Wednesday 3 June 2015

DIALOG 1MDB - DI MANA WANGNYA??

1MDB - DI MANA WANGNYA??

1. RM42 bilion perlu lihat bukan dalam konteks hutang semata2 tetapi juga Aset, Kos Kewangan dan Dana Pemegang Saham

2. Dari segi struktur kewangan, modal berbayar RM1 juta dan ada 560 ekar tanah yg lambat beri pulangan, jd bergantung kpd hutang

3. IPO Edra Energy pula tertangguh kerana penyata kewangan lambat disiapkan, jadi perlu laksana rasionalisasi untuk bayar hutang

4. Tidak ada pengesahan ttg transaksi dgn JhoLo, Petrosaudi buat laporan polis di London menyatakan laporan portal tidak betul

5. Kenyataan Tony Pua mengenai transaksi kepada Good Star tak betul kerana bercanggah dgn penyata kewangan

6. Labur dlm Petrosaudi atas sbb 'strategic partnership'. Hasilnya, Prasarana dilantik kendali operasi Arafah - Mina Metro System

7. Bila pelaburan Petrosaudi dipulangkan, dpt semula USD 2.3 b. 1st tranche tlh bayar hutang & faedah. Bakinya dlm btk fund units

8. Bila ada pihak dakwa RM27b hilang, bank akan panik dan cepat2 panggil minta bayar hutang. Cerita RM27b hilang tidak betul

9. Baki di BSI, Aabar telah setuju untuk bayar unit di BSI pd bulan Ogos, tp kerana pelan rasionalisasi, setuju bayar awal.

10. Kenapa BSI? Husni - Brazen Sky bayar semula dlm bentuk investment instrumentnya, BSI sbg custodian yg dipersetujui bersama.


KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mencatat pertumbuhan pesat dalam enam tahun penubuhannya walaupun menggunakan hutang untuk merencanakan pertumbuhannya. Ahmad Husni berkata, 1MDB walaupun mempunyai hutang RM41.8 bilion, syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu mempunyai aset RM52 bilion. "RM42 bilion (jumlah hutang) perlu lihat bukan dalam konteks hutang semata-mata tetapi juga aset, kos kewangan dan dana pemegang saham," katanya dalam Dialog Khas 1MDB: Di Mana Wangnya? yang disiarkan saluran RTM1, malam tadi. Katanya, daripada sebuah syarikat dengan modal berbayar RM1 juta, 1MDB kini mempunyai 560 ekar tanah. Akan tetapi disebabkan tanah berkenaan lambat memberi pulangan, syarikat itu perlu bergantung kepada hutang untuk program pembangunannya. Husni berkata, jumlah hutang RM42 bilion yang terkumpul hingga kini, digunakan untuk membeli aset tenaga dan tanah, perbelanjaan kewangan serta deposit dalam dana pelaburan. Katanya, daripada jumlah hutang berkenaan, sebanyak RM18 bilion digunakan untuk aset janakuasa seperti Powertek Energy Sdn Bhd (RM8.5 bilion), Loji Tenaga Kuala Langat (RM2.3 bilion), Jimah Energy (RM1.2 bilion). Tambahnya, 1MDB membelanjakan RM0.2 bilion untuk membeli tanah The Razak Exchange (TRX), RM0.4 bilion untuk Bandar Malaysia dan RM1.1 bilion untuk tanah di Air Hitam, Pulau Pinang. Dalam aspek perbelanjaan kewangan berjumlah RM5.8 bilion, RM4.5 bilion digunakan untuk kos pembiayaan dan modal kerja, RM0.9 bilion untuk kos tukaran asing dan cukai berjumlah RM0.4 bilion. "1MDB juga mendepositkan RM15.4 bilion untuk dana pelaburan seperti Brazen Sky (RM6.1 bilion) Aabar deposit (RM4.2 bilion) dan 1MDB GIL Fund (RM5.1 bilion)," katanya. Mengulas mengenai dakwaan 1MDB membuat bayaran kepada Good Star Limited milik ahli perniagaan, Jho Low dalam urusan kerjasama dengan Petrosaudi, Husni berkata tidak ada pengesahan mengenai transaksi kepada Good Star. Justeru, beliau berkata, kenyataan beberapa pihak termasuk oleh wakil rakyat DAP, Tony Phua adalah bercanggah dengan penyata kewangan, malah Petrosaudi membuat laporan polis di London menyatakan laporan portal tertentu mengenai pembayaran kepada individu itu adalah tidak betul. "1MDB labur dalam Petrosaudi atas sebab rakan niaga strategik. Hasilnya, Prasarana dilantik kendali operasi Arafah - Mina Metro System," katanya. Sementara itu, Husni berkata, IPO Edra Energy pula tertangguh kerana penyata kewangan lambat disiapkan, jadi 1MDB perlu melaksanakan langkah rasionalisasi untuk membayar hutang berkenaan. Jumaat lalu, Menteri Kewangan Kedua, Husni membentangkan Pelan Pemulihan 1MDB kepada Kabinet. Dalam pada itu, Husni turut menafikan laporan media sosial yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membuli Menteri Kabinet berhubung isu 1MDB. Katanya, perlu ada kesepakatan Kabinet berhubung isu itu untuk menghadapi kritikan dan menyamakan keadaan itu seperti peribahasa Afrika mengenai kisah seekor singa dan tujuh manusia. "Singa tidak dapat menang jika tujuh individu itu bersatu," katanya.


No comments:

Post a Comment