua perniagaan tersebut gagal dan bankrap. Perniagaan telah diuruskan dengan begitu teruk dan yang selalunya orang-orang Umno yang dilantik sebagai pengarah dan pengurus “merompak” syarikat-syarikat tersebut dan mereka“perah” hingga kering. Tambahan pula, terdapat masalah besar pada tahun 1988 apabila aset Umno dan akaun bank dibekukan dan Umno berada dalam keadaan tenat.

Jadi susunan baru yang Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin tubuhkan adalah untuk mewujudkan pemegang amanah yang kemudiannya melantik proksi yang kemudiannya ada pula sub-proksi untuk memegang harta Umno di bawah”pemegang amanah”.

Tetapi pemegang amanah tidak boleh dipercayai dan proksi-proksi melarikan diri dengan wang. Akhirnya RM100 bilion yang Anwar Ibrahim dakwa dimiliki oleh Umno, yang sepatutnya bernilai lebih dari itu, sekali lagi, seperti kata Dr Mahathir, “disappeared into thin air”.

Ini merupakan dilema yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadapi dalam pilihanraya umum yang pertama dimana beliau perlu uruskan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2013. Bagaimana cara pastikan bahawa RM2.5 bilion yang dibelanjakan maka RM2.5 bilion tersebut “sampai” bukannya hanya RM500 juta sahaja ‘reached the ground’?

Umno sepatutnya memiliki RM100 bilion atau mungkin juga dua kali ganda nilai tersebut. Hakikat bahawa tiada siapa yang tahu sama ada Umno memiliki RM100 bilion atau RM200 bilion adalah kerana pemegang amanah yang sepatutnya memegang kekayaan Umno melalui proksi enggan mengisytiharkan berapa jumlah sebenar. Jika mereka lakukan demikian maka mereka perlu serahkan semua harta tersebut kepada Umno.

Jadi ramai pemegang amanah yang memegang harta Umno melalui proksi mendiamkan diri. Mereka berpura-pura seolah-olah mereka tidak tahu berapa banyak harta Umno dan ke mana wang tersebut telah pergi. Jika anda periksa akaun bank Umno maka jumlahnya adalah kosong. Jadi di mana RM100 bilion atau RM200 bilion atau apa sahaja jumlah sebenarnya?

Hanya pemegang amanah dan proksi mereka tahu. Ada juga yang mengatakan bahawa pemegang amanah itu sendiri tidak tahu angka sebenar kerana proksi-proksi mereka tidak memberikan maklumat. Jadi bukan sahaja pemegang amanah menipu Umno, malahan proksi-proksi juga turut menipu pemegang amanah.

Najib mendapati dirinya berada dalam kemelut kewangan apabila beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009. Umno sepatutnya kaya tetapi hakikatnya miskin. Dan apabila pilihanraya umum diadakan pada 2013 beliau bimbang tentang isu mencari dana sebanyak RM2.5 bilion untuk membiayai pilihanraya kerana pemegang amanah dan proksi Umno enggan menyerahkan semula harta UMNO yang di bawah nama mereka.

Kemudian timbul pula masalah sekiranya anda menyerahkan RM2.5 bilion kepada negeri-negeri, yang kemudiannya akan menyerahkan kepada kawasan pilihanraya, hanya RM500 juta yang akan sampai ke bawah manakala RM2 bilion pula akan “disappear into thin air”.

Saya diberitahu Najib telah berbincang dilema ini dengan Bank Negara dan mereka telah mencadangkan bahawa memandankan wang tersebut diperolehi secara sah melalui sumbangan atau derma maka ianya cukup selamat dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib. Selagi wang jelas penggunaanya maka tidak akan akan timbul sebarang isu.

Dengan Najib lakukan sepertimana yang dicadangkan. Apabila beliau menerima sumbangan tersebut, beliau masukkan ia ke dalam akaun bank peribadinya. Kemudian beliau mastikan wang tersebut tidak hilang begitu sahaja dengan sampai ke bawah sepertimana sepatutnya. (Ironinya, Dr Mahathir sendiri mengesahkan perkara ini apabila beliau mengadu tentang berapa jumlah yang dibelanjakan Najib untuk pilihanraya umum 2013).

Dan itu adalah bagaimana pilihanraya umum 2013 telah dibiayai dengan pengetahuan penuh Bank Negara, yang terpaksa meluluskan sejumlah besar wang yang masuk ke negara ini sejak dari mula lagi sekiranya tidak, wang tersebut tidak akan dapat dibawa masuk.

Jadi isunya di sini adalah, adakah Najib akan mendedahkan siapa penderma sejumlah besar wang tersebut? Najib berkata beliau bersedia untuk berbuat demikian jika pembangkang juga mendedahkan dari mana sumber kewangan mereka diperolehi dan siapa penderma mereka.

Namun pembangkang tidak mahu berbuat demikian. Mereka bukan sahaja ingin melindungi identiti penderma tetapi juga tidak mahu orang ramai tahu berapa banyak wang yang mereka miliki. Jadi Najib akan tunggu pembangkang mendedahkan sumber pembiayaan mereka terlebih dahulu sebelum beliau berbuat demikian.

Persoalan seterusnya yang perlu ditanya ialah berapa nilai sebenar harta Umno? Adakah RM100 bilion atau RM200 bilion atau lebih? Adakah Najib tahu atau pemegang amanah dan proksi mereka tidak akan buka mulut?

Dan akhir sekali, soalan yang paling penting : siapa pemegang amanah dan proksi tersebut dan mengapa tidak menyerahkan kembali harta tersebut kepada Umno atas apa yang mereka pegang sebagai amanah bagi pihak parti?
Ya, saya rasa soalan terakhir merupakan paling penting sekali.

Oh, ya, dan satu lagi soalan, adakah benar bahawa Najib mendesak pemegang amanah Umno dan proksi-proksi mereka untuk memulangkan semula semua yang mereka pegang bagi pihak Umno? Dan adakah mereka enggan untuk berbuat demikian? Dengan sebab itu mereka mahu menggulingkan Najib, supaya mereka tidak perlu memulangkan harta Umno yang di bawah nama mereka?

Soalan, soalan, soalan … sekarang boleh tak kita dapatkan jawapan!

– Malaysia Today


DAP, PKR menentang sumber dana politik diisytihar kepada SPRM!!!

FMT Reporter:-

Dua parti itu memberi alasan mereka bimbang jika didedahkan siapa penyumbang dana, kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyumbang itu.

PETALING JAYA: Pembangkang menentang cadangan supaya sumber dana setiap parti politik diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, DAP antara parti paling awal membantah cadangan itu dengan alasan ia parti sara diri dan bimbang peraturan baharu itu bakal merugikan parti terbabit.

Katanya, dalam mesyuarat Transparency International – Malaysia (TI-M) bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada 1 Disember 2010, minit mesyuarat melaporkan Tian Chua berkata ‘beliau bimbang pengisytiharan penuh akan menjejaskan penyumbang dan seterusnya menjejaskan pembiayaan bagi parti pembangkang, kebimbangan bahawa penyumbang mungkin didakwa oleh parti yang menang kerana menyokong pakatan pembangkang dalam mana-mana pilihan raya umum. Ini dengan sendirinya akan menyebabkan pengurangan sumber kewangan bagi pakatan pembangkang’.

Rahman berkata, Ahli Parlimen DAP dari Rasah, Anthony Loke turut menyuarakan perkara sama menerusi Forum Majlis Peguam mengenai pembiayaan politik pada 29 September 2011.

Ini berbeza apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menyokong cadangan SPRM itu dan mahukan ia dilaksanakan serta dimasukkan ke dalam inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP), kata Rahman.

“Oleh itu, saya dapati agak menghairankan kebelakangan ini apabila pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang kelihatan hipokrit dalam mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi BN dan UMNO, sedangkan mereka dengan keras menentang inisiatif perubahan pembiayaan politik sejak awal,” katanya.

Katanya, kemampuan DAP memiliki ibu pejabat parti bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri serta kemampuan pembangkang mengeluarkan bajet yang besar pada pilihan raya kecil menunjukkan pembangkang menerima sumbangan politik yang besar.

“Tanpa pembiayaan politik yang banyak, parti pembangkang tidak mungkin dapat menggerakkan jentera pilihan raya secara besar-besaran,” katanya.

Rahman berkata, BN juga tidak terlepas daripada amalan itu apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi blognya pada 13 Jun 2008, beliau mengaku menyerahkan lebih RM1.4 bilion – dalam bentuk tunai dan aset – kepada Presiden UMNO yang baharu ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2003.

“Itu adalah nilai tunai dan aset UMNO pada waktu itu. Melangkah 12 tahun ke hadapan ke hari ini, dengan mengambil kira inflasi sepanjang beberapa tahun dan cabaran lebih hebat dalam membiayai jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri UMNO dan BN di empat negeri (Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan) sejak 2008, saya tidak akan terkejut jika pucuk pimpinan perlu bersikap lebih proaktif dalam mendapatkan pembiayaan daripada penyokong serta penyumbang,” katanya.

Beliau berkata, wujud keperluan lebih mendesak untuk mengawasi pembiayaan politik dan hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh pembangkang terutama DAP.

Bagaimanapun, katanya, sementara cadangan mengisytiharkan sumber dana politik kepada SPRM menjadi kenyataan dalam pakatan pembangkang, tiada pihak yang berhak mendabik dada dan mendakwa dirinya lebih baik berbanding yang lain.


RM 2.6 Bilion, Perdana Menteri, Pengkritik Dan Siasatan SPRM Yang Tercemar?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM), yang beberapa pegawainya sedang berhadapan siasatan pembocoran dan pemalsuan dokumen, mengeluarkan kenyataan mengesahkan sejumlah RM 2.6 Bilion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tetapi bukan dari 1 Malaysia Development Berhad seperti yang didakwa.

Sungguhpun kita menerima kenyataan SPRM ini, namun apakah siasatan mereka tidak tercemar dengan tindakan beberapa pegawai dan Timbalan Pendakwaraya mereka yang sedang disiasat Polis? Apakah keputusan dan fakta RM 2.6 bilion tersebut sudah sah atau telah tercemar oleh beberapa orang pegawai mereka?

Kita tertanya-tanya darimana datangnya angka RM 2.6 bilion ini? USD 700 juta pada 2013 tidak memungkinkan angkanya ialah RM 2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri pada 2013.

Kita faham SPRM tidak boleh mendedahkan sumber penyumbang kepada umum. Nmaun SPRM perlu menjelaskan berapa banyak transaksi dan akaun yang menghasilkan RM 2.6 bilion itu.

Apabila Wall Street Journal dan Pakatan Rakyat menuduh Mohd Najib mengambil sejumlah USD 700 juta milik 1MDB ke dalam akaunnya, beliau menulis,

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri. Surat peguam tersebut meminta Wall Street Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana AS$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.”

Mohd Najib juga dalam perjumpaan dengan Majlis Tertinggi UMNO mengakui menerima dana untuk pilihan raya tetapi menafikan menerima dari 1MDB atau menggunakan dana tersebut untuk kepentingan peribadinya. Mohd Najib juga tidak pernah memaklumkan berapa jumlah dana tersebut kepada mereka

Mungkin beliau sendiri tidak pasti jumlah dana tersebut dan perbelanjaannya, lalu mengarahkan pasukan khas menyiasat akaun tersebut.

Semalam Mohd Najib sendiri bersedia mengumumkan senarai penyumbang Pilihan Raya Barisan Nasional sekiranya semua parti politik bersetuju.

Selagi parti lain tidak bersedia mendedahkan sumbernya tiada sebab Barisan Nasional perlun mendedahkan.

Garis sempadan di sini ialah:

1. Mohd Najib tidak pernah menafikan akaun tersebut bukan milik beliau.
2. Mohd Najib tidak pernah menafikan beliau tidak menerima sebarang dana melalui akaun tersebut.
3. Mohd Najib hanya menafikan beliau menerima wang 1MDB seperti mana yang didakwa oleh WSJ, Tun Mahathir dan Pembangkang.

Lebih utama siasatan SPRM mendapati tiada wang 1MDB atau mana-mana pihak yang berunsur rasuah dikesan menyumbang ke dalam akaun Perdana Menteri untuk pilihan raya ini.-MYKMU.NET