Tuesday 8 September 2015

NURUL IZZAH TAWARKAN JUSTO KONTRAK KERAJAAN JIKA BERJAYA MEMERINTAH NEGARA?

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar didakwa berminat untuk membeli data berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dakwaan itu dibuat oleh bekas kakitangan Petrosaudi International, Xavier Andre Justo, 49, dalam pengakuannya.


Bagaimanapun, menurut warga Switzerland itu, Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukanlah pembeli berpotensi yang dimahukannya dan mengakui sifat tamak menguasai dirinya dengan meletakkan bayaran tunai AS$2 juta (RM8.62 juta).

Dalam pengakuan itu juga menyebut, Nurul Izzah menawarkan bayaran dalam bentuk kontrak sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya daripada pentadbiran Najib, namun Justo menolak.


Malah, Justo turut mendakwa Clare Rewcastle Brown yang merupakan Editor Sarawak Report bertanggungjawab menjadi orang tengah atau broker yang membawa Nurul Izzah ke dalam urusan itu.

“Sekitar September 2014, Clare menghubungi saya dan menjemput saya ke Bangkok dan berkata anak perempuan Anwar Ibrahim berminat dengan data itu, namun saya menolak apabila Nurul hanya mahu membayar AS$2 juta dalam bentuk kontrak kerajaan apabila mereka berkuasa dan saya menolak,” katanya yang dipetik daripada laporan Berita Harian.

Justo juga mendakwa Rewcastle Brown cuba mendekati beberapa pembeli lain, namun ia gagal.


No comments:

Post a Comment