Friday 12 June 2015

APA YANG MENDORONG SERANGAN TUN MAHATHIR?

Ramai yang bertanya - apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri? Jawapannya adalah: beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.2. Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu. Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.3. Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya..4. Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya.Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya5. Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah "hilang". Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.6. Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik. Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus. Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.7. Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan - oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC - untuk membuat kesimpulan. Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.8. Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB - beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.9. Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri. Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia. Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.10. Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi? Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan. Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa Tun salah pada pilihan raya akan datang - selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia. – Blog Najibrazak.com


Sunday 7 June 2015

Terengganu MB refutes Ahmad Said’s claims on 1MDB predecessor

KUALA TERENGGANU: Terengganu Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman(pic) has denied claims that Terengganu Investment Authority (TIA), now known as 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tried to use the state’s oil and gas industry as collateral.

“No such thing. Our exco would not have agreed as we also have a team of experts to advise us and that would not have happened,” Ahmad Razif told reporters after attending the third term of the 13th Terengganu State Legislative Assembly sitting at Wisma Darul Iman on Wednesday.

“In fact, Terengganu Investment Authority (TIA) does not have any relation with 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” he said in relation to former mentri besar Datuk Seri Ahmad Said's claim that TIA had tried to pawn the state's oil and gas.

Ahmad Razif confirmed that the state government had initially planned to invest with TIA and that that investment arm was initially established as an option to diversify the state’s income.

“It was a unanimous decision by the exco to make an investment and that was how TIA was established where we invested RM1mil at that time,” he reiterated.

He, however, said that the state government had also unanimously decided to back out after realising that the time was not right.

“We backed out because we did not want to bear any risks when we realised the state could not manage TIA although they were making some good profits,” he said, adding that the state managed to get its RM1mil paid-up capital back.

“So there was no issue. We did not lose anything. Not even a single sen. End of story.

“We are transparent and I am open for all to act accordingly to address any wrongdoings through proper channels,” he said.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/05/13/Terengganu-MB-refutes-claims/


Wednesday 3 June 2015

DIALOG 1MDB - DI MANA WANGNYA??

1MDB - DI MANA WANGNYA??

1. RM42 bilion perlu lihat bukan dalam konteks hutang semata2 tetapi juga Aset, Kos Kewangan dan Dana Pemegang Saham

2. Dari segi struktur kewangan, modal berbayar RM1 juta dan ada 560 ekar tanah yg lambat beri pulangan, jd bergantung kpd hutang

3. IPO Edra Energy pula tertangguh kerana penyata kewangan lambat disiapkan, jadi perlu laksana rasionalisasi untuk bayar hutang

4. Tidak ada pengesahan ttg transaksi dgn JhoLo, Petrosaudi buat laporan polis di London menyatakan laporan portal tidak betul

5. Kenyataan Tony Pua mengenai transaksi kepada Good Star tak betul kerana bercanggah dgn penyata kewangan

6. Labur dlm Petrosaudi atas sbb 'strategic partnership'. Hasilnya, Prasarana dilantik kendali operasi Arafah - Mina Metro System

7. Bila pelaburan Petrosaudi dipulangkan, dpt semula USD 2.3 b. 1st tranche tlh bayar hutang & faedah. Bakinya dlm btk fund units

8. Bila ada pihak dakwa RM27b hilang, bank akan panik dan cepat2 panggil minta bayar hutang. Cerita RM27b hilang tidak betul

9. Baki di BSI, Aabar telah setuju untuk bayar unit di BSI pd bulan Ogos, tp kerana pelan rasionalisasi, setuju bayar awal.

10. Kenapa BSI? Husni - Brazen Sky bayar semula dlm bentuk investment instrumentnya, BSI sbg custodian yg dipersetujui bersama.


KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mencatat pertumbuhan pesat dalam enam tahun penubuhannya walaupun menggunakan hutang untuk merencanakan pertumbuhannya. Ahmad Husni berkata, 1MDB walaupun mempunyai hutang RM41.8 bilion, syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu mempunyai aset RM52 bilion. "RM42 bilion (jumlah hutang) perlu lihat bukan dalam konteks hutang semata-mata tetapi juga aset, kos kewangan dan dana pemegang saham," katanya dalam Dialog Khas 1MDB: Di Mana Wangnya? yang disiarkan saluran RTM1, malam tadi. Katanya, daripada sebuah syarikat dengan modal berbayar RM1 juta, 1MDB kini mempunyai 560 ekar tanah. Akan tetapi disebabkan tanah berkenaan lambat memberi pulangan, syarikat itu perlu bergantung kepada hutang untuk program pembangunannya. Husni berkata, jumlah hutang RM42 bilion yang terkumpul hingga kini, digunakan untuk membeli aset tenaga dan tanah, perbelanjaan kewangan serta deposit dalam dana pelaburan. Katanya, daripada jumlah hutang berkenaan, sebanyak RM18 bilion digunakan untuk aset janakuasa seperti Powertek Energy Sdn Bhd (RM8.5 bilion), Loji Tenaga Kuala Langat (RM2.3 bilion), Jimah Energy (RM1.2 bilion). Tambahnya, 1MDB membelanjakan RM0.2 bilion untuk membeli tanah The Razak Exchange (TRX), RM0.4 bilion untuk Bandar Malaysia dan RM1.1 bilion untuk tanah di Air Hitam, Pulau Pinang. Dalam aspek perbelanjaan kewangan berjumlah RM5.8 bilion, RM4.5 bilion digunakan untuk kos pembiayaan dan modal kerja, RM0.9 bilion untuk kos tukaran asing dan cukai berjumlah RM0.4 bilion. "1MDB juga mendepositkan RM15.4 bilion untuk dana pelaburan seperti Brazen Sky (RM6.1 bilion) Aabar deposit (RM4.2 bilion) dan 1MDB GIL Fund (RM5.1 bilion)," katanya. Mengulas mengenai dakwaan 1MDB membuat bayaran kepada Good Star Limited milik ahli perniagaan, Jho Low dalam urusan kerjasama dengan Petrosaudi, Husni berkata tidak ada pengesahan mengenai transaksi kepada Good Star. Justeru, beliau berkata, kenyataan beberapa pihak termasuk oleh wakil rakyat DAP, Tony Phua adalah bercanggah dengan penyata kewangan, malah Petrosaudi membuat laporan polis di London menyatakan laporan portal tertentu mengenai pembayaran kepada individu itu adalah tidak betul. "1MDB labur dalam Petrosaudi atas sebab rakan niaga strategik. Hasilnya, Prasarana dilantik kendali operasi Arafah - Mina Metro System," katanya. Sementara itu, Husni berkata, IPO Edra Energy pula tertangguh kerana penyata kewangan lambat disiapkan, jadi 1MDB perlu melaksanakan langkah rasionalisasi untuk membayar hutang berkenaan. Jumaat lalu, Menteri Kewangan Kedua, Husni membentangkan Pelan Pemulihan 1MDB kepada Kabinet. Dalam pada itu, Husni turut menafikan laporan media sosial yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membuli Menteri Kabinet berhubung isu 1MDB. Katanya, perlu ada kesepakatan Kabinet berhubung isu itu untuk menghadapi kritikan dan menyamakan keadaan itu seperti peribahasa Afrika mengenai kisah seekor singa dan tujuh manusia. "Singa tidak dapat menang jika tujuh individu itu bersatu," katanya.


Apakah Langkah Terbaik Untuk Menyelamatkan MAS?

Oleh: Mat Rodi

TIDAK banyak syarikat penerbangan nasional di dunia ketika ini. Di Amerika sudah tidak ada. Di Eropah pula semakin berkurangan dan lambat laun situasi ini akan berlaku juga di Asia. Mungkin syarikat penerbangan seperti ini hanya mampu dibiayai oleh beberapa negara Arab yang kaya raya.

Mengapa situasi ini berlaku? Ini kerana kebiasaannya syarikat milik kerajaan mencatatkan kerugian akibat sikap mereka yang tidak begitu ambil kisah tentang keuntungan. Logiknya begini - mengapa mereka perlu kisah tentang wang ringgit sedangkan itu bukan duit mereka.

Oleh yang demikian adalah wajar pembayar cukai di Malaysia berasa marah kepada GLC yang mengalami kerugian kerana tidak ada alasan untuk GLC tersebut kerugian. Malangnya, salah satu GLC ini adalah MAS - syarikat penerbangan milik negara.

Seteruk manakah kerugian GLC yang bernama Malaysia Airlines ini?

Sejak tujuh tahun yang lalu MAS telah melakukan 'cash call' sejumlah RM7 bilion. Pemegang saham utama iaitu Khazanah (baca: kerajaan) telah menyuntik wang sebanyak itu hanya untuk MAS kerugian lebih RM4 bilion dalam tempoh empat tahun.

MAS ada mencatatkan sedikit keuntungan dalam tempoh tujuh tahun itu tetapi ia disebabkan penjualan aset seperti bangunan mereka di Jalan Sultan Ismail serta beberapa resort mewah. Soalnya, berapa banyak lagi aset MAS yang sedia ada untuk dijual jika itulah satu-satunya cara bagi mencatatkan keuntungan?

Tidak hairanlah ada yang mencadangkan agar MAS ditutup dan dibiarkan muflis dan seterusnya distruktur semula. Persoalannya adakah wajar MAS melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Japan Airlines dan American Airlines?

Dengan mengisytiharkan muflis, MAS boleh menjalankan perniagaannya semula dengan bermula dari 'zero'. Tetapi perlu diakui mengisytiharkan sesebuah syarikat sebagai muflis bukanlah satu-satunya cara yang ada. Lagipun cara tersebut adalah langkah drastik yang mana ia tidak semudah apa yang dikata.

Apabila JAL menjadi muflis, mereka menjual semua jet jumbo, menghentikan kebanyakan laluan, mengurangkan pekerja sebanyak 35%, meminta pekerja mengambil potongan gaji yang tinggi serta memotong wang pencen bekas kakitangan.

Mengambil kira keadaan kerajaan yang lemah ketika ini, adalah tidak mungkin kerajaan akan membenarkan MAS mengambil langkah drastik ini. Oleh itu muflis bukanlah jawapan kepada permasalahan ini.

Adakah kita boleh menyangka yang pekerja MAS akan berasa gembira apabila diberitahu dengan membuang mereka akan membantu memulihkan syarikat mereka? Ini samalah seperti memberitahu manusia yang sedang diserang harimau supaya merelakan dirinya dibaham atas alasan dia membantu kelangsungan spesies terancam itu.

Oleh hal yang demikian, tidak banyak yang MAS boleh lakukan selain daripada memilih cara penyelesaian yang bersifat perlahan. Beberapa minggu yang lalu, pemegang saham utama MAS iaitu Khazanah telah mengambil keputusan untuk menswastakan MAS. Daripada 70% kawalan kepada 100%. Dengan mengawal MAS secara total, Khazanah berharap mereka akan dapat melakukan tindakan yang sukar diambil ketika syarikat itu adalah sebuah syarikat awam.

Khazanah tidak boleh hanya fokus tentang aspek ‘financial engineering’ semata-mata tanpa mengubah model perniagaan syarikat penerbangan ini.

Penjualan anak syarikat MAS yang untung seperti MAS Engineering dan MAS Airport Service yang mana jumlahnya dianggarkan sebanya RM3.2 bilion bukanlah perubahan model perniagaan. Penjualan aset bersifat sementara dan jika cara ini diambil, ia akan menyebabkan MAS kehilangan sinergi di dalam operasinya.

Jadi apakah yang boleh dilakukan Khazanah?

Langkah yang tidak begitu radikal tetapi bersifat jangka masa panjang adalah dengan meningkatkan produktiviti dengan aset dan pekerja yang sedia ada.

Apabila perniagaan mengalami kerugian akibat saingan yang hebat dan kos operasinya menghakis keuntungan, ia boleh diatasi sama ada melalui peningkatan harga jualan atau mengurangkan kos operasinya.

Tetapi harga hanya boleh dinaikkan pada sesuatu tahap sahaja. Menaikkan harga ke tahap yang terlalu tinggi hanya menyebabkan MAS hilang pelanggan ke Emirates dan SIA. Sekarang ini pun jumlah pasaran MAS di KLIA hanyalah sekitar 28%. Bayangkan apa akan terjadi jika MAS hilang lagi pelanggan.

Oleh yang demikian, MAS perlulah mengurangkan kos operasi mereka. Perkara pertama adalah dengan mengkaji atau menamatkan kontrak yang begitu mewah di sesetengah bahagian. Kita diberitahu dengan penamatan kontrak katering 25 tahun, MAS akan mampu menjimatkan kos mereka sehingga RM300 juta setahun.

Terdapat juga beberapa kakitangan pengurusan tertinggi MAS yang dibayar gaji sehingga ratusan ribu ringgit sebulan dan masih dibayar bonus walaupun syarikat di dalam kerugian. Bukankah ini perlu ditangani dahulu?

Bagaimana untuk mengubati kanser jika bahagian yang penuh dengan sel kanser tidak dirawat atau dibuang?

Bercakap tentang kurangkan kos, ada yang berkata bagaimana dengan pekerja MAS?

MAS memiliki lambakan pekerja. MAS yang mempunyai 100 buah pesawat kini menggaji 20,000 pekerja sedangkan AirAsia hanya menggaji 9,000 pekerja meskipun mempunyai 300 kapal terbang. Walaubagaimanapun, perbandingan ini tidak adil kerana undnag-undang pekerja bagi kedua-dua syarikat ini adalah berlainan.

Malahan kebanyakan syarikat penerbangan lain memberikan kerja seperti penyelenggaran kapal terbang kepada syarikat luar yang sama sekali berbeza dengan MAS yang melakukan kerja tersebut dengan sendiri. Oleh itu adalah logik jika jumlah pekerja MAS jauh lebih ramai berbanding syarikat penerbangan lain.

Jadi, MAS perlu mengoptimumkan tenaga kerjanya yang berjumlah 20,000 orang ini. Inilah yang sepatutnya dinilai oleh ramai sama ada MAS berjaya ataupun tidak meningkatkan produktiviti mereka.

Pada 2013, penggunaan kapal terbang adalah 12 jam sehari berbanding lapan jam sehari sebelumnya dan langkah ini telah membantu MAS membawa lebih empat juta penumpang - meningkat kepada 16 juta daripada 12 juta.

Purata 81% tempat duduk diisi bagi setiap penerbangan merupakan jumlah yang lebih tinggi berbanding SIA.

Secara ringkasnya, produktiviti MAS meningkat 20%. Tetapi nampaknya, ini masih tidak memadai. Kos operasi MAS yang tinggi masih menghalang MAS daripada mencatatkan keuntungan.

Oleh yang demikian, MAS wajar dibahagikan kepada dua syarikat. Sekarang ini walaupun MAS mempunyai Firefly tetapi syarikat penerbangan ini hanyalah penerbangan komuniti dan bukanlah 'lawan' yang serius kepada AirAsia mahupun Malindo Air. Sekiranya Firefly masih tidak berubah, maka wajarlah MAS mewujudkan sebuah penerbangan hibrid ala Malindo untuk penerbangan domestik dan syarikat lagi satu adalah syarikat penerbangan premium bagi laluan antarabangsa.

Apa rasional langkah ini?

Kita perlu sedar bahawa pasaran penerbangan Malaysia adalah pasaran yang ‘sensitif’ terhadap harga. Penumpang yang sanggup membayar harga premium tidak begitu ramai kerana Malaysia adalah negara membangun dan tidak kaya raya seperti negara-negara Arab.

Oleh itu, adalah mustahil untuk MAS sekarang bersaing dengan AirAsia bagi pasaran domestik. Walaupun benar AirAsia telah menambahkan jumlah manusia yang boleh 'terbang' tetapi ini juga dilakukan dengan 'mencuri' penumpang MAS.

'Split up' ini penting kerana kita tidak boleh mempunyai dua struktur kos yang berbeza di bawah satu perniagaan yang sama. Jika dilihat dari sudut jenama, ia satu perkara yang kurang bijak. SIA menubuhkan Tiger Air dan Scoot Airlines dan kedua-dua syarikat ini tidak dinamakan sebagai SIA.

Bayangkan syarikat penerbangan hibrid domestik yang mempunyai hospitaliti 5 bintang MAS terbang di laluan yang lebih banyak seperti AirAsia. Ini akan memberikan AirAsia saingan yang tulen. Bukankah AirAsia mencanangkan tentang persaingan?

Selain itu, syarikat penerbangan ini akan menjadi 'feeder' kepada penerbangan premium MAS yang terbang ke laluan antarabangsa. Tetapi apa yang lebih menarik mengenai langkah ini adalah, kedua-dua penerbangan ini akan beroperasi bersebelahan - KLIA dan KLIA2.
>> Mat Rodi  atau Radzi Tajuddin, 24, adalah seorang graduan dalam bidang senibina dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau adalah anak jati Selayang dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana di Manchester School of Architecture. 


Jangan Berjuang Kerana Mahu Lawan Umno, Tapi Kerana Allah - PAS

SHAH ALAM: Perwakilan di Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 diingatkan supaya membetulkan niat masing-masing agar tidak berjuang kerana Umno, Barisan Nasional (BN) atau Putrajaya.

Wakil dari Perak Syakirin Hussein berkata perjuangan menuju ke jalan Allah adalah perjuangan yang tulen dan asli, bukan setakat perjuangan menuju ke Putrajaya semata-mata.

"Jangan sesekali kita terlalu mudah menyatakan bahawa kita lawan kerana Umno, kita tentang kerana Umno, kita lawan GST kerana Umno.

"Islam tak ajar kita melawan kerana Umno, Islam ajar kita lawan kerana Allah," katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Pemuda di sini, Rabu.

Katanya, sekiranya perwakilan dan pimpinan sayangkan perjuangan PAS yang berlandaskan Islam, mereka perlu memelihara keaslian dan ketulenannya.

"Kita lawan Umno kerana Allah suruh, kita tentang Umno kerana Allah suruh kita tentang.

"Perjalanan ke Putrajaya adalah perjalanan dekat dan singkat. Tak ada guna kalau kita dapat ke Putrajaya tapi menyebabkan kita jauh dari syurga Allah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi peringatan kepada perwakilan bahawa hubungan dengan Pakatan Rakyat bukanlah satu jaminan untuk PAS terus diterima ramai.


Dr. Mahathir sambut baik pelan pemulihan MAS 

KUALA LUMPUR 31 Ogos : Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut baik usaha Khazanah Nasional Berhad. (Khazanah) di atas inisiatif menjenamakan kembali Malaysia Airlines (MAS) melalui 12 pelan pemulihan untuk memperkukuhkan syarikat penerbangan negara itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pelan pemulihan berkenaan dilihat mampu mengurangkan kos yang ditanggung oleh MAS.

“Khazanah sudah memperuntukkan dana sebanyak RM6 bilion dan memberhentikan 6,000 pekerja. Maka kos (operasi) turunlah.

“Pemberhentian penerbangan ke tempat-tempat yang tidak ramai penumpang juga boleh mengurangkan kos. Saya ucapkan tahniah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan ke-57 anjuran Permuafakatan Pertubuhan Bukan Kerajaan Selangor, semalam,

Yang turut hadir Pengerusi Permuafakatan Pertubuhan Bukan Kerajaan Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Semalam, Khazanah mengumumkan 12 pelan bagi memulihkan MAS membabitkan pelaburan berjumlah RM6 bilion selain mewujudkan syarikat baharu serta pemberhentian 6,000 pekerja daripada 20,000 keseluruhan pekerja MAS.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, langkah penstrukturan semula itu merupakan tindakan menasionalisasikan MAS dan bukannya bersifat penswastaan kerana MAS dimiliki oleh syarikat milik kerajaan.

“Saya secara jujurnya kurang yakin dengan syarikat yang diuruskan oleh kerajaan kerana kita tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan.

“Kita tunggu dan lihat keberkesanan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dan juga Khazanah,” katanya.