Friday 25 September 2015

SALURAN NEWSASIA SINGAPORE INSIGHT KITAR ISU BASI DEMI MENJAYAKAN AGENDA MENJATUHKAN NAJIB

Oleh Lokman Adam

Baik BERSIH 1 hinggalah ke BERSIH 4, walaupun mereka bertopengkan matlamat membersihkan sistem pilihanraya, kebebasan sistem kehakiman, penggunaan dakwat kekal dan pelbagai alasan bodoh lain, rata-rata rakyat Malaysia sedar bahawa BERSIH hanyalah alat pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO iaitu Parti Melayu terbesar negara ini.

Sebaliknya, BERSIH 4 yang bertujuan untuk memberikan tekanan kepada Najib yang kini sedang hebat difitnah oleh musuh politiknya dari luar dan dalam UMNO sendiri, kini terbukti telah menyelamatkan Najib.  Semuanya gara-gara kebiadapan perserta BERSIH 4 yang langsung tidak sensitif dengan melakukan perkara-perkara yang dianggap "pantang" atau "mencabar" bangsa Melayu.  Orang Melayu yang selama ini terkenal dengan sikap bertolak ansur dan lemah lembut secara tiba-tiba telah bangkit bingkas menunjukkan taringnya.  Terima kasih tidak terhingga buat pemijak gambar Najib dan Hj Hadi terutamanya.

Menyedari hakikat bahawa BERSIH 4 telah menyatukan semula orang Melayu dan melenyapkan harapan kolusi DAP untuk memerintah negara serta memusnahkan harapan Tun Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang enggan mengikut telunjuknya, Saluran NewsAsia Singapore Insight telah menerbitkan sebuah dokumentari berjudul "A Fractured Nation" untuk memutar belitkan hakikat sebenar.  Dalam dokumentari tersebut,  mereka langsung tidak menceritakan bahawa kebangkitan Melayu 16 September lalu adalah tindak balas sepontan terhadap  sikap kurang ajar peserta BERSIH 4 yang memijak gambar PM dan Presiden PAS, aksi mereka membawa penyapu sepertimana berlakunya peristiwa 13 May dan pelbagai bentuk penghinaan lain keatas PM dan isteri oleh penyokong DAP di BERSIH 4.

Sebaliknya, NewsAsia Singapore memutarbelitkan cerita dengan menuduh Dato Seri Najib pula yang menganjurkan Himpunan Merah untuk mengalih perhatian rakyat daripada tertumpu kepada skandal yang beliau hadapi.  Seperti media asing lain yang tidak pernah berhenti memburukkan Malaysia, NewsAsia Singapore telah mengeluarkan semula cerita basi yang sudah dijawab berkali-kali oleh kita.  Bermula dengan saman Anina yang tidak pernah dilantik oleh UMNO untuk mewakilinya, isu siasatan FBI berdasarkan dokumen palsu yang digunakan oleh WSJ, isu USD 700 juta dalam akaun Najib yang SPRM sendiri sudah sahkan bukan dari 1MDB dan pelbagai fitnah lain yang terbukti telah gagal menjatuhkan Najib.

Meneliti rentetan serangan terhadap Dato Seri Najib oleh Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya ini, boleh saya simpulkan serangan ini terbahagi kepada 7 Fasa berikut:-

Fasa 1 - Membangkit kebencian rakyat terhadap Najib.  Memainkan isu 1MDB, Jho Low, Rosmah, Perkahwinan Anak Najib, Kos Sara Hidup dll.  (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 2 - Menggunakan beberapa individu berpengaruh di dalam UMNO untuk mempersoalkan tentang 1MDB dan dana PRU13.  (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 3 -  Menggunakan TPM dan Beberapa Pegawai Kanan Kerajaan untuk mendesak Najib melepaskan jawatan. (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 4 - Cubaan melakukan undi tidak percaya ke atas Najib di Parlimen. (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 5 - Menggadai semua prinsip perjuangan dan melacurkan diri menyertai BERSIH 4 dengan harapan rakyat bangkit menentang Najib.  (Gagal dengan segagal-gagalnya)

Fasa 6 - Menggunakan Khairuddin, Mathias Chang dan Media Asing untuk memberikan tekanan antarabangsa terhadap Najib.  (Dijangka gagal kerana FBI pun lari bila Najib sampai New York, mereka juga termakan fitnah Mahathir takut dipindahkan ke PMO)

Fasa 7 - Dihormati sebagai Negarawan atas jasa memerintah negara selama 22 tahun.  Namun malangnya, akhirnya pergi dan diingati sebagai seorang yang GAGAL.

Apa lagi yang Mahathir mahu?  Tidak cukupkah kekayaan yang telah dipunggah selama 22 tahun memerintah?  Apa guna jika Najib dapat dijatuhkan tapi proksi kamu mewarisi kerajaan yang terlalu lemah akibat serangan-serangan dari kamu yang bertalu-talu ini.  Masih belum terlambat untuk memperbetulkan kesilapan.  Gunakanlah pengalaman memerintah selama 22 tahun itu untuk bantu mengukuhkan negara, bukan untuk menghancurkannya. Itulah sifat sebenar yang patut ada pada mana-mana negarawan.  Dendam kesumat hanya akan membawa kepada kehancuran.  Esok lusa mungkin kita dijemput Ilahi, jangan sampai anak kita pula yang terima padah akibat perbuatan kita.


Thursday 24 September 2015

INSIDEN REMPUHAN DI MINA

Makkah: Jemaah haji yang maut telah meningkat kepada 310 orang manakala 450 lagi cedera akibat terjatuh dan terpijak ketika jemaah melontar jamrah di Mina hari ini.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Brigedier Jeneral Mansour al-Turki berkata, "Ada kejadian terpijak di Mina dan Jabatan Pertahanan Awam sedang menanganinya."

Menurut wartawan Al Jazeera di Mina, Basma Atassi, kejadian berlaku di jalan raya antara penempatan jemaah.

"Jalan itu diberi nama Jalan 204. Kejadian rempuhan dan terpijak itu tidak berlaku ketika upacara melontar tetapi ketika jemaah bersesak menuju ke tempat melontar," katanya.

Punca kejadian ini belum dapat dikenal pasti.

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi dalam akaun twitternya memaklumkan operasi menyelamat sedang dijalankan.

Jumlah mangsa mungkin meningkat daripada semasa ke semasa.

Mina terletak kira-kira lima kilometer dari Makkah.

Jemaah Malaysia diyakini tidak terlibat kerana giliran mereka melontar adalah sebelah petang selepas asar. Kejadian berlaku sebelum jam 12 tengahari.  Sama2 kita doakan jemaah kita.

Kita sedang mengadakan head count jemaah Malaysia dikemah masing masing

Monday 21 September 2015

Penjelasan GST Di Malaysia

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mungkin merupakan topik yang paling diberi perhatian. Cukai ini akan diperkenalkan pada April 2015, ia akan menggantikan Cukai Jualan (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%). Dalam sistem GST, kebanyakan barang dan perkhidmatan (kecuali barang keperluan asas) akan dikenakan kadar cukai sebanyak 6% pada setiap peringkat rantaian bekalan. Kini, timbulnya satu soalan pada fikiran semua orang – Apakah akan terjadi dalam kehidupan kita selepas pelaksanaan GST?

Bagi mengenal pasti kesan yang paling berkemungkinan besar, kita mestilah memahami  jenis – jenis GST dan mekanismanya.

Jenis GST

Terdapat tiga jenis GST yang akan dilaksanakan dengan cara yang berbeza ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu. Ini akan ditunjukkan seperti yang di berikut:

I.GST Berkadar “Standard”

Semua barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori ini akan dikenakan  dengan kadar cukai GST yang sebanyak 6%. Cukai GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan pada setiap peringkat rangkaian bekalan. Ini bermakna bahawa terdapatnya  cukai input dan cukai output dalam sistem GST Berkadar “Standard”. Selain itu, setiap pihak (kecuali pengguna akhir) dalam rangkaian bekalan boleh menuntut semula cukai input mereka (GST) dan ini akan mengelakkan pertindihan dalam cukai. Walau bagaimanpun, pengguna akhir adalah tidak dibenarkan untuk menuntut semula GST. Oleh itu, pengguna akhir perlulah menanggung seluruh bebanan cukai. Contoh barangan dalam kategori ini ialah baju, kereta, dan buah-buahan. Berdasarkan gambar rajah berikut, anda akan lebih memahami tentang bagaimanakah GST Berkadar “Standard” dilaksanakan:



II.GST Berkadar Sifar

Barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori ini akan dikenakan dengan 0% GST. Ini bermakna GST tidak akan dikenakan terhadap pengguna akhir. Namun, entiti perniagaan BOLEH menuntut semula cukai input mereka. Contoh barangan dalam kategori ini ialah makanan asas (daging, ikan dan minyak masak) dan 200 unit pertama elektrik pada setiap bulan.  Gambar rajah berikut menunjukkan bagaimanakah GST Berkadar Sifar dilaksanakan, dengan andaian produk akhir merupakan barangan dalam kategori GST Berkadar Sifar tetapi bahan-bahan mentahnya adalah dalam kategori GST Berkadar “Standard”:



III.GST Berkadar Pengecualian

Barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori ini tidak akan dikenakan cukai dan tidak tertakluk kepada GST pada peringkat output (peringkat di mana barangan dijual kepada pengguna akhir). Ini bermakna GST tidak akan dikenakan terhadap pengguna akhir. Entiti perniagaan, terutamanya pihak terakhir dalam rantaian bekalan (sebelum pengguna akhir) TIDAK BOLEH menuntut semula kredit cukai input mereka walaupun mereka mungkin dikenakan dengan GST ketika pembelian input. Contoh barangan dan perkhidmatan dalam kategori ini ialah harta kediaman dan perkhidmatan kesihatan.

Berdasarkan gambar rajah berikut, anda akan lebih memahami tentang bagaimanakah GST Berkadar Pengecualian dilaksanakan:



Kesimpulan

GST ialah sejenis cukai progresif yang akan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan di Malaysia pada masa yang akan datang. Kefahaman dalam mekanisme GST akan membantu kita untuk menilai kesan GST terhadap kehidupan kita dengan lebih baik, dan bersedia untuk menghadapinya.

sila rujuk:-
http://gst.customs.gov.my



Posted via Blogaway


Thursday 17 September 2015

Hancurkan perpaduan antara orang Melayu untuk menang PRU14~CEC DAP

Ini antara strategi yang sedang dan akan dibuat DAP untuk menguasai kita. Segala perbincangan ini adalah dalam mesyuarat CEC DAP Pusat 3 hari lepas di ibu pejabat DAP.

DAP berazam untuk menang dalam PRU14. Untuk menang DAP perlu lakukan beberapa strategi :

1. Hancurkan perpaduan antara orang Melayu sebab kalau Melayu bersatu hati mereka akan kalah. DAP telah berjaya pecahkan PAS. UMNO perlu dihentam bersungguh-sungguh dengan apa cara sekalipun kerana kekuatan BN ialah UMNO.

DAP perlu sokong Parti Amanah Negara (PAN) sepenuhnya kerana hanya PAN sebagai alternatif untuk sokongan Melayu. PKR kini sudah tidak lagi popular di kalangan orang Melayu.

2. 1MDB berperanan membantu Bumiputera dalam perniagaan dalam skala besar seperti PETRONAS yang banyak membantu kerajaan dan orang-orang Melayu. Jika 1MDB berjaya membantu meningkatkan perniagaan Bumiputera menjadi pesaing kepada kaum Cina maka 1MDB mesti dihancurkan dengan apa cara sekalipun dan persepsi negatif harus selalu dimainkan supaya rakyat tidak akan percaya kpd 1MDB dan apa jua yang kerajaan BN lakukan. Pemimpin-pemimpin BN harus dilabel sebagai korupsi dan penipu.

3. DAP perlu merekrut seramai mungkin pemimpin pelapis muda Melayu bagi menghancurkan pimpinan utama UMNO khasnya PM sampai berjaya dengan memburuk/memfitnah/menaikkan kebencian dan perbagai cara secara besaran.

Siri BERSIH perlu diteruskan dan slogan ABU – “Asal Bukan UMNO” perlu dimainkan sentiasa dalam media sosial supaya rakyat khasnya generasi muda terus membenci kerajaan BN.

BERSIH 4 tidak berjaya apabila majoriti yang turun adalah kaum Cina. Perlu adakan lagi BERSIH 5 untuk tarik orang-orang Melayu pula.

4. DAP perlu berusaha untuk pecahkan hubungan UMNO dengan parti komponen dalam BN supaya bila PRU14 mereka boleh menang. Segala isu dan cerita sensasi perlu dibuat supaya kesepakatan dalam BN akan hancur. MCA dan MIC sudah berpecah teruk dan tidak kuat lagi. Itu mileage untuk DAP tarik mereka yang kecewa untuk bersama DAP.

5. Dana 2.6 bilion adalah sumbangan daripada Putra Al-Waled, putera Arab Saudi yang menderma USD120 bilion kepada negara-negara Islam seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ianya amat bahaya kerana apabila UMNO ada dana lain maka kebergantungan kepada taukeh-taukeh Cina tiada lagi dan amat susah untuk menguasai pemimpin-pemimpin Melayu lagi.

6. GST amat bahaya dalam jangka panjang kepada perniagaan orang Cina kerana melalui sistem GST maka kerajaan akan dapat tahu keuntungan sebenar dan detail perniagaan. Kita tak boleh lari lagi daripada cukai.

Oleh itu kita perlu galakkan orang-orang kita supaya naikkan harga barang semaksima supaya rakyat akan marah kepada GST ini.

Taukeh Melayu seperti Syed Mokhtar al-Bukhary perlu dihancurkan. Barangan keluaran Bumiputera perlu diburukkan. Amat bahaya juga apabila isu Low Yatt telah alihkan kepercayaan ramai kepada kaum Cina.


Tuesday 15 September 2015

Sambutan Hari Malaysia 16 September yg bersejarah!!

Kuala Lumpur 16/09/2015:
Sambutan Hari Malaysia pada hari ini telah mencatatkan sejarah baru dalam lembaran sejarah Malaysia Moden kerana pada hari ini ia disambut diseluruh negara dengan kebangkitan 'MERAH'!
HIMPUNAN MELAYU BERSATU yang menghimpunkan UMAT MELAYU dari seluruh negara dan berkumpul di bandaraya kuala lumpur dari lima penjuru...


GELOMBANG MERAH yg memberi isyarat tentang kebangkitan melayu utk mempertahankan agama,bangsa dan tanah melayu ini di hadiri lebih daripada 50 ribu orang setakat berita ini ditulis.



Sunday 13 September 2015

SATU JENAZAH JEMAAH INSIDEN KREN TUMBANG DITEMUI

KELANA JAYA, 13 September 2015: Alhamdulillah hari ini lima (5) lagi jemaah haji yang dirawat di Pusat Rawatan TH telah dibenarkan pulang ke penginapan masing-masing. Manakala lima (5) lagi jemaah Haji – tiga di hospital Arab Saudi dan dua di Pusat Rawatan TH dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan masing-masing.

InsyaAllah kesemua sepuluh jemaah haji ini akan dapat menjalani ibadah haji mereka dan berwuquf di Arafah pada 22 September 2015 dibawah pemantauan pasukan perubatan.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari pertama Lembaga Tabung Haji (TH) dibenarkan untuk membuat proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar yang dipaparkan.

Pasukan Perubatan TH telah dibenarkan masuk ke bilik jenazah untuk proses pengecaman pada jam 10.30 pagi  (waktu Saudi) atau 3.30 petang waktu Malaysia. Proses pengecaman dilakukan melalui pengecaman diri, buku rekod  kesihatan, pas dan gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA, sekiranya perlu.


Hari ini satu jenazah Jemaah Haji Malaysia telah dikenalpasti iaitu  Allahyarhamah Rusiah Suar, 56 tahun dari Sungkai, Perak.

Saya bagi pihak YAB Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia dan TH ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah. Kami semua amat berdukacita dan bersimpati dengan ahli keluarga waris, serta menasihati mereka untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.


Pada masa yang sama kami berharap waris-waris yang lain akan terus bersabar dan berdoa kerana TH akan terus berusaha sedaya upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa di hospital-hospital berdekatan serta memastikan segala proses-proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin. TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

TH ingin menasihati kepada semua jemaah haji Malaysia di Tanah Suci untuk turut bertenang dan bersabar. Terus menumpukan perhatian kepada ibadah bagi menghadapi hari wuquf serta menjaga kesihatan dan keselamatan.

TH juga ingin mengingatkan para Jemaah untuk memakai segala pengenalan diri yang diberi sepanjang masa. Ini adalah bagi memastikan keselamatan para Jemaah.

Saya dan YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez akan berangkat ke Tanah Suci esok bagi melihat sendiri keadaan di sana serta membantu memastikan usaha-usaha mencari para jemaah yang hilang selesai secepat mungkin.

LEMBAGA TABUNG HAJI


Thursday 10 September 2015

KOHAWA WADAH USAHANITA DESA...



Sungai Besar 11/9/2015:
Wanita Sungai Besar mengorak langkah menceburi bidang pengkoperasian dengan mewujudkan KOPERASI HAWA SUNGAI BESAR BERHAD (KOHAWA).
Mesyuarat Agung Permulaan penubuhan KOHAWA yang dirasmikan oleh YB Dato'Hjh Noriah Kasnon Ahli Parlimen Sungai Besar merangkap Timbalan Menteri Perusahaan,Perladangan dan Komoditi pada hari ini merupakan satu langkah permulaan bagi kaum wanita di daerah ini untuk menceburi bidang perniagaan pada skala yang lebih besar bagi meningkatkan pendapatan kepada anggota koperasi ini.

YB Dato'Noriah Kasnon dalam ucapan perasmiannya menyebut objektif penubuhan koperasi ini akan dapat memberi peluang kepada ahli-ahli koperasi ini untuk turut serta dalam projek-projek yang dirancang oleh koperasi antaranya memanafaatkan tanah-tanah terbiar dikeliling rumah untuk dijadikan tapak projek pertanian dan IKS yang lain bagi menambahkan pendapatan sampingan kepada surirumah.



Antara projek-projek yang akan dilaksanakan adalah tanaman cendawan, ternakan kupang bagi menghasilkan mutiara dan lain-lain industri kecil sederhana untuk dipasarkan secara teratur dan terurus melalui koperasi yang ditubuhkan ini.

YB Dato' Hjh Noriah juga menyeru kepada kaum wanita untuk bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan pemasaran hasilan kampung.



Koperasi HAWA ini turut mendapat sokongan kuat dari Dato'Normaziah Sheikh Mohamad seorang tokoh korporat wanita yang berjaya Ikon Wanita Malaysia 2007 yang merupakan CEO MEGAPADU HOLDING.
Beliau akan menjadi penasihat dan pembimbing KOHAWA untuk melakar sejarah menjadi koperasi wanita yang berjaya di negara ini pada suatu masa nanti.

Posted via Blogaway


DAP Desak Azmin Beri Penjelasan Isu Kerugian Anak Syarikat MBI & Kaitan Dengan DEIG

09/9/15 –Ahli Parlimen DAP-Serdang, Dr Ong Kian Ming mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali memmberi penjelasan isu kerugian anak syarikat yang berada di bawah Mentri Besar Incorporated (MBI) dan perkaitannya dengan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Dalam kenyataan hari ini, beliau terkejut apabila mendapati hanya lapan daripada 28 syarikat ‘Government Link Agency (GLC)’ di bawah MBI yang mencatatkan keuntungan dan menyuarakan kebimbangan adakah syarikat-syarikat itu bakal diletakkan di bawah DEIG.

“Sama ada wujud atau tidak penstrukturan semula di bawah DEIG atau secara langsung di bawah MBI, ia masih menimbulkan perdebatan.

“Pada masa ini, hanya terdapat sedikit sahaja maklumat di laman web DEIG yang menunjukkan terdapat apa-apa strategi yang masuk akal,” kata Ahli Parlimen DAP itu dilapor The Rakyat Post.

Beliau menyebut anak-anak syarikat MBI yang mengalami kerugian antaranya adalah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) dan lima daripada tujuh anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

KDEB yang merupakan syarikat induk utama di bawah MBI mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM144.4 juta bagi tahun kewangan 2014.

KHSB mengalami kerugian besar sebanyak RM235 juta selepas cukai walapun memperolehi hasil pendapatan sebanyak RM31.5 juta.

Lima daripada tujuh anak syarikat PNSB adalah syarikat yang tidak aktif (dormant) yang tidak mendaftar satu sen pun pendapatan dalam tahun kewangan 2014 telah mencatatkan kerugian selepas cukai daripada RM4,000.

Manakala kesemua aset ‘leisure and hospitality’ milik MBI mengalami kerugian selepas cukai di antara RM294,000 bagi Bukit Beruntung Golf & Country Resort hinggalah kepada RM1.95 juta bagi Brisdale International Hotels dan RM7.01 juta bagi Perangsang Hotel and Properties.


Semalam, Ong dilaporkan The Malay Mail menggesa Azmin untuk mendedahkan akaun penuh MBI dan jumlah pampasan kepada eksekutif MBI kepada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Azmin juga diminta untuk membuat semakan dan mendedahkan dasar dividen MBI dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang berada di bawahnya untuk mengelakkan ketidaktelusan.

“Tidak perlu dikatakan, standard ketelusan yang sama hendaklah digunakan untuk DEIG,” katanya.

Menurutnya langkah itu perlu untuk memastikan MBI dan DEIG lebih baik daripada syarikat pelaburan persekutuan, Khazanah Nasional Bhd.

“Azmin juga telah berjanji bahawa akaun MBI akan dibentangkan di sidang DUN Selangor selepas kebimbangan awal mengenai DEIG dibangkitkan.

“Tetapi ini adalah hanya satu langkah pertama untuk membuktikan bahawa standard ketelusan dalam MBI memang lebih baik daripada Khazanah, “katanya.


Wednesday 9 September 2015

Intipati Mesyuarat MT UMNO

PWTC 9 September 2015:

Kenyaataan Presiden UMNO Dato'Seri Mohd Najib selepas Mesyuarat Tertinggi UMNO:-

DS Najib: TS Muhyiddin mengatakan akan taat setia dengan parti.

DS Najib: Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 8 hingga 12 Disember 2015

DS Najib : Seluruh MT Umno setuju serah kepada polis isu dakwaan Tun M bahawa Ketua Bahagian UMNO dirasuah semasa berucap di Bersih 4.0.

DS Najib : Mesyuarat MT UMNO sebulat suara bersetuju spekulasi pemecatan TS Muhyiddin Yassin, DS Shafie Apdal & DS Mukhriz Mahathir tidak berlaku, jelas khabar angin.

DS Najib : TS Muhyiddin Kekal Sebagai Timbalan Presiden Umno dan akan taat setia bersama

DS Najib: Isu pemecatan dalam UMNO hanya spekulasi dimainkan media.

DS Najib : TS Muhyiddin dan DS Shafie melahirkan komitmen sama kesanggupan bekerja demi kepentingan parti.


Kesimpulannya;-

1. Mesyuarat MT berjalan dengan sangat baik dan perbincangan atas semangat setiakawan. Mengalu-alukan  TSMY yang menyatakan kesetiaannya kepada UMNO dan akan terus membantu parti begitu juga DS Shafie Apdal.

2. Perkembangan isu semasa
isu 1mdb - MT  telah diberi penjelasan dan tempoh 6 bulan utk menyelesaikannya.

- Isu dana politik -  tiada undang2 yang menghalang untuk ahli2 politik
- semua parti politik amalkan sumbangan & kutipan dana termasuk bersih 4.
- cadangkan kaedah perundangan untuk sumbangan dana politik seperti yang pernah dicadang 4 tahun lalu tetapi pmbangkang tidak bersetuju.

3. Fokus kerja utk rakyat & membela rakyat.

4. Perhimpunan Agung UMNO ditetapkan pada 8-12 disember 2015.

5. Umno tidak terlibat penajaan perhimpunan rakyat tapi  tidak menghalang mana2 pemimpinnya terlibat selagi mana patuh kepada undang2 negara & arahan polis.


Tuesday 8 September 2015

NURUL IZZAH TAWARKAN JUSTO KONTRAK KERAJAAN JIKA BERJAYA MEMERINTAH NEGARA?

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar didakwa berminat untuk membeli data berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dakwaan itu dibuat oleh bekas kakitangan Petrosaudi International, Xavier Andre Justo, 49, dalam pengakuannya.


Bagaimanapun, menurut warga Switzerland itu, Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukanlah pembeli berpotensi yang dimahukannya dan mengakui sifat tamak menguasai dirinya dengan meletakkan bayaran tunai AS$2 juta (RM8.62 juta).

Dalam pengakuan itu juga menyebut, Nurul Izzah menawarkan bayaran dalam bentuk kontrak sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya daripada pentadbiran Najib, namun Justo menolak.


Malah, Justo turut mendakwa Clare Rewcastle Brown yang merupakan Editor Sarawak Report bertanggungjawab menjadi orang tengah atau broker yang membawa Nurul Izzah ke dalam urusan itu.

“Sekitar September 2014, Clare menghubungi saya dan menjemput saya ke Bangkok dan berkata anak perempuan Anwar Ibrahim berminat dengan data itu, namun saya menolak apabila Nurul hanya mahu membayar AS$2 juta dalam bentuk kontrak kerajaan apabila mereka berkuasa dan saya menolak,” katanya yang dipetik daripada laporan Berita Harian.

Justo juga mendakwa Rewcastle Brown cuba mendekati beberapa pembeli lain, namun ia gagal.


Monday 7 September 2015

PELAN STRATEGIK DAP DALAM PRU 14- Lim Kit Siang

Pakatan Rakyat (PR) sanggup bangkit menyahut cabaran bagi menentukan masa depan bukan saja Sabah dan Sarawak, malah Malaysia secara keseluruhan pada PRU-14 nanti.

Strategi 12 mata untuk PR sebagai pelan induk untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14.

1. Komitmen penuh dan segera oleh ketiga-tiga parti iaitu DAP, PKR dan PAS di peringkat kebangsaan, negeri, dan bahagian untuk meningkatkan sokongan orang ramai sepanjang tempoh empat tahun akan datang terhadap usaha PR membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU-14.

Ketiga-tiga parti dalam PR iaitu DAP, PKR dan PAS di semua peringkat, pusat, negeri, bahagian dan semua sayap – pusat, pemuda, wanita perlu memberi komitmen penuh dan padu sepanjang empat tahun mendatang untuk meningkatkan sokongan dan keyakinan orang ramai terhadap usaha PR untuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU-14.

Perkara ini perlu menjadi agenda bersama dalam semua mesyuarat DAP, PKR dan PAS di semua peringkat dan sayap daripada sekarang sehingga menjelang PRU-14 untuk meningkat dan memaksimakan keupayaan politik dan jentera pilihan raya PR ke arah menawan Putrajaya pada PRU-14, selain meningkatkan sokongan dan keyakinan orang ramai terhadap matlamat politik ini.

Konvensyen DAP Negeri yang akan diadakan sepanjang tempoh enam minggu ini, bermula dengan Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hujung minggu ini, adalah kesempatan terbaik untuk melaksanakan perkara pertama dalam strategi 12 mata pelan induk PR untuk menawan Putrajaya pada PRU-14 nanti.

2. Memastikan persempadanan semula dilakukan seadil mungkin

Persempadan semula yang bakal diadakan boleh dianggap sebagai perkembangan politik terpenting yang akan membentuk dan mempengaruhi keputusan PRU-14.

Buat kali pertama dalam sejarah, persempadanan semula akan membabitkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Buat kali pertama juga dalam sejarah, Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen untuk membolehkan persempadanan semula dilakukan sekehendak hati mereka.

Selain itu, PR mempunyai majoriti dua pertiga di dalam dewan undangan negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor dan lebih daripada satu pertiga kerusi DUN di Kedah, Terengganu, Perak, dan Negeri Sembilan.

Bererti jumlah kerusi di peringkat Persekutuan dan di negeri berkenaan tidak boleh ditingkatkan tanpa sokongan dan persetujuan PR.

PR perlu memastikan persempadanan semula dilakukan seadil yang mungkin daripada segi pengagihan kerusi antara negeri agar selari dengan prinsip “satu orang, satu undi, satu nilai” dan pada masa yang sama mengakui keadaan unik Sabah dan Sarawak.

Prinsip satu orang, satu undi, satu nilai ini juga perlu dipatuhi dalam setiap negeri untuk kerusi Parlimen dan DUN.

Mekanisme paling berkesan untuk memastikan persempadanan semula dilakukan secara telus ialah dengan membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas untuk Persempadanan Semula.

3. Sasarkan kawasan yang gagal dipertahankan dalam PRU-13

PR berjaya menambah tujuh lagi kerusi Parlimen pada PRU 2013 berbanding PRU 2008 (89 daripada 82 kerusi), namun kita gagal mempertahankan 15 kerusi Parlimen yang kita menangi pada PRU 2008.

Sekiranya kerusi berkenaan berjaya dipertahankan, PR mampu mengumpul 104 kerusi. Jumlah ini masih belum mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, tetapi ia mampu menempatkan PR dalam kedudukan lebih kukuh.

Dengan itu, PR perlu menetapkan sasaran merebut semula kerusi yang gagal dipertahankan pada PRU-13 iaitu Padang Terap, Pendang, Sik, Merbok, Baling dan Kulim-Bandar Baharu di Kedah; Ketereh, Tanah Merah dan Machang di Kelantan; Balik Pulau di Pulau Pinang; Bagan Serai di Perak; Hulu Selangor dan Kuala Selangor di Selangor; dan Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Strategi yang bertumpu kepada kerusi dan negeri diperlukan untuk merebut semula semua kerusi terbabit. Sebagai contoh, pecah undi perlu dikurangkan di Ketereh, Tanah Merah dan Machang. Di ketiga-tiga kawasan ini, undi untuk PR di peringkat negeri lebih daripada undi untuk BN, tetapi PR kalah di ketiga-tiga kerusi Parlimen.

Di Kedah, barisan pembangkang yang berkesan, barisan pemimpin yang boleh diharapkan sebagai barisan bakal pentadbir kerajaan baru serta dasar negeri alternatif diperlukan untuk membolehkan PR merampas semula negeri itu.

4. Sasarkan kerusi/kawasan marginal (yang majoriti undi tipis)

PR juga perlu mensasarkan kerusi/kawasan yang dimenangi BN dengan majoriti undi yang tipis pada PRU 2013. BN memenangi 24 kerusi Parlimen pada PRU 2013 dengan jumlah undi kurang daripada 55% (tidak termasuk 15 kerusi yang disebutkan di atas dan dimenangi PR pada PRU 2008). Antara kerusi yang dimaksudkan adalah Cameron Highland (majoriti undi 462), Bentong (379), Sungai Besar (399), Labis (353) dan Pasir Gudang (935), semuanya dimenangi BN dengan majoriti undi kurang daripada 1,000.

5. Pertahankan kerusi/kawasan yang baru dimenangi pada PRU 2013

PR memenangi 15 lagi kerusi Parlimen di Semenanjung pada PRU 2013. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa semua kerusi ini akan berjaya dipertahankan PR pada PRU-14 nanti.

Penekanan perlu diberikan terhadap kerusi ini, khususnya kerusi yang dimenangi dengan majoriti undi tipis, agar kita tidak mengulangi pengalaman PRU 2013 di mana kita gagal mempertahankan sejumlah kerusi yang kita menangi pada pilihan raya umum sebelum itu. Antara kerusi yang memerlukan perhatian khusus adalah Kuala Nerus (majoriti 610), Sepang (1,142) dan Batu Pahat (1,524).

6. Pertahankan kerusi marginal PR
Seperti BN, PR juga mempunyai kerusi marginal. PR memenangi 17 kerusi Parlimen dengan majoriti kurang daripada 55% (tidak termasuk kerusi baru yang disebutkan di atas). Semua kerusi ini perlu dipertahankan, khususnya Bachok (majoriti 201) dan Bukit Gantang (986). Jika PR mensasarkan kawasan di mana BN lemah, pasti BN juga akan melakukan perkara yang sama bagi kawasan di mana PR dianggap goyah.

7. Tonjolkan negeri PR sebagai contoh betapa PR mempunyai gaya pentadbiran yang berbeza berbanding BN

Kerajaan negeri PR mengambil pendekatan dan gaya pengurusan yang jauh berbeza daripada kerajaan BN yang memerintah sebelumnya, khususnya di Pulau Pinang dan Selangor. Ini adalah aset besar PR. Bermula daripada sekarang sehingga menjelang PRU-14, PR perlu meningkatkan prestasi di negeri yang dikuasainya untuk menonjolkan lagi perbezaan antara kerajaan BN dan kerajaan PR, selain memberi bayangan kepada orang ramai mengenai bentuk kerajaan Persekutuan di bawah PR.

8. Berikan penekanan kepada kawasan luar bandar

Tidak dapat disangkal bahawa PR telah mendapat undi besar di kawasan bandar pada PRU-13. Kekuatan BN/kelemahan PR di kawasan luar bandar membolehkan BN kekal berkuasa. Untuk itu, PR perlu mempunyai strategi yang mantap untuk menembusi kawasan luar bandar, khususnya kawasan/kerusi marginal BN.

Kos sara hidup dijangka akan meningkat berikutan pengurangan subsidi, tarif elektrik dan harga minyak dijangka naik, pelaksanaan GST pada 2015 akan memberi kesan meluas – semua ini adalah peluang yang boleh digunakan PR untuk menjelaskan kepada pengundi luar bandar bagaimana kerajaan BN meningkatkan beban kewangan dan mengurangkan jumlah pendapatan boleh guna mereka.

Pengundi luar bandar hanya akan menyokong PR dan menolak BN jika mereka merasakan kesan buruk kerajaan BN terhadap saku mereka sendiri. Ini perlu menjadi satu daripada strategi utama PR untuk menjangkau kawasan luar bandar.

9. Strategi tumpuan di Sabah dan Sarawak

Kerusi yang disebutkan di atas (kerusi marginal BN dan PR) adalah kerusi di Semenanjung. PR berdepan cabaran berbeza di Sabah dan Sarawak, maka pendekatan yang berbeza perlu digunakan untuk kedua-dua negeri ini.

PR tidak boleh memandang ringan sokongan terhadapnya di kawasan bandar Sabah dan Sarawak. Empat daripada sembilan kerusi yang dimenangi PR di Sabah dan Sarawak pada PRU-13 adalah kerusi marginal – Sarikei (majoriti 5,050), Sibu (2,841) dan Miri (1,992) di Sarawak dan Sandakan (1,008) di Sabah. Semua kerusi ini perlu dipertahankan secara agresif.

PR juga perlu mensasarkan kerusi marginal BN. Empat kerusi Parlimen di Sarawak yang dimenangi BN dengan undi kurang daripada 55%. Satu daripadanya Baram yang dimenangi dengan majoriti 194 undi. Di Sabah, BN memenangi 10 kerusi Parlimen dengan undi kurang daripada 55%, antaranya Beaufort (majoriti 672) dan Kota Marudu (842).

Bagaimanapun, tidak seperti di Semenanjung, PR di Sabah dan Sarawak perlu menangani parti tempatan.

Majoriti pengundi menunjukkan bahawa mereka menganggap PR lebih boleh diharapkan sebagai alternatif bagi BN berbanding parti tempatan, namun parti ini masih boleh bertindak sebagai ‘pengganggu’ dan menarik sejumlah undi untuk menggagalkan usaha PR memenangi sebahagian kerusi berkenaan.

PR perlu mencari jalan lebih baik untuk bekerjasama dengan sebahagian parti tempatan terbabit, sekurang-kurangnya mengelak pertembungan tiga penjuru, khususnya kerusi marginal BN.

Daripada segi program luar bandar, kempen Impian Sarawak dan Impian Sabah yang baru dilancarkan akan membawa masuk beberapa projek pembangunan kecil di kawasan luar bandar. Ini boleh digunakan sebagai contoh untuk PR menyusun strategi luar bandar. Jika berjaya, projek terbabit perlu dilaksanakan di banyak kawasan yang mungkin, khususnya di kawasan/kerusi marginal BN.

Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 akan datang akan menjadi medan terbaik untuk menguji keberkesanan strategi yang bertumpu kepada Sarawak.

Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 membuka ruang baru untuk PR, khususnya di kawasan bandar, dan ia membolehkan PR mencapai keputusan lebih baik pada PRU 2013.

Perkara yang sama boleh berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak berikutnya. Jika PR berjaya menembusi kawasan luar bandar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, ia akan memberi tekanan kepada BN dan Taib Mahmud serta memberi kelebihan kepada PR pada PRU-14.

10. Tingkatkan kerjasama PR di semua peringkat

Kerjasama PR telah berkembang sejak kerjasama antara parti pada 2008. Di peringkat kebangsaan, Majlis Presiden PR sentiasa bertemu untuk membincangkan isu penting. PR kini meluluskan tiga belanjawan alternatif dan membentangkan manifesto bersama menjelang PRU-13. PR juga bertempur bersama dalam banyak pilihan raya kecil sebelum dan selepas PRU-13.

Kerjasama ini perlu ditingkatkan di semua peringkat, khususnya di negeri seperti Johor, Sabah, dan Sarawak yang tidak mempunyai sejarah kerjasama antara parti yang panjang.

Kenyataan bersama boleh dikeluarkan pemimpin negeri PR menegnai isu nasional dan isu yang penting bagi sesebuah negeri. Kegiatan rentas parti perlu diadakan lebih banyak.

Setiap parti boleh memanfaatkan kekuatannya untuk membuka pintu kepada pemimpin parti komponen yang lain.

Pada masa yang sama, PR perlu menguruskan perselisihan dalaman antara parti komponen di peringkat kebangsaan dan negeri. Mekanisme perlu dikenal pasti di peringkat kebangsaan dan negeri untuk menangani perselisihan secara dalaman sebelum ia diperbesarkan media, khususnya saluran media yang dikawal BN.

11. Beri penekanan kepada hubungan antara dua generasi pemimpin

Satu daripada kekuatan terbesar PR ialah menggabungkan pemimpin berpengalaman dan pemimpin muda di peringkat negeri dan kebangsaan. Ini berbeza dengan barisan pemimpin BN yang kebanyakannya terdiri daripada generasi lama dan lebih terbiasa dengan pendekatan politik lama.

PR perlu memanfaatkan sepenuhnya kekuatan ini untuk meningkatkan kredibilitinya. Pemimpin berpengalaman memelihara keseimbangan dan kesinambungan, manakala pemimpin muda membangkitkan buah fikiran, idealisme dan dinamisme generasi muda.

Jika kedua-dua lapisan pemimpin ini digabungkan dengan baik, ia akan menjadi adunan yang sukar untuk dihadapi BN.

12. Patahkan pembohongan dan propaganda BN

Satu daripada senjata berkesan yang digunakan BN menjelang PRU-13 ialah ‘gertakan’ yang menunjukkan bahawa Melayu di negara ini akan hilang hak di bawah kerajaan PR.

Pengundi ditakut-takutkan dengan DAP dan pemimpinnya dilemparkan dengan bermacam tuduhan, antaranya pemimpin DAP dituduh Komunis, mahu membentuk negara Kristian, anti-Islam dan anti-Melayu. Propaganda ini lebih jelas dilihat pada media arus perdana Melayu, iaitu Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3 dan RTM.

PR mula berusaha membasmi semua pembohongan dan propaganda yang disebarkan BN menerusi media sosial dan online. Tetapi masih banyak yang perlu dilakukan. Lebih banyak mesej kreatif dan saluran diperlukan untuk memadamkan kebimbangan sejumlah besar Melayu dan meyakinkan mereka bahawa hak dan kehidupan mereka tidak akan merosot di bawah PR sebaliknya akan menjadi lebih baik.

Rumusan

Jika PR mampu menangani setiap satu cabaran yang digariskan di atas, saya yakin ia akan berada dalam kedudukan yang baik untuk menawan Putrajaya pada PRU-14 dengan setiap parti menyumbangkan kekuatan masing-masing dan meningkatkan daya tarikan PR secara umum.-Roketkini.com


Friday 4 September 2015

KOS KLCC YANG SEBENAR HAMPIR RM 10 BILION.

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek KLCC, yang merangkumi pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan-bangunan serta segala infrastruktur lain disekitar tanah bekas lumba kuda di Jalan Ampang itu. Surat khabar “Harakah” dalam satu keluaran lalu ada menyebut bahawa kos Menara Kembar itu ialah RM 1.8 bilion. Ada akhbar lain pula menyebut RM 4.8 bilion sebagai kos KLCC keseluruhannya. Jangkaan-jangkaan ini adalah jauh sekali dari angka sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION.

Perkara ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan pembaziran wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah, sebenarnya, kepunyaan rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-

1. SIAPA SEBENARNYA YANG KONTROL PETRONAS?

Sungguhpun saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan Menteri Kewangan (1%), apabila orang-orang pergi mengadu kepada Dato’Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan dan TPM pada masa itu, yang projek KLCC itu adalah satu pembaziran besar, beliau dilaporkan telah menjawab lebihkurang seperti berikut, “ Petronas adalah seratus peratus dibawah Perdana Menteri. Jadi dalam perkara ini saya tidak boleh komen pun, jangan kata nak buat apa-apa”.

Adalah satu pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi, Pengarah-Pengarah, Presiden, dan Naib-Naib Presiden Petronas perlu kelulusan Perdana Menteri (secara lisan atau bertulis, saya tidak tahu). Mana-mana dari mereka yang ingkar dengan kehendak PM sudah tentu tidak boleh bertahan lama.

2. ADAKAH PETRONAS PERLU PROJEK KLCC ?

Jawabnya TIDAK, kerana Petronas sudah ada Dayabumi, dan telah pun membeli dua bidang tanah besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan bila perlu untuk menempatkan kakitangan-kakitangannya yang kian bertambah, dan yang sedang menyewa ruang pejabat dibeberapa bangunan di sekitar bandaraya KL. Satu bidang tanah itu terletak dipersimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit Bintang yang diberi nama “ Prince Court “, dan yang satu lagi ialah bekas tapak British Council diJalan Ampang dibelakang Yow Chuan Plaza.

Lagi pun, pihak Pegurusan Petronas telah beberapa kali sebelum itu mengumumkan dengan tegasnya kepada kakitangan bahawa hartanah tidak termasuk dalam senarai perniagaan asas (“core business”) syarikat, apabila kakitangan meminta mengekalkan atau menambah perumahan yang disediakan untuk keperluan kakitangan di Kerteh, Bintulu, dan lain-lain, dimana tidak cukup rumah-rumah untuk disewa dengan harga sederhana. Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan akan dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan “core business” Petronas.

Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah Petronas untuk melabur secara besar-besaran dalam projek hartanah yang digelar KLCC itu adalah atas desakan orang yang lebih berkuasa dari pihak Pengurusan Petronas, iaitu PM.

3. BAGAIMANA CARA PETRONAS DIPAKSA MEMAJUKAN KLCC?

Petronas terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC Holdings yang sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat ANANDA KRISHNAN (40% lebihkurang), dan sebuah syarikat lagi (saya tidak ingat namanya, tetapi kepunyaan kroni jua). Ananda Krishnan adalah seorang kroni Dr Mahathir yang besar.

Hampir semua wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari Petronas, samada sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman; ANANDA KRISHNAN sebagai pengambil untung saja.

4. BAGAIMANA KOS KLCC NAIK SAMPAI HAMPIR RM 10 BILION?

4.1  KOS TANAH: RM 900 JUTA
Petronas telah diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda dari syarikat kepunyaan ANANDA KRISHNAN dengan harga RM 900 JUTA, walaupun ANANDA KRISHNAN telah membeli tanah pertanian itu dengan harga lebihkurang RM 300 juta hanya setahun sebelum itu, dan telah tukar syarat kegunaan kepada komersial. Jika ditolak kos penukaran syarat, serta faedah keatas pinjaman wang dari bank, kita boleh jangkakan bahawa ANANDA KRISHNAN telah diberi keuntungan tidak kurang dari RM 400 JUTA oleh Dr Mahathir, melalui Petronas.

Untuk menutup peranannya dalam hal ini, semua arahan PM kepada Petronas adalah secara lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan meluluskannya  dengan resmi, lengkap dengan kertas cadangan yang menggambarkan keuntungan yang bakal diperolehi Petronas dari projek KLCC itu,

Harga RM 900 juta ini dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping cek sahaja, setelah dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA KRISHNAN sendiri, yang datang keDayabumi dengan seorang pegawainya untuk tujuan tersebut, pada suatu hari masa Pengerusi dan Presiden Petronas tidak ada dalam negeri..

4.2   KOS MENARA KEMBAR SAHAJA: HAMPIR RM 4 BILION
Kos bangunan tertinggi didunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah RM 2.3 BILION, sebelum termasuk kos persiapan dan pemasangan alat-alat disebelah dalam, yang menelan belanja lebihkurang RM 1 BILION lagi.

Konsortium untuk Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR.

Konsortium untuk Menara Dua mempunyai syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR LELAKI KEPADA DR MAHATHIR.

Selain daripada itu, semua anak-anak syarikat Petronas yang berpindah ke Menara Satu tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah dipaksa membeli “workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang dipunyai majoritinya oleh MIRZAN BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti Hasmah, saya dengar. Dengan harga RM 10,000 tiap-tiap sebuah “workstation”, dan memandangkan ada lebihkurang 5,000 kakitangan Petronas diMenara Satu, maka kontrak ini bernilai lebihkurang RM 50 JUTA. Dari segi mutu,harga ini dianggap ramai sebagai luarbiasa tingginya.

Selain daripada “workstation”, bilik pengurus -pengurus dilengkapi dengan perabut dari luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM 70,000 sebilik. Untuk pengurus besar-pengurus besar pula RM 138,000 sebilik; dan untuk Naib-Naib Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih tinggi lagi (ma’af, saya tidak ada maklumat tepat). Selain daripada itu ada beratus bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan didharabkan semua bilik-bilik ini, maka kita mendapati kontrak yang bernilai LEBIH DARI  RM 200 JUTA, terutama sekali kalau diambil kira perabut untuk ARAS 86, DIMANA DIBINA KHAS UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU, BILIK MESYUARAT, dll. Siapa punya syarikat pembekal perabut-perabut ini, saya tidak tahu, tetapi dari segi harga yang amat luarbiasa tingginya yang Petronas telah terpaksa membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari suku sakat atau kroni Dr Mahathir

Dari satu sudut, mengadakan PEJABAT UNTUK DR MAHATHIR di aras 86 Menara Satu JELAS SATU LAGI PEMBAZIRAN, kerana dilapurkan menelan perbelanjaan berjuta Ringgit.. Tak cukupkah yang mewah diPutra Jaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu untuk memberi keuntungan besar lagi kepada sukusakat dan/atau kroni.

Tiap-tiap satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah 1.85 juta kakipersegi.(kpsg) DiMenara Satu, hampir tiap-tiap aras dipasangkan dengan permaidani (yang dikatakan susah terbakar) yang berharga RM 70-90 tiap satu kpsg ( sungguh terkejut manusia apabila mendengarnya!!). Kalaulah hanya 1.5 juta kpsg dihiaskan dengan permaidani ini, maka kontrak pembekalan dan pemasangannya bernilai lebih RM 100 JUTA. Ramai kakitangan Petronas menyebut-nyebut bahawa syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai oleh ANAK-ANAK MAHATHIR.

Tidak ada maklumat tentang permaidani di Menara Dua; Petronas ada satu anak syarikat sahaja yang menduduki disitu. Ruang lain samada disewa kepada syarikat lain atau masih kosong ---- KEBANYAKANNYA MASIH KOSONG KERANA TIDAK LAKU DISEWA!!

DiAras 41, 42, dan 43 terdapat MALAYSIAN PETROLEUM CLUb, yang amat mewah sekali perhiasannya, menelan belanja berpuluh juta ringgit (dengar-dengarnya, lingkungan RM 30 JUTA).
 
4.3   KOS  TAMAN KLCC: RM200 JUTA
Yang peliknya konsultan dari Brazil yang diberi kontrak untuk merekabentuk dan membina taman seluas 50 ekar ini. Pada mulanya semua pokok yang ditanam diimport dari Brazil, dan semuanya MATI. Jadi akhirnya diganti dengan pokok tempatan.

Tentulah lebih murah jika pakar dan pokok tempatan digunakan. Lagipun, kos penyenggaraan taman ini dilaporkan sebanyak RM7 JUTA SEBULAN !! Kalau kroni tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, mithalnya, yang biasanya berharga RM200-300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.

4.4  KOS DEWAN SIMFONI FILARMONIK: RM500 JUTA
Dewan ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing digajikan oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 JUTA !!.

4.5   KOS LOJI “GAS DISTRICT COOLING (GDC)”: RM300 JUTA
Loji ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat-alat hawa dingin bagi seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan lagi dengan belanja lebihkurang RM80 juta.

4.6   BAGAIMANA BAKI LEBIH DARI RM4 BILION DIBELANJAKAN?
Ini merangkumi membiayai kos bangunan-bangunan dan infrastruktur berikut:-

? bangunan pejabat Esso (40 tingkat);

? bangunan hotel Mandarin Oriental (yang amat mewah bertaraf antarabangsa; berpuluh tingkat); kos dianggap beberapa ratus juta Ringgit;

? bangunan pencakar langit MAXIS, untuk kegunaan syarikat Ananda Krishnan;

? bangunan kompleks membeli-belah KLCC SURIA;

? kemudahan letak kereta bawah tanah 5-tingkat, untuk 5,000 kereta;

? rangkaian jalan diatas dan dibawah tanah serta terowong untuk menghubungkan KLCC dengan Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Ampang, serta dengan lebuhraya baru yang sedang dibina diatas Sungai Kelang (melalui terowong terus ke tempat letak kereta bawah tanah KLCC), termasuklah peningkatan taraf sebahagian Jalan P. Ramlee, dan beberapa jalan baru disekeliling KLCC;.

? Sebuah mesjid saiz sederhana yang berhawa dingin (pada mulanya Ananda Krishnan tidak bersetuju dengan pembinaan mesjid ini, kononnya tidak membawa keuntungan kepada KLCC Holdings !!).

Adalah dilaporkan banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang perlu dikeluarkan oleh KLCC Holdings kerana banyak pertukaran dibuat kepada bangunan-bangunan dan infrastuktur.

5. MENGAPAKAH KAKITANGAN PETRONAS DIPAKSA MENDUDUKI MENARA KEMBAR DALAM KEADAAN BELUM SIAP DAN MERBAHAYA?

Ini menjadi tandatanya, kerana ramai kakitangan Petronas telah diarahkan berpindah dari Dayabumi pada masa Menara Kembar masih lagi belum siap, dan tiada siapa yang sedang menunggu untuk mengambilalih ruang pejabat mereka diDayabumi itu. Hasilnya ramai dari mereka mengalami banyak peristiwa cemas dan ngeri apabila kerap terperangkap dalam lif dalam keadaan gelap dan lemas, daripada beberapa minit sehingga satu jam setengah!! Mereka terpaksa bekerja dalam keadaan bising dan berhabuk kerana kerja-kerja menyiapkan bangunan itu masih berjalan dengan rancaknya, dan menanggung kesulitan-kesulitan lain seperti kegagalan alat komunikasi, sistem komputer, dan juga kesulitan makan dan minum.

Memang diketahui ramai, pembinaan Menara Kembar itu telah jauh terlewat dari jadual yang telah dikontrakkan. Maka biasanya kontraktor kena bayar denda. Tetapi sukusakat Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam kontrak-kontrak ini. Jadi apa nak buat? Satu teori mengatakan bahawa satu jalan keluar ialah untuk Petronas menduduki menara-menara itu lebih awal maka, dari segi kontrak, dapat diibaratkan tiada kelewatan.

Pihak Pengurusan Petronas biasanya amat prihatin dengan keselamatan kakitangannya, sehingga rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat banyak demi keselamatan kakitangan, orang awam, dan juga alam sekitar. Inilah satu-satunya nilai terpuji yang telah menjadi adat resam Petronas dari dahulu lagi. Jadi mengapakah pihak Pengurusan Petronas bersetuju mengambil risiko yang sebegitu rupa pada kali ini? Tentulah ada sesuatu luar biasa yang menekan pihak Pengurusan Petronas.

6. BERAPAKAH KOS PENYENGGARAAN/OPERASI KLCC SETAHUN?

Dengar-dengarnya, lebihkurang RM 250 JUTA SETAHUN melibati Menara Kembar dll (RM9 juta sebulan), Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan gaji ahli muzik asing (RM5 juta sebulan). (Orang Petronas/KLCC diminta perbetulkan jika silap.)

Kalau tak silap, perbelanjaan tahunan beberapa negeri diSemenanjung ini tidak sampai ketahap ini !!

APAKAH MANFAAT KEPADA NEGARA JIKA PROJEK KLCC TIDAK WUJUD?

1. Petronas mungkin tidak perlu meminjam wang sebanyak RM 10 bilion. Mengikut Laporan Tahunan Petronas terkini, hutang Petronas sekarang berjumlah RM30 bilion.

2. Wang RM10 bilion boleh membiayai 1,000 km lebuhraya, atau 30-40 buah universiti, atau 40-50 hospital besar, atau 1,000 sekolah rendah, atau 350,000-400,000 rumah kos rendah, maka dengan sekali gus mengatasi semua masalah perumahan 2 juta rakyat.
 
APAKAH TUJUAN SEBENAR PROJEK KLCC?

Dari fakta-fakta diatas telah jelas kelihatan bahawa tujuan utama projek mewah dan mega ini ialah untuk menfa’atkan sukusakat dan kroni Dr Mahathir.

Untuk mengkaburi mata rakyat, mereka disuruh bermegah dengan kejayaan kerajaan BN membina bangunan tertinggi didunia. Kononnya untuk memashhorkan negara dan menarik pelancung.

Takkan kita tak tahu ada banyak cara yang jauh lebih murah untuk menarik pelancung (mithalnya membina infrastruktur dan kemudahan yang cukup untuk “ecotourism”, kerana amat banyak potensinya diMalaysia ini – kebanyakan pelancung Eropah dan Amerika mencari pengelaman yang berlainan dari kehidupan mereka harian dicelah bangunan tinggi-tinggi…Lagi satu keperluan ialah meningkatkan keselamatan, kemudahan dan keselesaan pelancung dengan membina merata-rata tandas awam percuma yang bersih, hotel-hotel murah yang bersih, sistem pengangkutan awam yang senang digunakan oleh pelancung, rangkaian pondok informasi yang cukup –lihat keadaan diAmsterdam mithalnya……). Dan satu cara paling berkesan memashorkan negara ialah dengan wujudnya kerajaan yang bersih dari kezaliman, rasuah, nepotisme dan kronisme , dan memprojek imej sebuah negara yang menghormati hak asasi rakyat dan pelawat, yang mempunyai sistem kerajaan, sosial dan keselamatan yang cekap dan bersih!!

Kalaulah tidak kerana pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang bercorak mega-mega, Malaysia mungkin dua kali ganda lebih maju dari sekarang.

Wallahu a’lam.
sumber : minda rakyat


Thursday 3 September 2015

Bot bawa 100 pendatang karam di Sabak Bernam

SABAK BERNAM: Sejumlah 20 mayat telah ditemui pasukan pencari dan penyelamat dalam kejadian bot karam di perairan Sabak Bernam.

Ketua Operasi Penolong Penguasa Bomba Abd Nasir Jalil berkata mayat yang ditemui telah dihantar ke Jeti Hutan Melintang.

 


Sebuah bot yang membawa kira-kira 100 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) dilaporkan karam pagi tadi.

Kemalangan jam 10.30 pagi itu disedari nelayan yang melalui kawasan berkenaan.

Sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), berkata sebuah kapal ronda APMM Daerah Maritim Klang sudah digerakkan ke lokasi kejadian.


Tuesday 1 September 2015

FAKTA NILAI RINGGIT, HARGA MINYAK &1MDB!!

FAKTANYA ADALAH :-

1. Ramai yang gagal untuk memahami mekanisma kenaikan nilai USD berbanding Ringgit Malaysia.

2. Kenaikan mendadak USD sejak awal tahun ini telah meresahkan sedikit sebanyak rakyat negara ini dan lebih teruk lagi situasi ini telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak anti-kerajaan.

3. Pihak anti-kerajaan ini telah mendakwa kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding USD adalah akibat daripada salah laku Kerajaan yang korup, tidak amanah serta menggelapkan dana awam. Tidak kurang juga tuduhan membabitkan institusi pelaburan kewangan negara, 1MDB yang dikatakan telah menghilangkan sejumlah RM42 Billion .

4. Namun hakikat sebenar adalah terlalu jauh dari tuduhan-tuduhan tersebut.

PUNCA KENAIKAN US DOLLAR.

5. Punca utama peningkatan USD berbanding dengan sejumlah matawang lain di seluruh dunia adalah akibat daripada fenomena yang dikenali sebagai "Dollar Super-Cycle".

6. Fenomena ini berpunca daripada beberapa polisi fiskal Barack Obama yang diperkenalkan selepas krisis ekonomi yang US hadapi pada tahun 2008.

7. Antara polisi fiskal yang diperkenalkan adalah pemotongan cukai terhadap syarikat global dari negara tersebut. Ini telah mengakibatkan beberapa syarikat global menarik semula kilang dan pusat operasi mereka dari negara lain kembali ke negara asal mereka.

8. Polisi yang kedua pula adalah dengan mengurangkan aktiviti ketenteraan mereka di Timur Tengah yang banyak membantu meningkatkan penjimatan perbelanjaan negara tersebut.

9. Pengenalan kepada teknologi carigali minyak yang baru pada tahun lepas juga telah meningkatkan penghasilan minyak mentah negara tersebut kepada 2.5 kali ganda. Ini secara langsung telah meningkatkan bekalan minyak mentah di pasaran melebihi dari permintaan.

10.  Sekaligus ini telah mengakibatkan harga minyak mentah di pasaran menurun dengan sangat mendadak  (USD 110/barrel kepada USD 44/barrel).

11. Gabungan dari semua insiden ini telah melonjakkan ekonomi US sekaligus menigkatkan nilai matawang negara tersebut berbanding dengan beberapa negara lain di seluruh dunia dan bukannya Malaysia sahaja.

KEADAAN EKONOMI NEGARA

12. Ramai juga yang beranggapan bahawa kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding USD adalah indikator ekonomi di negara ini sedang tenat.

13. Namun, tanggapan tersebut ternyata meleset. Beberapa agensi penarafan kewangan dunia seperti Fitch, Moody dan lain-lain telah menaiktarafkan gred kewangan negara ini.

14. Sejak dari krisis ekonomi negara kita yang berlaku pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri selepas beliau telah menyedari bahawa amat bahaya sekiranya negara kita ini terlalu bergantung kepada pelaburan dan pinjaman dari US sahaja. (Walaupun kata-kata Tun Dr. Mahathir ketika itu bersifat anti-US, namun majoriti pinjaman kewangan adalah dari US).

15. Sekiranya berlaku peningkatan matawang USD seperti mana yang berlaku pada era tersebut, hutang negara juga akan meningkat akibat daripada perbezaan nilai matawang.

16. Langkah yang diambil sejak dari krisis tersebut adalah untuk mengubah polisi fiskal negara dengan melakukan pinjaman dari luar negara kepada pinjaman dalaman.

17. Langkah ini ternyata berkesan apabila sekali lagi krisis ekonomi dunia pada tahun 2008, Malaysia tidak terkesan seperti mana negara-negara lain.

18. Ditambah lagi dengan polisi Dato' Sri Najib Tun Razak dengan mengambil langkah untuk melakukan kerjasama pelaburan dengan China pada awal beliau memegang tampuk pemerintahan negara.

19. Beliau sekali lagi melebarkan jalinan ekonomi negara ke Timur Tengah dengan menarik pelabur dari Qatar, Saudi Arabia dan Emiriah Arab Bersatu.

20. Jalinan ekonomi ini beserta dengan polisi pinjaman dalaman telah menyelamatkan negara di waktu nilai matawang USD mengalami kenaikan mendadak.

21. Sekiranya dua dasar utama ini tidak dilaksanakan oleh Dato' Sri Najib, nescaya Malaysia akan mengalami krisis ekonomi yang lebih teruk dari tahun 1998 dahulu. Namun, faktor ketiga yang mempengaruhi ekonomi negara yang dalam proses penyelesaian adalah kebergantungan negara kepada hasil petroleum.

JALAN KELUAR UNTUK MALAYSIA

22. Kebergantungan ekonomi negara dengan hasil petroleum juga adalah amat membimbangkan. Suatu jalan keluar perlu difikirkan agar negara kita tidak bergantung hanya dengan hasil petroleum sahaja.

23. Almarhum Raja Abdullah, Raja Saudi Arabia sebelum ini telah sempat berbincang dengan Dato' Sri Najib tentang kerisauan baginda terhadap bekalan petroleum negara baginda yang semakin berkurangan. (Baki 260 trillion tong sahaja)

24. Negara Islam perlu beralih dari kebergantungan kepada hasil petroleum dan menceburkan diri dalam bidang ekonomi yang lain. Maka, bidang ekonomi yang paling sesuai difikirkan antara mereka berdua adalah bidang pelaburan kewangan seperti mana dilakukan oleh negara-negara eropah.

25. Hasil dari perbincangan tersebut, Dato' Sri Najib telah mengilhamkan 1MDB sebagai syarikat pelaburan kewangan Islam milik negara.

26. Dengan berasaskan model pinjaman, 1MDB menghasratkan untuk menjana kewangan negara melalui pelaburan kewangan. Langkah-langkah utama yang diambil oleh 1MDB adalah untuk menguasai pasaran tenaga dalam dan luar negara.

27. Kini dengan penguasaan stesen janakuasa elektrik di dalam negara, Malaysia mampu untuk membekalkn tenaga elektrik tanpa perlu menaikkan harga seunit elektrik yang dibekalkan kepada rakyat.

28. Apabila 1MDB telah mencapai tahap matang, ia mampu untuk menjadi hasil utama negara menggantikan hasil petroleum yang terlalu bergantung kepada keadaan pasaran dunia.

29. Namun, belum sempat 1MDB menjadi suatu kuasa kewangan yang menyeluruh, syarikat ini telah diserang oleh pembangkang dan mereka yang takut dengan potensi 1MDB apabila ia berjaya kelak.