Monday 28 December 2015

Selangor Mundur!!Azmin Ali Gagal Hampir 40% Rakyat Selangor Di Bawah Paras Kemiskinan?

Bajet ‘Smart Selangor’ yang di bentang oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pada Oktober lepas hanya gimik untuk menutup kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri PKR.

Ternyata pembentangan belanjawan tersebut merupakan janji manis oleh Pakatan Rakyat memancing simpati pengundi.

Selangor yang berhadapan dengan pelbagai isu dalaman dalam mengurus tadbir kini perlu mencari alternatif sebagai langkah mengekalkan kuasa memerintah untuk penggal akan datang.

Jumlah defisit yang di catit pada 2015 sebanyak Rm450juta nyata memberi kesan negatif kepada perkembangan ekonomi Selangor. Perbelanjaan sebanyak Rm1.97 billion tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan kepada industri perkilangan yang memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor. Sebanyak 33.8% rakyat Selangor masih berada dibawah paras kemiskinan sejak PKR mengambil alih pemerintahan.

Penutupan operasi kilang kilang besar Selangor membuktikan Azmin gagal menarik minat pelabur menanam modal di negeri tersebut. Ini sekaligus menutup peluang mengembangkan ekonomi Selangor dan rakyat terjejas apabila tiada lagi pelaburan di bawa ke negeri terbabit. JVC antara syarikat gergasi yang terpaksa menutup operasi mereka di Selangor berikutan masalah air yang di hadapi. Manakala Epson juga telah menutup operasinya dan Hitachi Sdn Bhd mengurangkan tenaga kerja mereka selama Azmin menerajui Selangor.

Walau menyasarkan sebanyak Rm2,422,500.00 untuk pembangunan kerajaan dan kesejahteraan rakyat, jumlah itu gagal di terjemahkan dalam bentuk kebajikan. Masalah yang melanda dalam Selangor sendiri menyebabkan rakyat bosan dengan janji Azmin selaku MB. Infrastruktur jalan serta pengaliran mengakibatkan kerap berlaku banjir kilat dan kerosakan aspal memberi impak negatif akan bajet yang di bentangkan.

Tahun ini sahaja banjir berlaku di tempat yang tidak pernah terjadi kejadian seperti itu. Malah lebih mengecewakan DUN yang di wakili oleh Presiden PKR, Wan Azizah tidak terurus. Rungutan yang sering di lontar tidak di pedulikan Azmin,kerana yang penting PKR memegang kuasa memerintah.

Jalanraya yang rosak teruk dan tidak di baik pulih walau telah di adukan berkali kali. Malah ada gambar yang di naik muat secara sinis memerli Azmin dengan menunjukkan lubang yang terbentuk di atas jalanraya boleh menjadi takungan untuk mengambil air sembahyang serta boleh menternak ikan di dalamnya.

Bagaimana Azmin menguruskan belanjawan negeri jika kerosakan jalanraya juga berharap kepada kerajaan Persekutuan untuk di baiki. Mana perginya wang yang sepatutnya digunakan untuk menambah baik infrastruktur perhubungan antara daerah dan negeri.

Masalah bekalan air juga menghantui Azmin dalam mentadbir Selangor. Kerana ego PKR serta sekutu yang memerintah,rakyat menjadi mengsa apabila kerap putus bekalan air hingga berminggu lamanya. Industri Industri besar yang memerlukan bekalan air dalam jumlah besar turut terjejas dan ini merencatkan iklim ekonomi Selangor sendiri.

Kemana hilang bajet yang dikatakan MES ( Merakyatkan Ekonomi Selangor) yang di banggakan oleh Azmin apabila masalah kecil pun tidak mampu di tangani dengan baik. Apatah lagi ‘Smart Selangor’ yang beliau kemukakan dalam usaha meraih perhatian rakyat Selangor. Banyak perkara yang tidak mencapai tanda aras Selangor sebagai negeri maju di Malaysia sejak di perintah Pakatan Rakyat di bawah PKR.

Walau menbentangkan belanjawan yang lebih ‘menarik’ Azmin nyata masih tidak mampu menyorokkan kelemahan pentadbirannya yang membazirkan wang rakyat Selangor dengan projek yang tidak memberi manfaat secara keseluruhan. Dengan hanya peruntukan sebanyak Rm10Juta untuk pembangunan perbandaran apa yang dapat di lakukan mereka. walau cuba mewujudkan Wifi Smart Selangor, liputan hanya terhad dan bukan semua rakyat menikmatinya.

Menteri Besar Selangor itu perlu mengakui bahawa PKR dan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor lemah dalam memberi kebajikan yang di janjikan kepada rakyat selama ini. Hingga bila Azmin mahu bermain dengan angka serta janji janji yang beliau tidak mampu tunaikan sebagaimana manifesto Selangor yang di beri kepad rakyat pada Pru13.

Mampukah Azmin mentadbir tanpa sekutu dari parti lain di Selangor dan membuktikan PKR sudah boleh ketepikan DAP dan PAS sebagai sekutunya.

Ini belum termasuk skandal yang sedang hangat diperkatakan mengenaiprojek pintu gerbang yang menelan belanja RM9.8 juta hanya untuk mengecat sahaja dan RM30juta hanya untuk projek laluan basikal sahaja. Semuanya ini adalah duit rakyat Selangor.

Tuesday 10 November 2015

JAWAPAN TERHADAP SERANGAN BLOG MAHATHIR

JAWAPAN TERHADAP SERANGAN BLOG MAHATHIR

Tun M : Laporan kerajaan mengumumkan negara tidak mengalami krisis ekonomi tetapi beliau mempersoalkan tindakan penahanan beberapa individu atas dakwaan cubaan mensabotaj sistem kewangan negara. Tambah beliau, jika kewangan negara masih stabil mengapa individu berkenaan ditangkap? Dan jika individu tersebut mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara, sudah tentu ianya akan lumpuh.

JAwapn : Tun M jelas sekali merujuk kepada penahanan penyokong setianya; Khairuddin Abu Hassan dan bekas setiusaha politiknya, Matthias Chang. Jika kebenaran yang mereka cuba buktikan, pada pendapat saya dengan menfailkan kes kepada pihak berkuasa Hong Kong dan Switzerland sudah mencukupi. Tidak perlu keliling satu dunia.  Bukankah itu bukti jelas mereka cuba merosakkan imej negara?

Kini, Khairuddin sendiri telah mengaku bahawa dia ada menyerahkan beberapa dokumen kepada kerajaan asing berkenaan.

1. Jika dokumen tersebut BENAR. Bagaimana dia mendapatkan dokumen sulit berkenaan?

2. Jika ianya PALSU. Adakah ia tidak menjadi kesalahan menyerahkan dokumen palsu kepada negara asing dengan niat memalukan Malaysia dan Perdana Menteri?

Berkenaan isu penahanan beberapa individu atas dakwaan mensabotaj sistem kewangan, Tun M mengatakan ianya mengelirukan kerana laporan oleh kerajaan menunjukkan ekonomi stabil. Apa rasional penahanan?

Jadi, pengganas ISIS yang ditahan kerana cubaan mengebom Kuala Lumpur juga perlu dibebaskan kerana tiada pengeboman berlaku?

Tun M : Sistem perbankan dan kewangan mungkin masih stabil tetapi ada beberapa petunjuk lain yang menjurus kepada krisis ekonomi dan nilai Ringgit merundum kepada MYR 4.3 berbanding  USD 1. Ini menjejaskan urusan import dan pinjaman dalam USD.

Jawapan : Tidak masuk akal mengkritik negara tatkala nilai Ringgit jatuh sehingga MYR 4.30 berbanding 1 USD sedangkan negara lain mengalami penyusutan nilai matawang yang lebih teruk. Kejatuhan matawang ini merupakan proses normal kepada negara yang bergantung kepada hasil komoditi.

Adakah Perdana Menteri kita berkuasa untuk mengawal harga minyak dunia atau memulihkan momentum pertumbuhan China?

Jika betul Tun M begitu risau akan nilai Ringgit, mungkin Najib boleh mengikut cara beliau dengan menambat nilai Ringgit pada MYR 3.80.

Namun, tahniah kepada kerajaan kerana tidak mengambil jalan mudah dan bertindak untuk mengekalkan aliran tunai bebas yang ternyata lebih baik mengikut situasi pasaran semasa. Ini kerana tambatan Ringgit ternyata lebih membawa keburukan.

Isu import dan urusan pinjaman dalam USD membolehkan kita memilih untuk menggunakan barang buatan Malaysia dan mengurangkan aliran keluar kepada negara-negara asing. Tidak seperti zaman pemerintahan Tun M, 97% pinjaman kerajaan menggunakan Ringgit Malaysia dan negara juga tidak lagi terlibat dengan pinjaman asing.

Tun M: Pasaran saham menyusut dengan nilai yang besar dalam pasaran modal dan pertumbuhan ekonomi kita jauh ketinggalan dari Indonesia dan Filipina.

Jawapan : Hari ini, pasaran saham berada pada paras 1685.7 mata, dua kali ganda dari sewaktu Najib mula menjadi PM pada tahun 2009. Pasaran saham tidak menyusut sehingga 70% kepada 200 atau lebih mata seperti pada tahun 1998 namun, lagipun Perdana Menteri ketika itu tidak juga meletakkan jawatan.

Tun M telah sedia maklum bahawa pertumbuhan setiap negara bergantung kepada tahap pembangunan mereka. Indonesia dan Filipina yang asas pertumbuhan negaranya jauh lebih rendah berbanding Malaysia hanya dapat menikmati kestabilan setelah berdekad lamanya berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara mereka.

Hal sama berlaku antara Malaysia dan Singapura pada zaman Tun M, di mana asas pertumbuhan ekonomi Singapura lebih matang namun kita menandingi mereka dari segi kadar pertumbuhan. Singapura pula hanya mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 0.1% pada suku terakhir berbanding Malaysia iaitu sebanyak 4.5% hingga 5%.

Tun M : Pelbagai kenaikan kos sara hidup yang mengurangkan kuasa pembeli dan skandal-skandal kerajaan berkaitan 1MDB, kehilangan wang, penyalahgunaan wang dana KWSP dan sebagai
nya. Pemimpin perlu bertanggungjawab atas semua ini seperti negara lain yang pemimpinnya sedia melepaskan jawatan dan bukan meletakkan kesalahan pada orang lain.

Jawapan :

Pada tahun 1998 :

1. Ekonomi negara merundum dengan KDNK jatuh mengejut sebanyak 7.4%.

2. Sektor pembinaan menguncup sebanyak 23.5%, sektor pengeluaran sebanyak 9% dan pertanian menyusut sebanyak 5.9%.

3. Inflasi meningkat dua kali ganda dari 2.7% kepada 5.3%.

4. Ringgit merosot hampir 50% dari MYR 2.50 kepada MYR 4.84 berbanding 1 USD.

Tun M terpaksa mewujudkan Danaharta untuk membantu syarikat-syarikat yang hampir dan sudah muflis, menggunakan wang dari Petronas untuk menyelamatkan syarikat milik anak beliau sendiri sehingga mencetuskan konflik besar – yang tidak langsung Tun M cuba untuk pertahankan. Bank-bank juga tidak mampu untuk mengeluarkan pinjaman malah, turut berada di ambang kemuflisan.

Kerajaan hampir muflis serta menteri dan pegawai tinggi awam dikenakan potongan gaji, cubaan untuk membuat pinjaman kepada Singapura yang ditolak oleh mereka. Tun M juga melakukan tindakan memecat Timbalan Presiden dan juga Timbalan Perdana Menteri serta menahan Ketua Pemuda UMNO bersama berpuluh-puluh yang lain di bawah ISA.

Adakah Tun M meletak jawatan ketika itu? Sudah pasti tidak.

Tun M: Malaysia miskin. Tiada rasa tanggungjawab. Hanya mementingkan diri.

Jawapan : Semua skandal negara mempunyai jawatankuasa audit khas sendiri. PAC dan Pasukan Tugas Khas yang menjalankan soal siasatan terhadap semua pihak.

Masih ingat isu PKFZ?

Siapa yang menjawab “saya tidak ingat"?

Itu tahap tanggungjawab Tun M.

Diterjemah : JASA
Sumber : http://greatermalaysia.com/2015/11/10/stinging-rebuttal-mahathirs-latest-attack/


Wednesday 4 November 2015

Philip Morris - syarikat rokok Yahudi yang menguasai dunia!!

Philip Morris, baru bertukar nama menjadi Altria Group pada 2003. Altria bererti ‘tinggi’ yang maksudnya berasal dari bahasa Latin. Pusat operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia ini ialah di Henrico County, Virginia, Amerika Syarikat.

Bermula sebagai kedai tembakau pada 1847 di Bond Street, London, kini Philip Morris menjadi syarikat nombor satu bagi pengeluar makanan di Amerika Syarikat, penjual keju yang diproses dan pengeluar rokok. Ia juga menjadi syarikat makanan kedua utama di dunia dan ketiga bagi bisnes gula-gula.

Sempena nama Philip Morris iaitu seorang peniaga Yahudi, syarikat tembakau itu berkembang sebagai sebuah syarikat ketiga paling menguntungkan dalam kategori barangan pengguna.
Pada akhir tahun kewangan 2007, ia mencatatkan pendapatan sebanyak US$8.9 bilion dengan mengeluarkan 850 bilion batang rokok di seluruh dunia.
Di pasaran semasa, penguasaan Philip Morris meningkat dari 15.4 peratus dalam tahun 2006 kepada 15.6 peratus pada tahun 2007.

Pengurusan Philip Morris diketuai oleh Michael Szymanczyk, juga seorang Yahudi dari Philip Morris Amerika Syarikat (AS). Kaitan Yahudi dan bisnes rokok semakin akrab dan melibatkan rangkaian pelobian yang sangat kukuh. Setiap kali pilihan raya presiden AS, kita didedahkan kaitan calon presiden dengan pelobi-pelobi Yahudi. Siapakah pelobi-pelobi itu? Center for Public Integrity, AS mendedahkan bahawa Atria Group membelanjakan hampir US$101 juta untuk melobi kerajaan AS dari 1998 hingga 2004, menjadikannya organisasi kedua paling aktif melobi di negara itu.

Dr Wu Tao-Wei dalam artikel ‘Why the Jews Hate ‘Fa Lun Gong’ berkata, sama ada terdapat gula di dalam diet, tembakau, barah, dadah atau ribuan bahan-bahan asing lain yang memudaratkan manusia, jika ia memberi faedah kepada Yahudi, mereka akan mempromosinya dengan bersungguh-sungguh. Yahudi sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghancurkan manusia. Melalui tembakau dan rokok, hampir 23 peratus kematian di Republik Chech adalah akibat tabiat merokok. Bagaimana pengaruh rokok berkembang di seluruh dunia? Sejak 1847 hingga 2008, Philip Morris sentiasa berkempen secara agresif melalui Philip Morris International (PMI). Bermula di Australia pada 1954, jualan rokok terus meningkat dan pada 1973, pengeluaran rokok mencecah 124 bilion batang.

Kilang terbesar Philip Morris di luar AS ialah di Bergen op Zoom, Belanda yang dibuka pada 1980. Kejayaan kilang ini ialah menyumbang sebanyak US$1 bilion iaitu kali pertama Philip Morris mendapat jumlah berkenaan sejak penubuhannya.

Dua tahun kemudian, volum rokok mencecah 400 bilion, menyebabkan operasi PMI perlu dikembangkan selari dengan pertambahan permintaan. Syarikat itu membelanjakan lebih US$3 bilion untuk kempen pengiklanan pada 1996, menjadikannya pengiklan kesembilan terbesar di dunia. Kesan daripada kempen merokok, 67 peratus lelaki di kawasan bandar di Kemboja menjadi perokok manakala di luar bandar, ia mencecah 86 peratus.

Di China, 3,000 orang mati setiap hari kerana merokok.
Kajian di Filipina pula mencatatkan 99.8 peratus iklan tembakau menjadi permulaan kepada tabiat merokok khususnya kepada 60 peratus lelaki yang merokok.
Korea Selatan adalah pasaran kelapan terbesar bagi rokok dunia di mana jumlah rokok yang dikeluarkan setahun dianggarkan 100 bilion. Kawasan yang menjadi pasaran besar kepada rokok ialah Pasifik Barat di mana dua per tiga lelaki terlibat dengan tabiat merokok. Selain Philip Morris, Kementerian Kewangan Jepun turut menjadi pemegang saham terbesar dalam Japan Tobacco iaitu salah satu syarikat pengeluar rokok utama dunia. Oleh kerana pasaran rokok yang sangat besar, PMI melangkah jauh dengan membuka kilang pengeluaran rokok pertama di Asia pada 1995 dengan mendirikan kilang di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Lapan tahun kemudian, Filipina menggantikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran rokok utama Asia dengan lonjakan pendapatan sebanyak US$5.7 bilion iaitu pertambahan seratus kali ganda sejak 1970. Selepas Malaysia dan Filipina, PMI melebarkan bisnes ke Indonesia dengan menguasai 95 peratus saham dalam PT HM Sampoerna pada harga US$4.8 bilion. Menguasai bisnes rokok di lima benua, Philip Morris mewarisi pendapatan US$38.05 bilion (2007) melalui penjualan 26 jenama rokok termasuk Marlboro, L&M, Philip Morris, F6, Classic dan Sampoerna di samping menjadi penyeludup rokok haram paling besar. Di Itali, media negara itu mendedahkan peranan Philip Morris sebagai pedagang marijuana terbesar di dunia.

Apakah kaitan Philip Morris, Yahudi, rokok dan memusnahkan masyarakat dunia? Yahudi menganggap bangsa mereka sebagai pilihan Tuhan dan boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh manusia bukan Yahudi. Selain menjadikan kebuluran, wabak penyakit HIV/AIDS dan peperangan sebagai alat untuk membunuh, rokok juga menjadi salah satu ejen untuk mencapai cita-cita mereka. Walaupun wang dan kekayaan menjadi agenda utama, bisnes rokok lebih cepat memberikan kekayaan dan pada masa yang sama dapat membunuh secara senyap. Pengasas Philip Morris adalah seorang Yahudi. Ia memberi sumbangan besar kepada Yahudi dan Israel.

Di samping membantu rumah-rumah ibadat (synagogues) Yahudi, Philip Morris juga meningkatkan pengaruh mereka ke atas ahli politik dan kerajaan di negara-negara membangun dan dunia ketiga. Di  Amerika Syarikat, sumbangan kewangan terbesar kepada calon-calon politik dalam pemilihan 1995-96 adalah dari syarikat tembakau dengan jumlah US$4.2 bilion.

Di Kenya, Philip Morris menaja persembahan Third East African Jua Kali/Nguru Kazi Craft Exhibition 2001 atas nama memelihara warisan kebudayaan negara. Di Thailand, mereka menaungi ‘8th Art Competition 2001’ untuk memilih wakil Thailand bagi Asian Art Competition 2001 yang berlangsung di Bali, Indonesia. Kempen secara sembunyi turut dilakukan di Turki.

Philip Morris telah membelanjakan wang bagi membaik pulih Parlimen Turki yang dibuka semula oleh Menteri Kebudayaan pada 2001 di sebalik bantahan orang ramai. Di negara itu juga mereka membantu usaha menyelamat bandar purba ‘Zeugma’ dari ditenggelami air empangan. Di sebalik tangan-tangan Yahudi yang tersembunyi di sebalik tabir bisnes rokok, Philip Morris menaja komuniti Yahudi di Amerika Syarikat seperti bantuan penajaan bagi Jewish Community Council of Greater Coney Island dan program pengajian Yahudi di Arizona State University. Mereka juga menaja penyelidikan mengenai kesan-kesan genetik, persekitaran dan ciri-ciri psikologikal tabiat merokok ke atas wanita Israel. Sebanyak US$250,000 dilaburkan oleh Philip Morris USA dan Philip Morris International kepada lima pasukan penyelidik di Hadassah-University Hospital. Philip Morris dan Atria Group menjadi syarikat rokok terbesar di dunia, mengatasi British American Tobacco  dan Japan Tobacco. Penguasaan Yahudi melalui bisnes tembakau dan rokok dieksploitasi sepenuhnya oleh Philip Morris. Mereka melancarkan rokok jenama khas di Israel iaitu Maori Mix, memindahkan pekerja-pekerja Yahudi dari New York ke Richmond kerana pemikiran, sikap dan perlakuan Yahudi lebih terjamin di bandar itu di samping enam buah synagogue sedia ada.  Rabbi Yahudi juga sedia melawat dan menjaga kebajikan pekerja-pekerja Yahudi di syarikat itu.

Inilah sikap Yahudi. Ketika orang lain menderita, mereka tetap menjaga sebaik-baiknya Yahudi yang bekerja di situ. Philip Morris tidak kisah dengan 400,000 kematian setiap tahun di Amerika Syarikat. Ia adalah syarikat Yahudi dan masih wujud sehingga kini. Diberi bantuan yang sangat besar oleh pelobi dan penyokong Yahudi di Kongres. Mereka tahu produk mereka adalah pembunuh tetapi masih mengisytiharkannya sebagai memberi keuntungan kepada ekonomi. Itulah Yahudi, syarikat rokok Yahudi yang sangat berkuasa. 

Rujukanalbawa.com/theexpert/Philip Morris-The Jewish Leader in the Cigarette Business wikipedia.org/wiki/Altria_Group wikipedia.org/wiki/Philip_Morris_International


Thursday 29 October 2015

Azmin Ali makin menggila dan memerintah secara KUKU BESI?!!..

Selangorku Kini dibawah pemerintahan kuku besi Azmin Ali
MAKIN menggila, kerajaan PKR dan DAP Selangor hari ini semua nak dinaikkan lepas TOL di naikkan SEWA TAPAK PASAR MALAM pun di paksa untuk di naikkan dan lepas tu boleh lah salahkan BN macam BN pulak yang perintah negeri Selangor ni.

Surat yang telah diterima oleh para peniaga pasar malam iaitu 90% daripadanya adalah peniaga orang Melayu, mendesak supaya para peniaga membayar sewa tapak pasar malam dengan kadar sewaan yang baru berharga RM144 setahun.

Dengan tambahan bayaran fi proses lewat sebanyak 10% dari kadar fi lesen.

Dahsayat Kerajaan Selangor nak cari duit buat isi kantong masing-masing. Peniaga Melayu terus diperah tanpa memikirkan kesengsaraan mereka.

Katanya negeri berkebajikan tapi apa yang kebajikan? KEBAJINGAN adalah!

Tekan lagi orang MELAYU! Desak lagi orang MELAYU!

Hanya itu jelah kelebihan yang ada pada kerajaan negeri Selangor hari ini yang bertuankan DAP yang sememangnya anti Melayu dan anti Islam.

Maka boneka-boneka Melayu dalam PKR, PAS, PAN terus membisu dan buat-buat pekak sebab takut hilang kuasa dan dipinggirkan oleh DAP.


Dato' Seri Ismail Sabri isu pengharaman vape dikaji dan diteliti!!

"Dato' Seri Ismail Sabri isu pengharaman vape dikaji dan diteliti kerana kajian yang dibuat di Brittain ia langsung tidak membahayakan kesihatan"

LONDON: Rokok elektronik atau e-rokok harus disyorkan kepada perokok untuk membantu mereka menghentikan tabiat itu, cadang pakar-pakar kesihatan awam Britain dalam satu kajian.

Kajian yang dilakukan oleh Public Health England (PHE) itu mendapati bahawa menyedut wasap (vaping) e-rokok adalah 95 peratus kurang berbahaya berbanding menghisap rokok biasa.

Menurut kajian penulis bersama Prof Ann McNeill dari King’s College London, peranti berkuasa bateri itu yang mensimulasikan perasaan merokok tetapi dengan nikotin disedut dalam bentuk asap, boleh menjadi ‘faktor pengubah dalam kesihatan awam’.

Merokok adalah punca utama kematian yang boleh dicegah di England dan ia menyebabkan lebih 80,000 kematian setahun, mengikut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan.

Satu daripada lima orang dalam populasi Britain, didapati merokok.

Pengarah Kesihatan PHE Prof Kevin Fenton, berkata e-rokok bukannya benar-benar bebas daripada risiko, jika dibandingkan dengan merokok, tetapi ada bukti menunjukkan ia hanya membawa sebahagian kecil daripada kemudaratan menghisap rokok biasa.

Vaping adalah tabiat yang kurang dipilih berbanding merokok secara tradisional, dengan anggaran 2.6 juta penduduk di Britain menggunakan rokok elektronik.

Pada masa ini, tiada satupun daripada peranti yang dijual telah dilesenkan untuk tujuan perubatan di Britain. Ini brmakna golongan doktor tidak boleh mengesyorkannya kepada pesakit.
Bagaimanapun, bertentangan dengan persepsi awam, kajian itu mendapati bahawa e-rokok tidak membahayakan kesihatan dengan cara yang sama seperti rokok biasa.


Monday 19 October 2015

NAZIR : PRODUK "DEFECT" TUN RAZAK?

NAZIR : PRODUK "DEFECT" TUN RAZAK?
Oleh Lokman Adam

Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan Nama.  Jika disebut tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB), nama pertama yang sudah pasti terpancar dalam ingatan kita ialah Allahyarham Tun Razak.  Tokoh yang bertanggungjawab merapatkan jurang perbezaan ekonomi Melayu dengan bangsa lain.  Sungguhpun, matlamat Bumiputra menguasai 30% ekuiti dalam negara ini masih belum dicapai, namun tidak mungkin ekuiti Melayu yang hanya 2.33% pada tahun 1969, boleh meningkat lebih 10 kali ganda sekarang tanpa idea DEB Tun Razak.

Sungguhpun begitu, tidak semua yang dihasilkan oleh Tun Razak itu sempurna.  Setiap hasil keluaran mana-mana kilang sekalipun pasti ada yang "defect" (cacat). Secara peribadi, saya berasakan Nazir Razak adalah satu-satunya produk "defect" tokoh berjiwa rakyat, Tun Razak.  Kalau Tun Razak masih hidup, pasti beliau bersedih kerana salah seorang dari anaknya, gagal menjiwai Dasar Ekonomi Baru yang beliau ilhamkan. 
Malah, hari ini Nazir tergamak berkerjasama dengan DAP yang jelas mahu menghapuskan hak istimewa Melayu dan DEB.

Apa lagi yang Nazir mahu? Sehingga tergamak untuk membuka laluan bagi Lim Guan Eng membelasah abang kandungnya sendiri dan 1MDB di Oxford? Pilu hati saya bila membaca ucapan Guan Eng yang menyatakan terima kasih kepada adik Perdana Menteri kita ini.......

"I have the honour of being hosted by the Blavatnik School of Government, Oxford University, thanks to Datuk Seri Nazir Razak" – http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/penang-a-high-income-model-for-malaysia-through-inclusive-growth-lim-guan-e#sthash.AIaQnOnI.dpuf

Sejak tahun 2010 lagi Nazir sudah mula memperlihatkan gaya pemikiran "Melayu Liberal" beliau dan lantang mengetengahkan idea meritokrasi, bagaikan semua Melayu mempunyai peluang dan layanan yang sama seperti apa yang beliau perolehi.  Tanpa mengambil kira nasib Melayu yang tidak membesar dengan sudu perak, Nazir sering menekankan betapa ruginya kerajaan yang dilihat terlalu 'memanjakan' kaum Melayu dengan limpahan bantuan sehingga membantutkan kemajuan negara kononnya.

Lihat sahaja pada kelantangan beliau menyelar DEB di hadapan hampir 500 peniaga Cina di Kongres Ekonomi Cina sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan bahawa DEB seolah-olah telah di "Bastardisation" (diharamjadahkan).  Bagaimana seorang anak tergamak mengeluarkan perkataan sedemikian rupa ke atas idea bapanya?  Apa sebenarnya masalah Nazir?  Beliau sepatutnya mencontohi kegigihan kedua-dua individu terdekat dengannya dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputra.  Bukan menutup mata dan berterusan mengagungkan pemimpin DAP yang meletakkan matlamat menghapuskan DEB dan hak istimewa Melayu sebagai agenda mereka.  Kalau hendak dikatakan "defect" ini berpunca daripada kemewahan yang beliau perolehi melalui harta peninggalan Tan Sri Noah dan ayahnya pula seorang Perdana Menteri, kenapa semangat membela nasib Melayu itu masih membara dalam jiwa Najib dan adik-beradik beliau yang lain?

Utusan Malaysia dan NGO Melayu juga turut menjadi sasaran Nazir dalam menonjolkan wajah Melayu Liberalnya.  Beliau bagaikan "take team" (berkerjasama) dengan pembangkang melontarkan kecaman ke atas tulisan yang disiarkan oleh Utusan.  Namun. bila akhbar-akhbar lain menyiarkan tulisan yang jauh lebih rasis, diam pula Nazir seribu bahasa. 

Tidak cukup dengan itu, instagramnya kini,  digunakan sehabis baik untuk berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan menghentam 1MDB dan memperlekeh abangnya sendiri.   Inikah sikap professional dan keperibadian yang hendak ditunjukkan oleh CEO sebuah Bank yang terkemuka di negara ini?  Proses penyiasatan ke atas 1MDB pun hendak dipertikaikan.  Sempurna sangatkah kamu wahai Nazir?  Pengurusan CIMB sudah terlalu mantap ke?  Sibuk sangat nak bela nasib rakyat, nasib pekerja CIMB sudah terbela ke?  Dan jangan sampai orang mula cungkil kenapa kamu beria-ia melobi supaya Azman Mokhtar dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua atau Menteri yang menjaga EPU.

Nampaknya Nazir kini semakin jauh menyimpang dari agenda ayahnya.  Jika Tun Razak banyak membantu orang Melayu dengan mewujudkan Felda umpamanya, kini Nazir pula rancak membantu DAP.  Jika dulu CIMB hanya sekadar membeli ruang iklan (melalui agen) di laman Malaysiakini, kini CIMB sudah semakin berani untuk menjadi penaja bersama program-program yang dianjurkan oleh DAP.  Patutlah pemikiran beliau kebelakangan ini semakin mirip pemikiran pemimpin DAP.

Kepimpinan Nazir dalam menguruskan CIMB juga sebenarnya telah lama dipertikai.  Bukan hanya dari pihak luar, namun dari kakitangannya sendiri. Pada tahun 2012, kira-kira 1,000 kakitangan CIMB telah berpiket di hadapan Menara CIMB atas kegagalan Nazir menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Jika Nazir ini bersih sangat, takdelah mereka yang berpiket itu mempersoalkan pembelanjaan jutaan ringgit bagi pelbagai majlis yang hanya menaikkan nama beliau, sedangkan Bonus Prestasi PMS kepada pekerja dibayar pada kadar yang rendah. Itu belum lagi saya huraikan nasib pekerja Melayu CIMB yang semakin gagal dibela sejak Nazir menjadi CEOnya.

Nasihat saya pada Nazir, sebelum sibuk jaga tepi kain orang, uruskanlah dulu CIMB itu dengan sebaiknya.  Buatlah persiapan sekiranya ahli-ahli Parlimen kita bersetuju untuk menandatangani TPPA.  Cabaran sudah pasti lebih getir.  Kalau dah terlalu banyak masa yang terluang, gunakanlah kepakaran yang ada pada kamu untuk menjalankan tanggungjawab kamu sebagai Ahli JKE.  Berikan idea yang terbaik dalam usaha mengukuhkan ekonomi dan matawang kita.  Buktikan kepada dunia bahawa CIMB menjadi teguh kini bukan kerana kerja-kerja yang diberikan oleh Azman Mokhtar, tetapi CIMB kukuh kerana mempunyai CEO yang hebat.  "Prove to the World that you are not a defect product of Tun Razak".

3.55am 20/10/2015


Sunday 18 October 2015

Menjawab Fitnah terbaru SR!!

18 Oct 3015:-
Fitnah terbaru SR, tiada bukti Lembaga Pengarah diketepikan

1. Sehingga kini pertaruhan terbesar Sarawak Report (SR) dan pengkritik 1MDB dalam plot MENJENAYAHKAN NAJIB hanya berkisar kepada satu komponen perniagaan 1MDB, iaitu pelaburan AS$1.83 bilion di dalam usahasama dengan PetroSaudi.

2. Ini boleh difahami kerana tidak mudah untuk SR berbohong mengenai komponen perniagaan 1MDB yang lain, iaitu Edra Energy Global dalam bidang tenaga dan pembangunan hartanah melibatkan Tun Razak Exchange (TRX) serta Bandar Malaysia, lebih-lebih lagi apabila pelan rasionalisasi 1MDB menunjukkan perkembangan yang menggalakkan.

3. Bagaimanapun SR cuma mampu mengitar semula data dan maklumat lama yang diterima daripada Justo. SR tidak mempunyai cerita baru kerana mereka tidak mempunyai sebarang bukti kukuh yang boleh mengaitkan 1MDB dengan penyelewengan wang, penggubahan wang haram dan sebarang salah laku.

4. Baru-baru ini SR menyiarkan dokumen yang membuktikan Jho Low adalah penasihat Terengganu Investment Authority (TIA). Seolah-olah ini satu pembongkaran yang MAHA BESAR. Sedangkan tiada siapa yang menafikan hubungan Jho Low dengan kerajaan Terengganu dan TIA. Jho Low sendiri tidak pernah menafikan dan mengakui bahawa dia pernah dilantik sebagai penasihat TIA. Jho Low telah meletak jawatan sebagai penasihat TIA pada bulan Mei 2009, sebelum TIA diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan bertukar nama kepada TIA. Apa yang SR gagal siarkan adalah bukti pelantikan secara rasmi Jho Low sebagai penasihat, ahli lembaga pengarah mahupun sebarang jawatan di dalam 1MDB.

5. SR mengulangi tuduhan bahawa Good Star adalah syarikat Jho Low. Sekali lagi tiada sebarang bukti yang kukuh seperti sijil pendaftaran syarikat dan maklumat pemegang saham Good Star disiarkan. Sedangkan PetroSaudi telah membuat kenyataan menafikan tuduhan SR,  melaporkan penipuan ini kepada Polis London dan menunjukkan bukti bahawa Good Star adalah anak syarikatnya.

6. Paling penting, SR juga cuba menggambarkan wang AS$1.83 bilion ini lesap tanpa menunjukkan bukti ke mana wang ini telah pergi. Kononnya wang ini diambil oleh Jho Low, membeli rumah mewah di New York, membiayai filem Riza Aziz di Hollywood, kemudiannya masuk ke dalam akaun Najib. Sedangkan penyata kewangan diaudit 1MDB menunjukkan pelaburan ini tidak berkurangan sebanyak AS$700 juta, sebaliknya bertambah menjadi AS$2.318 bilion. Bukan sahaja tiada dana yang hilang, malah keseluruhannya telah digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB; pengeluaran pertama pada tahun 2014 dan penebusan kedua pada tahun 2015.

7. Kemudian SR cuba menggambarkan bahawa usahasama dengan PetroSaudi dibuat tanpa persetujuan Lembaga Pengarah. SR mendedahkan sebahagian daripada kandungan minit mesyuarat untuk menunjukkan kononnya mereka menyatakan perkara yang benar. Namun apa yang SR gagal buktikan melalui pendedahan minit ini adalah tiada sebarang kenyataan yang menunjukkan bahawa Pengerusi dan Lembaga Pengarah tidak bersetuju dengan perjanjian dan usahasama dibuat. Malah dimaklumkan bahawa setiap butir perjanjian usahasama ini telah dibentangkan kepada Lembaga Pengarah, telah diteliti dan dipersetujui oleh mereka.

8. SR dalam laporannya cuba menggambarkan PetroSaudi sebagai sebuah syarikat yang kecil dan tidak boleh diyakini. Sedangkan PetroSaudi adalah sebuah syarikat eksplorisasi dan pengeluaran minyak ternama yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan mempunyai ibu pejabat di London, United Kingdom, Riyadh, Arab Saudi dan Geneva, Switzerland. PetroSaudi mempunyai pelbagai projek di Timur Tengah, Amerika Latin, Afrika dan beberapa rantau strategik. PetroSaudi juga memiliki kapal dan melaksana operasi cari gali minyak, yang pertama PetroSaudi Saturn, dibina pada tahun 1983 oleh Keppel Fels, Singapura dan beroperasi sejak 2010. Kedua, PetroSaudi Discoverer, dibina pada tahun 1977, berkapasiti kasar 5,897 ton dan boleh mencari gali sedalam 20,000 kaki ke dalam paras laut. 

9. Selain cuba memperkecilkan PetroSaudi, SR juga cuba mempertikaikan penilaian aset PetroSaudi yang dibuat oleh Dr Edward L Morse dan Dr Daniel P Ahn. SR mungkin tidak sedar bahawa Dr Morse mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai penganalisis dalam sektor minyak dan gas antarabangsa. Manakala Dr Ahn pula mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang yang sama. SR juga gagal menunjukkan sebarang bukti dan laporan yang menyanggah penilaian yang dibuat oleh Morse dan Ahn, yang merupakan seorang juru nilai petroleum dan gas yang profesional, dihormati oleh industri dan mempunyai track record yang cemerlang.

10. Walaupun apapun spin terbaru SR, berputar, berpintal dan berbelit, cuba mengaitkan dana 1MDB dengan pelbagai akaun dan individu, serta pelbagai salah laku, namun hakikat yang jelas - jika BENAR AS$700 juta lesap daripada pelaburan AS$1.83 bilion dalam PetroSaudi ini, pasti baki wang pelaburan hanya AS$1.13 bilion BUKAN AS$2.318 bilion. Jika usahasama ini merupakan satu penipuan, maka ia mungkin satu 'penipuan' yang menguntungkan kerana tiada wang yang lesap malah beroleh keuntungan sebanyak AS$488 juta.


Saturday 17 October 2015

Ceritera sebilah KERIS...

Pada zaman kerajaan dahulu di jawa, keris-keris ber-luk 5 hanya boleh dimiliki oleh raja, pangeran dan keluarga raja, dan para bangsawan yang memiliki kekerabatan atau memiliki garis keturunan raja, bupati dan adipati. Selain mereka, tidak ada orang lain yang boleh memiliki atau menyimpan keris ber-luk 5.

Demikianlah aturan yang berlaku di masyarakat perkerisan jaman dulu. Keris ber-luk 5 hanya boleh dimiliki oleh orang-orang keturunan raja dan bangsawan kerabat kerajaan, memiliki kemapanan sosial dan menjadi pemimpin di masyarakat. Dengan kata lain, keris ber-luk 5 disebut juga Keris Keningratan.

Biasanya keris ber-luk 5 dibuat untuk tujuan memberikan tuah yang menunjang wibawa kekuasaan dan supaya dicintai / dihormati banyak orang. Keris-keris jenis ini diciptakan untuk menjaga wibawa dan karisma keagungan kebangsawanan / keningratan, dihormati dan dicintai rakyat dan bawahan, dan menyediakan kesaktian yang diperlukan untuk menjaga wibawa kebangsawanan itu.




KERIS 2314 mewarisi semangat kepahlawanan bangsa Melayu iaitu:

1. Berani.
2. Tangkas.
3. Bijaksana.
4. Satria.
5. Mahir bertarung.
6. Berjiwa mulia.
7. Beradab dan bersopan-santun.
8. Menyanjungi adat dan nilai-nilai perjuangan bangsa.

KERIS ini saya tafsirkan sebagai:-
1.Kekuatan
2.Empati
3.Rasional
4.Iltizam
5.Serang

ikuti siri seterusnya nanti..



Posted via Blogaway


Friday 16 October 2015

NOH DESAK AZMIN UMUM KEUNTUNGAN TOL DI SELANGOR!

Isu Kenaikkan Tol??..

1- Saya terpanggil untuk mengulas tentang kenaikkan harga tol yang melibatkan konsesi lebuhraya yang 12 daripada lebuhraya terlibat berada di Selangor.

2- YAB Menteri Besar Selangor YB Azmin Ali jangan cuba bermain wayang bertindak seperti seorang wira dalam memperjuangkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan Kerajaan Selangor tidak bersetuju dengan kenaikkan harga tol.

3- Umum mengetahui PKNS dan KPS masing-masing memiliki saham minoriti 30 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya Kesas dan 20 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya Sprint.

4- Saya mendesak supaya Kerajaan Selangor segera mengumumkan keuntungan yang telah mereka perolehi dan bakal mereka perolehi daripada saham mereka di dalam syarikat konsesi Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Sprint.

5- Kerajaan Selangor perlu memulangkan wang keuntungan tersebut kepada rakyat Selangor sekiranya mereka benar-benar ingin membantu rakyat.

6- Kerajaan Persekutuan diminta mengkaji semula cadangan daripada UMNO Selangor yang dikemukakan sebelum ini supaya menghapuskan tol di Lebuhraya Persekutuan di plaza tol Batu 3 dan Sungai Rasau. Pada pemerhatian saya plaza tol ini adalah antara yang telah lama wujud dan telah membuat keuntungan. Sekiranya kedua-dua plaza tol itu tidak boleh dihapuskan saya mencadangkan salah satu daripada plaza tol tersebut dihapuskan dalam membantu meringankan beban rakyat.

7-  Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan mengenakan harga tol melalui 2 kaedah:

Pertama- Harga tol dikekalkan ketika waktu puncak ( Peak Hour) dan dikurangkan ketika luar waktu puncak. Pengguna yang tidak terlibat dengan aktiviti waktu puncak mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan lebuhraya selepas waktu puncak. Ini memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan harga tol lebih rendah. Begitu juga ketika waktu petang, pengguna boleh menggunakan lebuhraya selepas waktu puncak untuk mendapatkan harga lebih rendah. Sekiranya ini berlaku ianya boleh mengurangkan kesesakan di plaza tol di waktu peak hour.

Kedua- Kerajaan mengurangkan harga tol ketika cuti umum. Ini boleh membantu rakyat yang berada di luar Lembah Klang menggunakan kemudahan lebuhraya dan mampu merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan Lembah Klang.

Terima Kasih

Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.


Sunday 4 October 2015

AWAS JEREBU BERACUN!!!

Jerebu bukan sekadar asap biasa !! Pakar-pakar alam sekitar dan kejuruteraan kimia memberi amaran jerebu itu amat bahaya kerana ia mengandungi campuran gas beracun dan bahan kimia termasuk magnesium. 
Bahan-bahan itu mampu menghakis permukaan paru-paru sekali gus melumpuhkan sistem pernafasan manusia. 
Campuran bahan terampai tersebut menjadi lebih berbahaya kerana ia bergabung dengan asap-asap kilang dan kenderaan yang mengandungi plumbum serta nitrogen oksida yang boleh menyebabkan gangguan otak dan berbahaya kepada paru-paru.
Indeks pencemaran udara (IPU) 
IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. 
IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut: 

Nilai IPU Status 
0 - 50 - Baik 
51- 100 - Sederhana 
101- 200 - Tidak sihat 
201- 300 - Sangat tidak sihat 
301- 500 - Berbahaya 

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah-langkah pencegahan. 
Jerebu mengancam kesihatan anda 
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu: 
* Kanak-kanak 
* Orang tua 
* Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan 
* Perokok 
* Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah. 
Tanda dan gejala kesan jerebu terhadap kesihatan 
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah: 
* Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk 
* Sukar bernafas atau sesak nafas 
* Mata pedih dan berair 
* Hidung berair dan kerap bersin 
* Kulit badan terasa gatal-gatal 
* Sakit-sakit dada 

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut. 
Cegahlah penyakit akibat jerebu. Ikuti nasihat berikut: 

* Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk 
* Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan 
* Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi 
* Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah 
* Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah 
* Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. 
* Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih 
* Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya 
* Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak 
* Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100) 
* Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. 


Saturday 3 October 2015

Lim Guan Eng Cabar Pas Bertanding Di Kubu Kuat Dap

Hasrat Pas untuk meletakkan calonnya untuk bertanding kerusi yang ditandingi DAP pada PRU14 sudah dijangka.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak terkejut dengan keinginan Pas kerana ia selari dengan dasar baru parti Islam itu.
“Saya tidak terkejut dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana ia selari dengan dasar baru Pas iaitu menjadikan DAP musuh utama dan bukannya BN atau Umno. Ini memang dalam jangkaan DAP.
“Dalam pilihanraya yang bersistemkan demokrasi, mana-mana parti politik berhak untuk bertanding dan sekiranya Pas berasa yakin,maka DAP akan terima cabaran dengan rendah diri,” katanya kepada media.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri berkata, pihaknya meminta agar rakyat memberi sokongan kepada parti yang berkredibiliti.
“Kita harap sokongan rakyat biarlah berdasarkan prestasi yang ditunjukkan DAP iaitu berjaya menjalankan urus tadbir yang baik dan pentadbiran yang bersih dengan mencatatkan lebihan belanjawan setiap tahun.
“Pulau Pinang bukan negeri bankrap seperti negeri-negeri tertentu. Perkara-perkara inilah yang akan dinilai oleh rakyat. Sekiranya Pas mahu bertanding, mereka mungkin ada percaturan untuk menang, itu terpulang kepada mereka,” katanya.
Guan Eng turut mempelawa Pas untuk bertanding di kawasannya iaitu Dun Air Putih sebagai permulaan dalam merealisasikan hasrat parti berkenaan.
“Saya tidak pasti sama ada mereka benar-benar nak lawan atau sekadar nak kacau daun sahaja bagi memberikan kelebihan kepada BN. Saya rasa rakyat akan dapat menilai dan membuat keputusan sendiri. DAP sentiasa berusaha untuk memenangi setiap undi.
“Sekiranya Pas benar-benar mahu bertanding di kawasan DAP, saya menjemput mereka bermula dengan bertanding di kawasan saya, di Dun Air Putih. Pelawaan ini bukan bermakna kita ada jaminan akan menang tetapi ia bukti kita terima cabaran Pas dengan rendah diri,” katanya.
Menurutnya, DAP tidak mempunyai niat yang sama dengan Pas iaitu meletakkan calonnya di kawasan yang ditandingi Pas.
“DAP tidak akan ambil pendekatan yang sama, kita tidak akan bertanding di kawasan Pas. Kita tidak ada cita-cita yang begitu besar (untuk bertanding di kawasan Pas) kerana musuh utama adalah BN dan Umno serta rasuah.
“Nampaknya perjuangan Pas sudah jauh terpesong, musuh mereka bukan BN atau Umno tetapi nampaknya untuk memberi kelebihan kepada Umno dan BN dengan bertanding di kawasan DAP. Sekiranya itu dasar baru Pas, DAP terima cabaran itu,” katanya.
Terdahulu, Abdul Hadi mengesahkan pihaknya kini sedang meneliti mengenai rancangan meletakkan calonnya di kawasan DAP termasuk pemilihan calon yang difikirkan sesuai bertanding di kerusi berkenaan.
Abdul Hadi berkata, pihaknya juga akan meletakkan calon bukan Islam menerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas bagi mewakili parti untuk kerusi berkenaan. 


PAS akan meletakkan calon bukan Islam bagi menentang calon DAP pada PRU14

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan meletakkan calon bukan Islam bagi menentang calon DAP pada pilihanraya yang akan datang. 

Tindakan PAS ini dilihat bertujuan untuk memberi respon kepada sebilangan pemimpin progresif dalam PAS yang membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan rancangan menjadi parti politik tahun ini. 

PAS bersedia untuk bergerak sendiri, kata Mustafa yang juga bekas setiausaha agung parti itu, kepada sebuah portal. Beliau menegaskan, PAS juga tidak akan bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) walaupun timbul khabar angin sedemikian. 

"Sekarang ini rasanya PAS akan bersendiri. Kita akan mengukuhkan sayap penyokong. Jadi Malaysia akan melihat lebih ramai calon bukan Islam diketengahkan PAS dalam pilihan raya. 

"Kita tiada halangan, jadi kita bebas tanding semua kerusi, termasuk kerusi DAP," kata Mustafa. 

Walaubagaimanapun, Mustafa mengakui sukar bagi PAS meyakinkan bukan Islam untuk mengundi mereka, namun mengatakan tidak mustahil ianya berlaku, lebih-lebih lagi pilihan raya akan datang masih jauh. Pilihan raya umum akan datang dijangka sekitar pertengahan 2018. 

"Tidak semua bukan Islam bersama DAP atau MCA. Kita tidak tahu senarionya. Pada 2016 kita akan melihat gambaran jelas," katanya.

Meskipun PAS bersedia untuk bergerak sendiri, Mustafa tidak melihat PKR akan mengabaikan mereka, terutamanya kedua-dua parti masih lagi bersama dalam kerajaan Selangor. 

"PKR tidak akan gugurkan PAS. Kita ada 'anak' dalam kerajaan Selangor. Dan saya sedar tidak semua pemimpin PKR selesa menolak PAS semata-mata untuk bekerjasama dengan DAP." 

Sehingga hari ini, PKR masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada akan menamatkan hubungan dengan PAS, seperti mana dilakukan DAP. Mustafa berkata, DAP turut melakukan perkara sama pada 2001, apabila keluar daripada Barisan Alternatif.


"Hari Datuk dan Nenek" bakal disambut buat pertama kali di negara ini pada 4 Oktober 2015.



TAHNIAH!!..Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperke­nalkan Hari Datuk dan Nenek yang bakal disambut buat pertama kali di negara ini pada 4 Oktober ini.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sambutan tersebut diadakan bagi menghargai serta mengiktiraf pengorbanan dan peranan penting golongan itu dalam memperkasa institusi ke­luar­ga di negara ini.

Menurut beliau, Hari Datuk dan Nenek atau Grandparents Day yang diilhamkan bersama oleh pihak kementerian dan Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia (Usiamas) itu akan menjadi acara tahunan yang bakal disambut pada setiap Ahad minggu pertama dalam bulan Oktober.

“Hari Datuk dan Nenek telah di- sambut pertama kalinya di Poland pada tahun 1964, diikuti dengan beberapa negara lain termasuk Singapura dan pihak kementerian amat berbesar hati menjayakan inisiatif Usiamas ini untuk turut menyambut hari istimewa itu di negara ini.

“Pelbagai program akan diatur bagi memperkenalkan sambutan ini kepada seluruh masyarakat antaranya rakaman foto wajah seiras tiga generasi, pemeriksaan kesihatan serta pelbagai lagi dan menariknya pada tahun ini Hari Kanak-Kanak, Hari Warga Emas dan Hari Datuk dan Nenek ini akan disambut dalam tiga hari berturut-turut,” katanya.






Posted via Blogaway


Thursday 1 October 2015

Kevin Morais Moot Court di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed memberi amaran kepada pelaku rasuah bahawa mereka tidak boleh bersembunyi selama-lamanya.

Menurutnya, pesalah sama ada ahli politik, tokoh korporat atau orang biasa akan dinilai bukan saja oleh mahkamah tetapi akan diadili masyarakat umum.

"Mereka boleh mengelak daripada dikesan untuk satu tempoh tertentu - satu bulan, dua  bulan, satu tahun, dua tahun, tetapi tidak selama-lamanya. Ingat, siasatan tidak akan berhenti hanya kerana ada pihak yang cuba menyembunyikan bukti atau melarikan saksi.

"Jika terbukti bersalah, mahkamah adalah tempat pengadilan kelak. Rakyat akan menilai dan menghukum anda. Tidak kira anda seorang rakyat biasa, ahli perniagaan, tokoh korporat dan pemimpin politik," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kevin Morais Moot Court di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Kuala Lumpur.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Mohd Syukri Abdull.

Pada majlis itu, Moot Court Akademi MACA dinamakan semula sebagai penghormatan kepada Anthony Kevin Morais yang pernah berkhidmat selama 10 tahun bersama SPRM sebelum bertukar Jabatan Peguam Negara.

Tiga adik-beradiknya - Charles Suresh, David Ramesh dan Datuk Richard Dilaan - turut hadir pada majlis tersebut.

Menurut Abu Kassim, mereka hanya boleh melengahkan sesuatu siasatan tetapi tidak menghentikan kes yang didengari di mahkamah.

Beliau juga mengingatkan mereka yang menerima upah atau wang imbuhan untuk bersubahat, pasti tidak akan berasa tenang dan akan terganggu sepanjang hayat.

"Ingatlah apa juga upah atau imbuhan yang diperoleh, tidak akan menjamin ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan. Perbuatan keji yang dilakukan akan mengganggu kehidupan kita sehingga akhir hayat,
 
"Jika perbuatan tersebut terbongkar, kamu akan dihina dan dikeji oleh masyarakat. Pada masa itu baru kita sedar, apa yang kita dapat, langsung tidak ada nilai berbanding dengan maruah diri yang hilang.

Ketika Mohd Shukri membacakan ucapan menyentuh mengenai bekas Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais yang mati dibunuh, beliau sebak dan mengalirkan air mata mengenangkan komitmen dan dedikasi tinggi diperlihatkan mendiang.

"Tuan Kevin, kehilangan tuan menjadi peniup semangat untuk kami mempertahankan kedaulatan undang-undang negara ini.

"Kami yang masih hidup ini berjanji, pengorbanan tuan menjadi kekuatan untuk memerangi rasuah tanpa kira besar atau kecil. Tiada siapa yang kebal daripada tindakan undang-undang walau setinggi mana kedudukan mereka."

Ahli keluarga Morais termasuk Charles Suresh, David Ramesh dan Datuk Richard Dilaan - turut hadir pada majlis tersebut.


 7 INDIVIDU YANG DITUDUH DI MAHKAMAH MAJISTRET PETALING JAYA KERANA MEMBUNUH KEVIN MORAIS .





Pakar patologi tentera Kolonel Dr. R. Kunaseegaran didakwa di hadapan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini kerana bersubahat dengan pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, yang mayatnya ditemui di dalam drum konkrit berisi simen.

Kunaseegaran didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 akta yang sama.



Sementara itu, enam lagi - G. Gunasekaran, 47, R. Dinishwaran, 23, AK Thinesh Kumar, 22, M. Vishwanath, 25, pelajar S. Nimalan, 22, dan pemungut hutang S. Ravi Chandaran, 44 - disyaki membunuh Kevin pada 4 September 7:00-8:00 dari Jalan Dutamas Raya ke Jalan USJ 1 / 6D.

Mereka menghadapi hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pertuduhan dibacakan kepada semua tertuduh dalam Bahasa Malaysia dan mereka mengangguk tanda pemahaman mereka.

Kesemua tertuduh muncul tanpa sebarang emosi kecuali Nimalan, yang menundukkan kepalanya semasa prosiding mahkamah.

Adik lelaki Kevin, Richard, kelihatan marah-marah ketika pertuduhan dibacakan kepada tertuduh.

Tiada pengakuan direkodkan manakala Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa, Manoj Kurup dan Mohd Dusuki Mokhtar meminta tarikh lain sementara menunggu penyerahan laporan perubatan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Kunaseegaran diwakili Datuk N. Sivanathan dan Datuk Geetha Ram Vincent, manakala peguam M. Manogaran mewakili Dinishwaran.

Lima yang lain tertuduh tidak diwakili peguam dan peguam Americk Sidhu hadir sebagai peguam pemerhati keluarga Kevin.

Majistret Siti Radziah Kamardin menetapkan 30 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Ketika ditemui selepas mahkamah ditangguhkan, Richard enggan bercakap dengan pemberita.

Mayat Kevin, 55, ditemui dalam dram dipenuhi dengan konkrit simen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September

Beliau dilaporkan hilang pada 4 Sept dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium di Menara Duta, menuju ke pejabatnya di Putrajaya pada sebuah kereta Proton Perdana yang mempunyai nombor pendaftaran WA6264Q.

Penyiasat berkata Kevin telah diculik selepas Persiaran Duta, kira-kira 2km dari apartmen beliau di Menara Duta.

Beliau telah didakwa turun untuk memeriksa kerosakan pada keretanya, apabila penghuni kenderaan lain sondol keretanya dari belakang dan terus dicekup bawa masuk ke dalam trak pikap besar.

Posted via Blogaway


Friday 25 September 2015

SALURAN NEWSASIA SINGAPORE INSIGHT KITAR ISU BASI DEMI MENJAYAKAN AGENDA MENJATUHKAN NAJIB

Oleh Lokman Adam

Baik BERSIH 1 hinggalah ke BERSIH 4, walaupun mereka bertopengkan matlamat membersihkan sistem pilihanraya, kebebasan sistem kehakiman, penggunaan dakwat kekal dan pelbagai alasan bodoh lain, rata-rata rakyat Malaysia sedar bahawa BERSIH hanyalah alat pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO iaitu Parti Melayu terbesar negara ini.

Sebaliknya, BERSIH 4 yang bertujuan untuk memberikan tekanan kepada Najib yang kini sedang hebat difitnah oleh musuh politiknya dari luar dan dalam UMNO sendiri, kini terbukti telah menyelamatkan Najib.  Semuanya gara-gara kebiadapan perserta BERSIH 4 yang langsung tidak sensitif dengan melakukan perkara-perkara yang dianggap "pantang" atau "mencabar" bangsa Melayu.  Orang Melayu yang selama ini terkenal dengan sikap bertolak ansur dan lemah lembut secara tiba-tiba telah bangkit bingkas menunjukkan taringnya.  Terima kasih tidak terhingga buat pemijak gambar Najib dan Hj Hadi terutamanya.

Menyedari hakikat bahawa BERSIH 4 telah menyatukan semula orang Melayu dan melenyapkan harapan kolusi DAP untuk memerintah negara serta memusnahkan harapan Tun Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang enggan mengikut telunjuknya, Saluran NewsAsia Singapore Insight telah menerbitkan sebuah dokumentari berjudul "A Fractured Nation" untuk memutar belitkan hakikat sebenar.  Dalam dokumentari tersebut,  mereka langsung tidak menceritakan bahawa kebangkitan Melayu 16 September lalu adalah tindak balas sepontan terhadap  sikap kurang ajar peserta BERSIH 4 yang memijak gambar PM dan Presiden PAS, aksi mereka membawa penyapu sepertimana berlakunya peristiwa 13 May dan pelbagai bentuk penghinaan lain keatas PM dan isteri oleh penyokong DAP di BERSIH 4.

Sebaliknya, NewsAsia Singapore memutarbelitkan cerita dengan menuduh Dato Seri Najib pula yang menganjurkan Himpunan Merah untuk mengalih perhatian rakyat daripada tertumpu kepada skandal yang beliau hadapi.  Seperti media asing lain yang tidak pernah berhenti memburukkan Malaysia, NewsAsia Singapore telah mengeluarkan semula cerita basi yang sudah dijawab berkali-kali oleh kita.  Bermula dengan saman Anina yang tidak pernah dilantik oleh UMNO untuk mewakilinya, isu siasatan FBI berdasarkan dokumen palsu yang digunakan oleh WSJ, isu USD 700 juta dalam akaun Najib yang SPRM sendiri sudah sahkan bukan dari 1MDB dan pelbagai fitnah lain yang terbukti telah gagal menjatuhkan Najib.

Meneliti rentetan serangan terhadap Dato Seri Najib oleh Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya ini, boleh saya simpulkan serangan ini terbahagi kepada 7 Fasa berikut:-

Fasa 1 - Membangkit kebencian rakyat terhadap Najib.  Memainkan isu 1MDB, Jho Low, Rosmah, Perkahwinan Anak Najib, Kos Sara Hidup dll.  (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 2 - Menggunakan beberapa individu berpengaruh di dalam UMNO untuk mempersoalkan tentang 1MDB dan dana PRU13.  (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 3 -  Menggunakan TPM dan Beberapa Pegawai Kanan Kerajaan untuk mendesak Najib melepaskan jawatan. (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 4 - Cubaan melakukan undi tidak percaya ke atas Najib di Parlimen. (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 5 - Menggadai semua prinsip perjuangan dan melacurkan diri menyertai BERSIH 4 dengan harapan rakyat bangkit menentang Najib.  (Gagal dengan segagal-gagalnya)

Fasa 6 - Menggunakan Khairuddin, Mathias Chang dan Media Asing untuk memberikan tekanan antarabangsa terhadap Najib.  (Dijangka gagal kerana FBI pun lari bila Najib sampai New York, mereka juga termakan fitnah Mahathir takut dipindahkan ke PMO)

Fasa 7 - Dihormati sebagai Negarawan atas jasa memerintah negara selama 22 tahun.  Namun malangnya, akhirnya pergi dan diingati sebagai seorang yang GAGAL.

Apa lagi yang Mahathir mahu?  Tidak cukupkah kekayaan yang telah dipunggah selama 22 tahun memerintah?  Apa guna jika Najib dapat dijatuhkan tapi proksi kamu mewarisi kerajaan yang terlalu lemah akibat serangan-serangan dari kamu yang bertalu-talu ini.  Masih belum terlambat untuk memperbetulkan kesilapan.  Gunakanlah pengalaman memerintah selama 22 tahun itu untuk bantu mengukuhkan negara, bukan untuk menghancurkannya. Itulah sifat sebenar yang patut ada pada mana-mana negarawan.  Dendam kesumat hanya akan membawa kepada kehancuran.  Esok lusa mungkin kita dijemput Ilahi, jangan sampai anak kita pula yang terima padah akibat perbuatan kita.


Thursday 24 September 2015

INSIDEN REMPUHAN DI MINA

Makkah: Jemaah haji yang maut telah meningkat kepada 310 orang manakala 450 lagi cedera akibat terjatuh dan terpijak ketika jemaah melontar jamrah di Mina hari ini.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Brigedier Jeneral Mansour al-Turki berkata, "Ada kejadian terpijak di Mina dan Jabatan Pertahanan Awam sedang menanganinya."

Menurut wartawan Al Jazeera di Mina, Basma Atassi, kejadian berlaku di jalan raya antara penempatan jemaah.

"Jalan itu diberi nama Jalan 204. Kejadian rempuhan dan terpijak itu tidak berlaku ketika upacara melontar tetapi ketika jemaah bersesak menuju ke tempat melontar," katanya.

Punca kejadian ini belum dapat dikenal pasti.

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi dalam akaun twitternya memaklumkan operasi menyelamat sedang dijalankan.

Jumlah mangsa mungkin meningkat daripada semasa ke semasa.

Mina terletak kira-kira lima kilometer dari Makkah.

Jemaah Malaysia diyakini tidak terlibat kerana giliran mereka melontar adalah sebelah petang selepas asar. Kejadian berlaku sebelum jam 12 tengahari.  Sama2 kita doakan jemaah kita.

Kita sedang mengadakan head count jemaah Malaysia dikemah masing masing

Monday 21 September 2015

Penjelasan GST Di Malaysia

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mungkin merupakan topik yang paling diberi perhatian. Cukai ini akan diperkenalkan pada April 2015, ia akan menggantikan Cukai Jualan (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%). Dalam sistem GST, kebanyakan barang dan perkhidmatan (kecuali barang keperluan asas) akan dikenakan kadar cukai sebanyak 6% pada setiap peringkat rantaian bekalan. Kini, timbulnya satu soalan pada fikiran semua orang – Apakah akan terjadi dalam kehidupan kita selepas pelaksanaan GST?

Bagi mengenal pasti kesan yang paling berkemungkinan besar, kita mestilah memahami  jenis – jenis GST dan mekanismanya.

Jenis GST

Terdapat tiga jenis GST yang akan dilaksanakan dengan cara yang berbeza ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu. Ini akan ditunjukkan seperti yang di berikut:

I.GST Berkadar “Standard”

Semua barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori ini akan dikenakan  dengan kadar cukai GST yang sebanyak 6%. Cukai GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan pada setiap peringkat rangkaian bekalan. Ini bermakna bahawa terdapatnya  cukai input dan cukai output dalam sistem GST Berkadar “Standard”. Selain itu, setiap pihak (kecuali pengguna akhir) dalam rangkaian bekalan boleh menuntut semula cukai input mereka (GST) dan ini akan mengelakkan pertindihan dalam cukai. Walau bagaimanpun, pengguna akhir adalah tidak dibenarkan untuk menuntut semula GST. Oleh itu, pengguna akhir perlulah menanggung seluruh bebanan cukai. Contoh barangan dalam kategori ini ialah baju, kereta, dan buah-buahan. Berdasarkan gambar rajah berikut, anda akan lebih memahami tentang bagaimanakah GST Berkadar “Standard” dilaksanakan:



II.GST Berkadar Sifar

Barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori ini akan dikenakan dengan 0% GST. Ini bermakna GST tidak akan dikenakan terhadap pengguna akhir. Namun, entiti perniagaan BOLEH menuntut semula cukai input mereka. Contoh barangan dalam kategori ini ialah makanan asas (daging, ikan dan minyak masak) dan 200 unit pertama elektrik pada setiap bulan.  Gambar rajah berikut menunjukkan bagaimanakah GST Berkadar Sifar dilaksanakan, dengan andaian produk akhir merupakan barangan dalam kategori GST Berkadar Sifar tetapi bahan-bahan mentahnya adalah dalam kategori GST Berkadar “Standard”:



III.GST Berkadar Pengecualian

Barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori ini tidak akan dikenakan cukai dan tidak tertakluk kepada GST pada peringkat output (peringkat di mana barangan dijual kepada pengguna akhir). Ini bermakna GST tidak akan dikenakan terhadap pengguna akhir. Entiti perniagaan, terutamanya pihak terakhir dalam rantaian bekalan (sebelum pengguna akhir) TIDAK BOLEH menuntut semula kredit cukai input mereka walaupun mereka mungkin dikenakan dengan GST ketika pembelian input. Contoh barangan dan perkhidmatan dalam kategori ini ialah harta kediaman dan perkhidmatan kesihatan.

Berdasarkan gambar rajah berikut, anda akan lebih memahami tentang bagaimanakah GST Berkadar Pengecualian dilaksanakan:



Kesimpulan

GST ialah sejenis cukai progresif yang akan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan di Malaysia pada masa yang akan datang. Kefahaman dalam mekanisme GST akan membantu kita untuk menilai kesan GST terhadap kehidupan kita dengan lebih baik, dan bersedia untuk menghadapinya.

sila rujuk:-
http://gst.customs.gov.my



Posted via Blogaway


Thursday 17 September 2015

Hancurkan perpaduan antara orang Melayu untuk menang PRU14~CEC DAP

Ini antara strategi yang sedang dan akan dibuat DAP untuk menguasai kita. Segala perbincangan ini adalah dalam mesyuarat CEC DAP Pusat 3 hari lepas di ibu pejabat DAP.

DAP berazam untuk menang dalam PRU14. Untuk menang DAP perlu lakukan beberapa strategi :

1. Hancurkan perpaduan antara orang Melayu sebab kalau Melayu bersatu hati mereka akan kalah. DAP telah berjaya pecahkan PAS. UMNO perlu dihentam bersungguh-sungguh dengan apa cara sekalipun kerana kekuatan BN ialah UMNO.

DAP perlu sokong Parti Amanah Negara (PAN) sepenuhnya kerana hanya PAN sebagai alternatif untuk sokongan Melayu. PKR kini sudah tidak lagi popular di kalangan orang Melayu.

2. 1MDB berperanan membantu Bumiputera dalam perniagaan dalam skala besar seperti PETRONAS yang banyak membantu kerajaan dan orang-orang Melayu. Jika 1MDB berjaya membantu meningkatkan perniagaan Bumiputera menjadi pesaing kepada kaum Cina maka 1MDB mesti dihancurkan dengan apa cara sekalipun dan persepsi negatif harus selalu dimainkan supaya rakyat tidak akan percaya kpd 1MDB dan apa jua yang kerajaan BN lakukan. Pemimpin-pemimpin BN harus dilabel sebagai korupsi dan penipu.

3. DAP perlu merekrut seramai mungkin pemimpin pelapis muda Melayu bagi menghancurkan pimpinan utama UMNO khasnya PM sampai berjaya dengan memburuk/memfitnah/menaikkan kebencian dan perbagai cara secara besaran.

Siri BERSIH perlu diteruskan dan slogan ABU – “Asal Bukan UMNO” perlu dimainkan sentiasa dalam media sosial supaya rakyat khasnya generasi muda terus membenci kerajaan BN.

BERSIH 4 tidak berjaya apabila majoriti yang turun adalah kaum Cina. Perlu adakan lagi BERSIH 5 untuk tarik orang-orang Melayu pula.

4. DAP perlu berusaha untuk pecahkan hubungan UMNO dengan parti komponen dalam BN supaya bila PRU14 mereka boleh menang. Segala isu dan cerita sensasi perlu dibuat supaya kesepakatan dalam BN akan hancur. MCA dan MIC sudah berpecah teruk dan tidak kuat lagi. Itu mileage untuk DAP tarik mereka yang kecewa untuk bersama DAP.

5. Dana 2.6 bilion adalah sumbangan daripada Putra Al-Waled, putera Arab Saudi yang menderma USD120 bilion kepada negara-negara Islam seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ianya amat bahaya kerana apabila UMNO ada dana lain maka kebergantungan kepada taukeh-taukeh Cina tiada lagi dan amat susah untuk menguasai pemimpin-pemimpin Melayu lagi.

6. GST amat bahaya dalam jangka panjang kepada perniagaan orang Cina kerana melalui sistem GST maka kerajaan akan dapat tahu keuntungan sebenar dan detail perniagaan. Kita tak boleh lari lagi daripada cukai.

Oleh itu kita perlu galakkan orang-orang kita supaya naikkan harga barang semaksima supaya rakyat akan marah kepada GST ini.

Taukeh Melayu seperti Syed Mokhtar al-Bukhary perlu dihancurkan. Barangan keluaran Bumiputera perlu diburukkan. Amat bahaya juga apabila isu Low Yatt telah alihkan kepercayaan ramai kepada kaum Cina.


Tuesday 15 September 2015

Sambutan Hari Malaysia 16 September yg bersejarah!!

Kuala Lumpur 16/09/2015:
Sambutan Hari Malaysia pada hari ini telah mencatatkan sejarah baru dalam lembaran sejarah Malaysia Moden kerana pada hari ini ia disambut diseluruh negara dengan kebangkitan 'MERAH'!
HIMPUNAN MELAYU BERSATU yang menghimpunkan UMAT MELAYU dari seluruh negara dan berkumpul di bandaraya kuala lumpur dari lima penjuru...


GELOMBANG MERAH yg memberi isyarat tentang kebangkitan melayu utk mempertahankan agama,bangsa dan tanah melayu ini di hadiri lebih daripada 50 ribu orang setakat berita ini ditulis.



Sunday 13 September 2015

SATU JENAZAH JEMAAH INSIDEN KREN TUMBANG DITEMUI

KELANA JAYA, 13 September 2015: Alhamdulillah hari ini lima (5) lagi jemaah haji yang dirawat di Pusat Rawatan TH telah dibenarkan pulang ke penginapan masing-masing. Manakala lima (5) lagi jemaah Haji – tiga di hospital Arab Saudi dan dua di Pusat Rawatan TH dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan masing-masing.

InsyaAllah kesemua sepuluh jemaah haji ini akan dapat menjalani ibadah haji mereka dan berwuquf di Arafah pada 22 September 2015 dibawah pemantauan pasukan perubatan.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari pertama Lembaga Tabung Haji (TH) dibenarkan untuk membuat proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar yang dipaparkan.

Pasukan Perubatan TH telah dibenarkan masuk ke bilik jenazah untuk proses pengecaman pada jam 10.30 pagi  (waktu Saudi) atau 3.30 petang waktu Malaysia. Proses pengecaman dilakukan melalui pengecaman diri, buku rekod  kesihatan, pas dan gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA, sekiranya perlu.


Hari ini satu jenazah Jemaah Haji Malaysia telah dikenalpasti iaitu  Allahyarhamah Rusiah Suar, 56 tahun dari Sungkai, Perak.

Saya bagi pihak YAB Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia dan TH ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah. Kami semua amat berdukacita dan bersimpati dengan ahli keluarga waris, serta menasihati mereka untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.


Pada masa yang sama kami berharap waris-waris yang lain akan terus bersabar dan berdoa kerana TH akan terus berusaha sedaya upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa di hospital-hospital berdekatan serta memastikan segala proses-proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin. TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

TH ingin menasihati kepada semua jemaah haji Malaysia di Tanah Suci untuk turut bertenang dan bersabar. Terus menumpukan perhatian kepada ibadah bagi menghadapi hari wuquf serta menjaga kesihatan dan keselamatan.

TH juga ingin mengingatkan para Jemaah untuk memakai segala pengenalan diri yang diberi sepanjang masa. Ini adalah bagi memastikan keselamatan para Jemaah.

Saya dan YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez akan berangkat ke Tanah Suci esok bagi melihat sendiri keadaan di sana serta membantu memastikan usaha-usaha mencari para jemaah yang hilang selesai secepat mungkin.

LEMBAGA TABUNG HAJI


Thursday 10 September 2015

KOHAWA WADAH USAHANITA DESA...



Sungai Besar 11/9/2015:
Wanita Sungai Besar mengorak langkah menceburi bidang pengkoperasian dengan mewujudkan KOPERASI HAWA SUNGAI BESAR BERHAD (KOHAWA).
Mesyuarat Agung Permulaan penubuhan KOHAWA yang dirasmikan oleh YB Dato'Hjh Noriah Kasnon Ahli Parlimen Sungai Besar merangkap Timbalan Menteri Perusahaan,Perladangan dan Komoditi pada hari ini merupakan satu langkah permulaan bagi kaum wanita di daerah ini untuk menceburi bidang perniagaan pada skala yang lebih besar bagi meningkatkan pendapatan kepada anggota koperasi ini.

YB Dato'Noriah Kasnon dalam ucapan perasmiannya menyebut objektif penubuhan koperasi ini akan dapat memberi peluang kepada ahli-ahli koperasi ini untuk turut serta dalam projek-projek yang dirancang oleh koperasi antaranya memanafaatkan tanah-tanah terbiar dikeliling rumah untuk dijadikan tapak projek pertanian dan IKS yang lain bagi menambahkan pendapatan sampingan kepada surirumah.



Antara projek-projek yang akan dilaksanakan adalah tanaman cendawan, ternakan kupang bagi menghasilkan mutiara dan lain-lain industri kecil sederhana untuk dipasarkan secara teratur dan terurus melalui koperasi yang ditubuhkan ini.

YB Dato' Hjh Noriah juga menyeru kepada kaum wanita untuk bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan pemasaran hasilan kampung.



Koperasi HAWA ini turut mendapat sokongan kuat dari Dato'Normaziah Sheikh Mohamad seorang tokoh korporat wanita yang berjaya Ikon Wanita Malaysia 2007 yang merupakan CEO MEGAPADU HOLDING.
Beliau akan menjadi penasihat dan pembimbing KOHAWA untuk melakar sejarah menjadi koperasi wanita yang berjaya di negara ini pada suatu masa nanti.

Posted via Blogaway


DAP Desak Azmin Beri Penjelasan Isu Kerugian Anak Syarikat MBI & Kaitan Dengan DEIG

09/9/15 –Ahli Parlimen DAP-Serdang, Dr Ong Kian Ming mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali memmberi penjelasan isu kerugian anak syarikat yang berada di bawah Mentri Besar Incorporated (MBI) dan perkaitannya dengan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Dalam kenyataan hari ini, beliau terkejut apabila mendapati hanya lapan daripada 28 syarikat ‘Government Link Agency (GLC)’ di bawah MBI yang mencatatkan keuntungan dan menyuarakan kebimbangan adakah syarikat-syarikat itu bakal diletakkan di bawah DEIG.

“Sama ada wujud atau tidak penstrukturan semula di bawah DEIG atau secara langsung di bawah MBI, ia masih menimbulkan perdebatan.

“Pada masa ini, hanya terdapat sedikit sahaja maklumat di laman web DEIG yang menunjukkan terdapat apa-apa strategi yang masuk akal,” kata Ahli Parlimen DAP itu dilapor The Rakyat Post.

Beliau menyebut anak-anak syarikat MBI yang mengalami kerugian antaranya adalah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) dan lima daripada tujuh anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

KDEB yang merupakan syarikat induk utama di bawah MBI mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM144.4 juta bagi tahun kewangan 2014.

KHSB mengalami kerugian besar sebanyak RM235 juta selepas cukai walapun memperolehi hasil pendapatan sebanyak RM31.5 juta.

Lima daripada tujuh anak syarikat PNSB adalah syarikat yang tidak aktif (dormant) yang tidak mendaftar satu sen pun pendapatan dalam tahun kewangan 2014 telah mencatatkan kerugian selepas cukai daripada RM4,000.

Manakala kesemua aset ‘leisure and hospitality’ milik MBI mengalami kerugian selepas cukai di antara RM294,000 bagi Bukit Beruntung Golf & Country Resort hinggalah kepada RM1.95 juta bagi Brisdale International Hotels dan RM7.01 juta bagi Perangsang Hotel and Properties.


Semalam, Ong dilaporkan The Malay Mail menggesa Azmin untuk mendedahkan akaun penuh MBI dan jumlah pampasan kepada eksekutif MBI kepada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Azmin juga diminta untuk membuat semakan dan mendedahkan dasar dividen MBI dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang berada di bawahnya untuk mengelakkan ketidaktelusan.

“Tidak perlu dikatakan, standard ketelusan yang sama hendaklah digunakan untuk DEIG,” katanya.

Menurutnya langkah itu perlu untuk memastikan MBI dan DEIG lebih baik daripada syarikat pelaburan persekutuan, Khazanah Nasional Bhd.

“Azmin juga telah berjanji bahawa akaun MBI akan dibentangkan di sidang DUN Selangor selepas kebimbangan awal mengenai DEIG dibangkitkan.

“Tetapi ini adalah hanya satu langkah pertama untuk membuktikan bahawa standard ketelusan dalam MBI memang lebih baik daripada Khazanah, “katanya.


Wednesday 9 September 2015

Intipati Mesyuarat MT UMNO

PWTC 9 September 2015:

Kenyaataan Presiden UMNO Dato'Seri Mohd Najib selepas Mesyuarat Tertinggi UMNO:-

DS Najib: TS Muhyiddin mengatakan akan taat setia dengan parti.

DS Najib: Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 8 hingga 12 Disember 2015

DS Najib : Seluruh MT Umno setuju serah kepada polis isu dakwaan Tun M bahawa Ketua Bahagian UMNO dirasuah semasa berucap di Bersih 4.0.

DS Najib : Mesyuarat MT UMNO sebulat suara bersetuju spekulasi pemecatan TS Muhyiddin Yassin, DS Shafie Apdal & DS Mukhriz Mahathir tidak berlaku, jelas khabar angin.

DS Najib : TS Muhyiddin Kekal Sebagai Timbalan Presiden Umno dan akan taat setia bersama

DS Najib: Isu pemecatan dalam UMNO hanya spekulasi dimainkan media.

DS Najib : TS Muhyiddin dan DS Shafie melahirkan komitmen sama kesanggupan bekerja demi kepentingan parti.


Kesimpulannya;-

1. Mesyuarat MT berjalan dengan sangat baik dan perbincangan atas semangat setiakawan. Mengalu-alukan  TSMY yang menyatakan kesetiaannya kepada UMNO dan akan terus membantu parti begitu juga DS Shafie Apdal.

2. Perkembangan isu semasa
isu 1mdb - MT  telah diberi penjelasan dan tempoh 6 bulan utk menyelesaikannya.

- Isu dana politik -  tiada undang2 yang menghalang untuk ahli2 politik
- semua parti politik amalkan sumbangan & kutipan dana termasuk bersih 4.
- cadangkan kaedah perundangan untuk sumbangan dana politik seperti yang pernah dicadang 4 tahun lalu tetapi pmbangkang tidak bersetuju.

3. Fokus kerja utk rakyat & membela rakyat.

4. Perhimpunan Agung UMNO ditetapkan pada 8-12 disember 2015.

5. Umno tidak terlibat penajaan perhimpunan rakyat tapi  tidak menghalang mana2 pemimpinnya terlibat selagi mana patuh kepada undang2 negara & arahan polis.


Tuesday 8 September 2015

NURUL IZZAH TAWARKAN JUSTO KONTRAK KERAJAAN JIKA BERJAYA MEMERINTAH NEGARA?

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar didakwa berminat untuk membeli data berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dakwaan itu dibuat oleh bekas kakitangan Petrosaudi International, Xavier Andre Justo, 49, dalam pengakuannya.


Bagaimanapun, menurut warga Switzerland itu, Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukanlah pembeli berpotensi yang dimahukannya dan mengakui sifat tamak menguasai dirinya dengan meletakkan bayaran tunai AS$2 juta (RM8.62 juta).

Dalam pengakuan itu juga menyebut, Nurul Izzah menawarkan bayaran dalam bentuk kontrak sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya daripada pentadbiran Najib, namun Justo menolak.


Malah, Justo turut mendakwa Clare Rewcastle Brown yang merupakan Editor Sarawak Report bertanggungjawab menjadi orang tengah atau broker yang membawa Nurul Izzah ke dalam urusan itu.

“Sekitar September 2014, Clare menghubungi saya dan menjemput saya ke Bangkok dan berkata anak perempuan Anwar Ibrahim berminat dengan data itu, namun saya menolak apabila Nurul hanya mahu membayar AS$2 juta dalam bentuk kontrak kerajaan apabila mereka berkuasa dan saya menolak,” katanya yang dipetik daripada laporan Berita Harian.

Justo juga mendakwa Rewcastle Brown cuba mendekati beberapa pembeli lain, namun ia gagal.


Monday 7 September 2015

PELAN STRATEGIK DAP DALAM PRU 14- Lim Kit Siang

Pakatan Rakyat (PR) sanggup bangkit menyahut cabaran bagi menentukan masa depan bukan saja Sabah dan Sarawak, malah Malaysia secara keseluruhan pada PRU-14 nanti.

Strategi 12 mata untuk PR sebagai pelan induk untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14.

1. Komitmen penuh dan segera oleh ketiga-tiga parti iaitu DAP, PKR dan PAS di peringkat kebangsaan, negeri, dan bahagian untuk meningkatkan sokongan orang ramai sepanjang tempoh empat tahun akan datang terhadap usaha PR membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU-14.

Ketiga-tiga parti dalam PR iaitu DAP, PKR dan PAS di semua peringkat, pusat, negeri, bahagian dan semua sayap – pusat, pemuda, wanita perlu memberi komitmen penuh dan padu sepanjang empat tahun mendatang untuk meningkatkan sokongan dan keyakinan orang ramai terhadap usaha PR untuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU-14.

Perkara ini perlu menjadi agenda bersama dalam semua mesyuarat DAP, PKR dan PAS di semua peringkat dan sayap daripada sekarang sehingga menjelang PRU-14 untuk meningkat dan memaksimakan keupayaan politik dan jentera pilihan raya PR ke arah menawan Putrajaya pada PRU-14, selain meningkatkan sokongan dan keyakinan orang ramai terhadap matlamat politik ini.

Konvensyen DAP Negeri yang akan diadakan sepanjang tempoh enam minggu ini, bermula dengan Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hujung minggu ini, adalah kesempatan terbaik untuk melaksanakan perkara pertama dalam strategi 12 mata pelan induk PR untuk menawan Putrajaya pada PRU-14 nanti.

2. Memastikan persempadanan semula dilakukan seadil mungkin

Persempadan semula yang bakal diadakan boleh dianggap sebagai perkembangan politik terpenting yang akan membentuk dan mempengaruhi keputusan PRU-14.

Buat kali pertama dalam sejarah, persempadanan semula akan membabitkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Buat kali pertama juga dalam sejarah, Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen untuk membolehkan persempadanan semula dilakukan sekehendak hati mereka.

Selain itu, PR mempunyai majoriti dua pertiga di dalam dewan undangan negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor dan lebih daripada satu pertiga kerusi DUN di Kedah, Terengganu, Perak, dan Negeri Sembilan.

Bererti jumlah kerusi di peringkat Persekutuan dan di negeri berkenaan tidak boleh ditingkatkan tanpa sokongan dan persetujuan PR.

PR perlu memastikan persempadanan semula dilakukan seadil yang mungkin daripada segi pengagihan kerusi antara negeri agar selari dengan prinsip “satu orang, satu undi, satu nilai” dan pada masa yang sama mengakui keadaan unik Sabah dan Sarawak.

Prinsip satu orang, satu undi, satu nilai ini juga perlu dipatuhi dalam setiap negeri untuk kerusi Parlimen dan DUN.

Mekanisme paling berkesan untuk memastikan persempadanan semula dilakukan secara telus ialah dengan membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas untuk Persempadanan Semula.

3. Sasarkan kawasan yang gagal dipertahankan dalam PRU-13

PR berjaya menambah tujuh lagi kerusi Parlimen pada PRU 2013 berbanding PRU 2008 (89 daripada 82 kerusi), namun kita gagal mempertahankan 15 kerusi Parlimen yang kita menangi pada PRU 2008.

Sekiranya kerusi berkenaan berjaya dipertahankan, PR mampu mengumpul 104 kerusi. Jumlah ini masih belum mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, tetapi ia mampu menempatkan PR dalam kedudukan lebih kukuh.

Dengan itu, PR perlu menetapkan sasaran merebut semula kerusi yang gagal dipertahankan pada PRU-13 iaitu Padang Terap, Pendang, Sik, Merbok, Baling dan Kulim-Bandar Baharu di Kedah; Ketereh, Tanah Merah dan Machang di Kelantan; Balik Pulau di Pulau Pinang; Bagan Serai di Perak; Hulu Selangor dan Kuala Selangor di Selangor; dan Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Strategi yang bertumpu kepada kerusi dan negeri diperlukan untuk merebut semula semua kerusi terbabit. Sebagai contoh, pecah undi perlu dikurangkan di Ketereh, Tanah Merah dan Machang. Di ketiga-tiga kawasan ini, undi untuk PR di peringkat negeri lebih daripada undi untuk BN, tetapi PR kalah di ketiga-tiga kerusi Parlimen.

Di Kedah, barisan pembangkang yang berkesan, barisan pemimpin yang boleh diharapkan sebagai barisan bakal pentadbir kerajaan baru serta dasar negeri alternatif diperlukan untuk membolehkan PR merampas semula negeri itu.

4. Sasarkan kerusi/kawasan marginal (yang majoriti undi tipis)

PR juga perlu mensasarkan kerusi/kawasan yang dimenangi BN dengan majoriti undi yang tipis pada PRU 2013. BN memenangi 24 kerusi Parlimen pada PRU 2013 dengan jumlah undi kurang daripada 55% (tidak termasuk 15 kerusi yang disebutkan di atas dan dimenangi PR pada PRU 2008). Antara kerusi yang dimaksudkan adalah Cameron Highland (majoriti undi 462), Bentong (379), Sungai Besar (399), Labis (353) dan Pasir Gudang (935), semuanya dimenangi BN dengan majoriti undi kurang daripada 1,000.

5. Pertahankan kerusi/kawasan yang baru dimenangi pada PRU 2013

PR memenangi 15 lagi kerusi Parlimen di Semenanjung pada PRU 2013. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa semua kerusi ini akan berjaya dipertahankan PR pada PRU-14 nanti.

Penekanan perlu diberikan terhadap kerusi ini, khususnya kerusi yang dimenangi dengan majoriti undi tipis, agar kita tidak mengulangi pengalaman PRU 2013 di mana kita gagal mempertahankan sejumlah kerusi yang kita menangi pada pilihan raya umum sebelum itu. Antara kerusi yang memerlukan perhatian khusus adalah Kuala Nerus (majoriti 610), Sepang (1,142) dan Batu Pahat (1,524).

6. Pertahankan kerusi marginal PR
Seperti BN, PR juga mempunyai kerusi marginal. PR memenangi 17 kerusi Parlimen dengan majoriti kurang daripada 55% (tidak termasuk kerusi baru yang disebutkan di atas). Semua kerusi ini perlu dipertahankan, khususnya Bachok (majoriti 201) dan Bukit Gantang (986). Jika PR mensasarkan kawasan di mana BN lemah, pasti BN juga akan melakukan perkara yang sama bagi kawasan di mana PR dianggap goyah.

7. Tonjolkan negeri PR sebagai contoh betapa PR mempunyai gaya pentadbiran yang berbeza berbanding BN

Kerajaan negeri PR mengambil pendekatan dan gaya pengurusan yang jauh berbeza daripada kerajaan BN yang memerintah sebelumnya, khususnya di Pulau Pinang dan Selangor. Ini adalah aset besar PR. Bermula daripada sekarang sehingga menjelang PRU-14, PR perlu meningkatkan prestasi di negeri yang dikuasainya untuk menonjolkan lagi perbezaan antara kerajaan BN dan kerajaan PR, selain memberi bayangan kepada orang ramai mengenai bentuk kerajaan Persekutuan di bawah PR.

8. Berikan penekanan kepada kawasan luar bandar

Tidak dapat disangkal bahawa PR telah mendapat undi besar di kawasan bandar pada PRU-13. Kekuatan BN/kelemahan PR di kawasan luar bandar membolehkan BN kekal berkuasa. Untuk itu, PR perlu mempunyai strategi yang mantap untuk menembusi kawasan luar bandar, khususnya kawasan/kerusi marginal BN.

Kos sara hidup dijangka akan meningkat berikutan pengurangan subsidi, tarif elektrik dan harga minyak dijangka naik, pelaksanaan GST pada 2015 akan memberi kesan meluas – semua ini adalah peluang yang boleh digunakan PR untuk menjelaskan kepada pengundi luar bandar bagaimana kerajaan BN meningkatkan beban kewangan dan mengurangkan jumlah pendapatan boleh guna mereka.

Pengundi luar bandar hanya akan menyokong PR dan menolak BN jika mereka merasakan kesan buruk kerajaan BN terhadap saku mereka sendiri. Ini perlu menjadi satu daripada strategi utama PR untuk menjangkau kawasan luar bandar.

9. Strategi tumpuan di Sabah dan Sarawak

Kerusi yang disebutkan di atas (kerusi marginal BN dan PR) adalah kerusi di Semenanjung. PR berdepan cabaran berbeza di Sabah dan Sarawak, maka pendekatan yang berbeza perlu digunakan untuk kedua-dua negeri ini.

PR tidak boleh memandang ringan sokongan terhadapnya di kawasan bandar Sabah dan Sarawak. Empat daripada sembilan kerusi yang dimenangi PR di Sabah dan Sarawak pada PRU-13 adalah kerusi marginal – Sarikei (majoriti 5,050), Sibu (2,841) dan Miri (1,992) di Sarawak dan Sandakan (1,008) di Sabah. Semua kerusi ini perlu dipertahankan secara agresif.

PR juga perlu mensasarkan kerusi marginal BN. Empat kerusi Parlimen di Sarawak yang dimenangi BN dengan undi kurang daripada 55%. Satu daripadanya Baram yang dimenangi dengan majoriti 194 undi. Di Sabah, BN memenangi 10 kerusi Parlimen dengan undi kurang daripada 55%, antaranya Beaufort (majoriti 672) dan Kota Marudu (842).

Bagaimanapun, tidak seperti di Semenanjung, PR di Sabah dan Sarawak perlu menangani parti tempatan.

Majoriti pengundi menunjukkan bahawa mereka menganggap PR lebih boleh diharapkan sebagai alternatif bagi BN berbanding parti tempatan, namun parti ini masih boleh bertindak sebagai ‘pengganggu’ dan menarik sejumlah undi untuk menggagalkan usaha PR memenangi sebahagian kerusi berkenaan.

PR perlu mencari jalan lebih baik untuk bekerjasama dengan sebahagian parti tempatan terbabit, sekurang-kurangnya mengelak pertembungan tiga penjuru, khususnya kerusi marginal BN.

Daripada segi program luar bandar, kempen Impian Sarawak dan Impian Sabah yang baru dilancarkan akan membawa masuk beberapa projek pembangunan kecil di kawasan luar bandar. Ini boleh digunakan sebagai contoh untuk PR menyusun strategi luar bandar. Jika berjaya, projek terbabit perlu dilaksanakan di banyak kawasan yang mungkin, khususnya di kawasan/kerusi marginal BN.

Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 akan datang akan menjadi medan terbaik untuk menguji keberkesanan strategi yang bertumpu kepada Sarawak.

Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 membuka ruang baru untuk PR, khususnya di kawasan bandar, dan ia membolehkan PR mencapai keputusan lebih baik pada PRU 2013.

Perkara yang sama boleh berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak berikutnya. Jika PR berjaya menembusi kawasan luar bandar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, ia akan memberi tekanan kepada BN dan Taib Mahmud serta memberi kelebihan kepada PR pada PRU-14.

10. Tingkatkan kerjasama PR di semua peringkat

Kerjasama PR telah berkembang sejak kerjasama antara parti pada 2008. Di peringkat kebangsaan, Majlis Presiden PR sentiasa bertemu untuk membincangkan isu penting. PR kini meluluskan tiga belanjawan alternatif dan membentangkan manifesto bersama menjelang PRU-13. PR juga bertempur bersama dalam banyak pilihan raya kecil sebelum dan selepas PRU-13.

Kerjasama ini perlu ditingkatkan di semua peringkat, khususnya di negeri seperti Johor, Sabah, dan Sarawak yang tidak mempunyai sejarah kerjasama antara parti yang panjang.

Kenyataan bersama boleh dikeluarkan pemimpin negeri PR menegnai isu nasional dan isu yang penting bagi sesebuah negeri. Kegiatan rentas parti perlu diadakan lebih banyak.

Setiap parti boleh memanfaatkan kekuatannya untuk membuka pintu kepada pemimpin parti komponen yang lain.

Pada masa yang sama, PR perlu menguruskan perselisihan dalaman antara parti komponen di peringkat kebangsaan dan negeri. Mekanisme perlu dikenal pasti di peringkat kebangsaan dan negeri untuk menangani perselisihan secara dalaman sebelum ia diperbesarkan media, khususnya saluran media yang dikawal BN.

11. Beri penekanan kepada hubungan antara dua generasi pemimpin

Satu daripada kekuatan terbesar PR ialah menggabungkan pemimpin berpengalaman dan pemimpin muda di peringkat negeri dan kebangsaan. Ini berbeza dengan barisan pemimpin BN yang kebanyakannya terdiri daripada generasi lama dan lebih terbiasa dengan pendekatan politik lama.

PR perlu memanfaatkan sepenuhnya kekuatan ini untuk meningkatkan kredibilitinya. Pemimpin berpengalaman memelihara keseimbangan dan kesinambungan, manakala pemimpin muda membangkitkan buah fikiran, idealisme dan dinamisme generasi muda.

Jika kedua-dua lapisan pemimpin ini digabungkan dengan baik, ia akan menjadi adunan yang sukar untuk dihadapi BN.

12. Patahkan pembohongan dan propaganda BN

Satu daripada senjata berkesan yang digunakan BN menjelang PRU-13 ialah ‘gertakan’ yang menunjukkan bahawa Melayu di negara ini akan hilang hak di bawah kerajaan PR.

Pengundi ditakut-takutkan dengan DAP dan pemimpinnya dilemparkan dengan bermacam tuduhan, antaranya pemimpin DAP dituduh Komunis, mahu membentuk negara Kristian, anti-Islam dan anti-Melayu. Propaganda ini lebih jelas dilihat pada media arus perdana Melayu, iaitu Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3 dan RTM.

PR mula berusaha membasmi semua pembohongan dan propaganda yang disebarkan BN menerusi media sosial dan online. Tetapi masih banyak yang perlu dilakukan. Lebih banyak mesej kreatif dan saluran diperlukan untuk memadamkan kebimbangan sejumlah besar Melayu dan meyakinkan mereka bahawa hak dan kehidupan mereka tidak akan merosot di bawah PR sebaliknya akan menjadi lebih baik.

Rumusan

Jika PR mampu menangani setiap satu cabaran yang digariskan di atas, saya yakin ia akan berada dalam kedudukan yang baik untuk menawan Putrajaya pada PRU-14 dengan setiap parti menyumbangkan kekuatan masing-masing dan meningkatkan daya tarikan PR secara umum.-Roketkini.com