Thursday 29 October 2015

Azmin Ali makin menggila dan memerintah secara KUKU BESI?!!..

Selangorku Kini dibawah pemerintahan kuku besi Azmin Ali
MAKIN menggila, kerajaan PKR dan DAP Selangor hari ini semua nak dinaikkan lepas TOL di naikkan SEWA TAPAK PASAR MALAM pun di paksa untuk di naikkan dan lepas tu boleh lah salahkan BN macam BN pulak yang perintah negeri Selangor ni.

Surat yang telah diterima oleh para peniaga pasar malam iaitu 90% daripadanya adalah peniaga orang Melayu, mendesak supaya para peniaga membayar sewa tapak pasar malam dengan kadar sewaan yang baru berharga RM144 setahun.

Dengan tambahan bayaran fi proses lewat sebanyak 10% dari kadar fi lesen.

Dahsayat Kerajaan Selangor nak cari duit buat isi kantong masing-masing. Peniaga Melayu terus diperah tanpa memikirkan kesengsaraan mereka.

Katanya negeri berkebajikan tapi apa yang kebajikan? KEBAJINGAN adalah!

Tekan lagi orang MELAYU! Desak lagi orang MELAYU!

Hanya itu jelah kelebihan yang ada pada kerajaan negeri Selangor hari ini yang bertuankan DAP yang sememangnya anti Melayu dan anti Islam.

Maka boneka-boneka Melayu dalam PKR, PAS, PAN terus membisu dan buat-buat pekak sebab takut hilang kuasa dan dipinggirkan oleh DAP.


Dato' Seri Ismail Sabri isu pengharaman vape dikaji dan diteliti!!

"Dato' Seri Ismail Sabri isu pengharaman vape dikaji dan diteliti kerana kajian yang dibuat di Brittain ia langsung tidak membahayakan kesihatan"

LONDON: Rokok elektronik atau e-rokok harus disyorkan kepada perokok untuk membantu mereka menghentikan tabiat itu, cadang pakar-pakar kesihatan awam Britain dalam satu kajian.

Kajian yang dilakukan oleh Public Health England (PHE) itu mendapati bahawa menyedut wasap (vaping) e-rokok adalah 95 peratus kurang berbahaya berbanding menghisap rokok biasa.

Menurut kajian penulis bersama Prof Ann McNeill dari King’s College London, peranti berkuasa bateri itu yang mensimulasikan perasaan merokok tetapi dengan nikotin disedut dalam bentuk asap, boleh menjadi ‘faktor pengubah dalam kesihatan awam’.

Merokok adalah punca utama kematian yang boleh dicegah di England dan ia menyebabkan lebih 80,000 kematian setahun, mengikut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan.

Satu daripada lima orang dalam populasi Britain, didapati merokok.

Pengarah Kesihatan PHE Prof Kevin Fenton, berkata e-rokok bukannya benar-benar bebas daripada risiko, jika dibandingkan dengan merokok, tetapi ada bukti menunjukkan ia hanya membawa sebahagian kecil daripada kemudaratan menghisap rokok biasa.

Vaping adalah tabiat yang kurang dipilih berbanding merokok secara tradisional, dengan anggaran 2.6 juta penduduk di Britain menggunakan rokok elektronik.

Pada masa ini, tiada satupun daripada peranti yang dijual telah dilesenkan untuk tujuan perubatan di Britain. Ini brmakna golongan doktor tidak boleh mengesyorkannya kepada pesakit.
Bagaimanapun, bertentangan dengan persepsi awam, kajian itu mendapati bahawa e-rokok tidak membahayakan kesihatan dengan cara yang sama seperti rokok biasa.


Monday 19 October 2015

NAZIR : PRODUK "DEFECT" TUN RAZAK?

NAZIR : PRODUK "DEFECT" TUN RAZAK?
Oleh Lokman Adam

Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan Nama.  Jika disebut tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB), nama pertama yang sudah pasti terpancar dalam ingatan kita ialah Allahyarham Tun Razak.  Tokoh yang bertanggungjawab merapatkan jurang perbezaan ekonomi Melayu dengan bangsa lain.  Sungguhpun, matlamat Bumiputra menguasai 30% ekuiti dalam negara ini masih belum dicapai, namun tidak mungkin ekuiti Melayu yang hanya 2.33% pada tahun 1969, boleh meningkat lebih 10 kali ganda sekarang tanpa idea DEB Tun Razak.

Sungguhpun begitu, tidak semua yang dihasilkan oleh Tun Razak itu sempurna.  Setiap hasil keluaran mana-mana kilang sekalipun pasti ada yang "defect" (cacat). Secara peribadi, saya berasakan Nazir Razak adalah satu-satunya produk "defect" tokoh berjiwa rakyat, Tun Razak.  Kalau Tun Razak masih hidup, pasti beliau bersedih kerana salah seorang dari anaknya, gagal menjiwai Dasar Ekonomi Baru yang beliau ilhamkan. 
Malah, hari ini Nazir tergamak berkerjasama dengan DAP yang jelas mahu menghapuskan hak istimewa Melayu dan DEB.

Apa lagi yang Nazir mahu? Sehingga tergamak untuk membuka laluan bagi Lim Guan Eng membelasah abang kandungnya sendiri dan 1MDB di Oxford? Pilu hati saya bila membaca ucapan Guan Eng yang menyatakan terima kasih kepada adik Perdana Menteri kita ini.......

"I have the honour of being hosted by the Blavatnik School of Government, Oxford University, thanks to Datuk Seri Nazir Razak" – http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/penang-a-high-income-model-for-malaysia-through-inclusive-growth-lim-guan-e#sthash.AIaQnOnI.dpuf

Sejak tahun 2010 lagi Nazir sudah mula memperlihatkan gaya pemikiran "Melayu Liberal" beliau dan lantang mengetengahkan idea meritokrasi, bagaikan semua Melayu mempunyai peluang dan layanan yang sama seperti apa yang beliau perolehi.  Tanpa mengambil kira nasib Melayu yang tidak membesar dengan sudu perak, Nazir sering menekankan betapa ruginya kerajaan yang dilihat terlalu 'memanjakan' kaum Melayu dengan limpahan bantuan sehingga membantutkan kemajuan negara kononnya.

Lihat sahaja pada kelantangan beliau menyelar DEB di hadapan hampir 500 peniaga Cina di Kongres Ekonomi Cina sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan bahawa DEB seolah-olah telah di "Bastardisation" (diharamjadahkan).  Bagaimana seorang anak tergamak mengeluarkan perkataan sedemikian rupa ke atas idea bapanya?  Apa sebenarnya masalah Nazir?  Beliau sepatutnya mencontohi kegigihan kedua-dua individu terdekat dengannya dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputra.  Bukan menutup mata dan berterusan mengagungkan pemimpin DAP yang meletakkan matlamat menghapuskan DEB dan hak istimewa Melayu sebagai agenda mereka.  Kalau hendak dikatakan "defect" ini berpunca daripada kemewahan yang beliau perolehi melalui harta peninggalan Tan Sri Noah dan ayahnya pula seorang Perdana Menteri, kenapa semangat membela nasib Melayu itu masih membara dalam jiwa Najib dan adik-beradik beliau yang lain?

Utusan Malaysia dan NGO Melayu juga turut menjadi sasaran Nazir dalam menonjolkan wajah Melayu Liberalnya.  Beliau bagaikan "take team" (berkerjasama) dengan pembangkang melontarkan kecaman ke atas tulisan yang disiarkan oleh Utusan.  Namun. bila akhbar-akhbar lain menyiarkan tulisan yang jauh lebih rasis, diam pula Nazir seribu bahasa. 

Tidak cukup dengan itu, instagramnya kini,  digunakan sehabis baik untuk berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan menghentam 1MDB dan memperlekeh abangnya sendiri.   Inikah sikap professional dan keperibadian yang hendak ditunjukkan oleh CEO sebuah Bank yang terkemuka di negara ini?  Proses penyiasatan ke atas 1MDB pun hendak dipertikaikan.  Sempurna sangatkah kamu wahai Nazir?  Pengurusan CIMB sudah terlalu mantap ke?  Sibuk sangat nak bela nasib rakyat, nasib pekerja CIMB sudah terbela ke?  Dan jangan sampai orang mula cungkil kenapa kamu beria-ia melobi supaya Azman Mokhtar dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua atau Menteri yang menjaga EPU.

Nampaknya Nazir kini semakin jauh menyimpang dari agenda ayahnya.  Jika Tun Razak banyak membantu orang Melayu dengan mewujudkan Felda umpamanya, kini Nazir pula rancak membantu DAP.  Jika dulu CIMB hanya sekadar membeli ruang iklan (melalui agen) di laman Malaysiakini, kini CIMB sudah semakin berani untuk menjadi penaja bersama program-program yang dianjurkan oleh DAP.  Patutlah pemikiran beliau kebelakangan ini semakin mirip pemikiran pemimpin DAP.

Kepimpinan Nazir dalam menguruskan CIMB juga sebenarnya telah lama dipertikai.  Bukan hanya dari pihak luar, namun dari kakitangannya sendiri. Pada tahun 2012, kira-kira 1,000 kakitangan CIMB telah berpiket di hadapan Menara CIMB atas kegagalan Nazir menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Jika Nazir ini bersih sangat, takdelah mereka yang berpiket itu mempersoalkan pembelanjaan jutaan ringgit bagi pelbagai majlis yang hanya menaikkan nama beliau, sedangkan Bonus Prestasi PMS kepada pekerja dibayar pada kadar yang rendah. Itu belum lagi saya huraikan nasib pekerja Melayu CIMB yang semakin gagal dibela sejak Nazir menjadi CEOnya.

Nasihat saya pada Nazir, sebelum sibuk jaga tepi kain orang, uruskanlah dulu CIMB itu dengan sebaiknya.  Buatlah persiapan sekiranya ahli-ahli Parlimen kita bersetuju untuk menandatangani TPPA.  Cabaran sudah pasti lebih getir.  Kalau dah terlalu banyak masa yang terluang, gunakanlah kepakaran yang ada pada kamu untuk menjalankan tanggungjawab kamu sebagai Ahli JKE.  Berikan idea yang terbaik dalam usaha mengukuhkan ekonomi dan matawang kita.  Buktikan kepada dunia bahawa CIMB menjadi teguh kini bukan kerana kerja-kerja yang diberikan oleh Azman Mokhtar, tetapi CIMB kukuh kerana mempunyai CEO yang hebat.  "Prove to the World that you are not a defect product of Tun Razak".

3.55am 20/10/2015


Sunday 18 October 2015

Menjawab Fitnah terbaru SR!!

18 Oct 3015:-
Fitnah terbaru SR, tiada bukti Lembaga Pengarah diketepikan

1. Sehingga kini pertaruhan terbesar Sarawak Report (SR) dan pengkritik 1MDB dalam plot MENJENAYAHKAN NAJIB hanya berkisar kepada satu komponen perniagaan 1MDB, iaitu pelaburan AS$1.83 bilion di dalam usahasama dengan PetroSaudi.

2. Ini boleh difahami kerana tidak mudah untuk SR berbohong mengenai komponen perniagaan 1MDB yang lain, iaitu Edra Energy Global dalam bidang tenaga dan pembangunan hartanah melibatkan Tun Razak Exchange (TRX) serta Bandar Malaysia, lebih-lebih lagi apabila pelan rasionalisasi 1MDB menunjukkan perkembangan yang menggalakkan.

3. Bagaimanapun SR cuma mampu mengitar semula data dan maklumat lama yang diterima daripada Justo. SR tidak mempunyai cerita baru kerana mereka tidak mempunyai sebarang bukti kukuh yang boleh mengaitkan 1MDB dengan penyelewengan wang, penggubahan wang haram dan sebarang salah laku.

4. Baru-baru ini SR menyiarkan dokumen yang membuktikan Jho Low adalah penasihat Terengganu Investment Authority (TIA). Seolah-olah ini satu pembongkaran yang MAHA BESAR. Sedangkan tiada siapa yang menafikan hubungan Jho Low dengan kerajaan Terengganu dan TIA. Jho Low sendiri tidak pernah menafikan dan mengakui bahawa dia pernah dilantik sebagai penasihat TIA. Jho Low telah meletak jawatan sebagai penasihat TIA pada bulan Mei 2009, sebelum TIA diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan bertukar nama kepada TIA. Apa yang SR gagal siarkan adalah bukti pelantikan secara rasmi Jho Low sebagai penasihat, ahli lembaga pengarah mahupun sebarang jawatan di dalam 1MDB.

5. SR mengulangi tuduhan bahawa Good Star adalah syarikat Jho Low. Sekali lagi tiada sebarang bukti yang kukuh seperti sijil pendaftaran syarikat dan maklumat pemegang saham Good Star disiarkan. Sedangkan PetroSaudi telah membuat kenyataan menafikan tuduhan SR,  melaporkan penipuan ini kepada Polis London dan menunjukkan bukti bahawa Good Star adalah anak syarikatnya.

6. Paling penting, SR juga cuba menggambarkan wang AS$1.83 bilion ini lesap tanpa menunjukkan bukti ke mana wang ini telah pergi. Kononnya wang ini diambil oleh Jho Low, membeli rumah mewah di New York, membiayai filem Riza Aziz di Hollywood, kemudiannya masuk ke dalam akaun Najib. Sedangkan penyata kewangan diaudit 1MDB menunjukkan pelaburan ini tidak berkurangan sebanyak AS$700 juta, sebaliknya bertambah menjadi AS$2.318 bilion. Bukan sahaja tiada dana yang hilang, malah keseluruhannya telah digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB; pengeluaran pertama pada tahun 2014 dan penebusan kedua pada tahun 2015.

7. Kemudian SR cuba menggambarkan bahawa usahasama dengan PetroSaudi dibuat tanpa persetujuan Lembaga Pengarah. SR mendedahkan sebahagian daripada kandungan minit mesyuarat untuk menunjukkan kononnya mereka menyatakan perkara yang benar. Namun apa yang SR gagal buktikan melalui pendedahan minit ini adalah tiada sebarang kenyataan yang menunjukkan bahawa Pengerusi dan Lembaga Pengarah tidak bersetuju dengan perjanjian dan usahasama dibuat. Malah dimaklumkan bahawa setiap butir perjanjian usahasama ini telah dibentangkan kepada Lembaga Pengarah, telah diteliti dan dipersetujui oleh mereka.

8. SR dalam laporannya cuba menggambarkan PetroSaudi sebagai sebuah syarikat yang kecil dan tidak boleh diyakini. Sedangkan PetroSaudi adalah sebuah syarikat eksplorisasi dan pengeluaran minyak ternama yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan mempunyai ibu pejabat di London, United Kingdom, Riyadh, Arab Saudi dan Geneva, Switzerland. PetroSaudi mempunyai pelbagai projek di Timur Tengah, Amerika Latin, Afrika dan beberapa rantau strategik. PetroSaudi juga memiliki kapal dan melaksana operasi cari gali minyak, yang pertama PetroSaudi Saturn, dibina pada tahun 1983 oleh Keppel Fels, Singapura dan beroperasi sejak 2010. Kedua, PetroSaudi Discoverer, dibina pada tahun 1977, berkapasiti kasar 5,897 ton dan boleh mencari gali sedalam 20,000 kaki ke dalam paras laut. 

9. Selain cuba memperkecilkan PetroSaudi, SR juga cuba mempertikaikan penilaian aset PetroSaudi yang dibuat oleh Dr Edward L Morse dan Dr Daniel P Ahn. SR mungkin tidak sedar bahawa Dr Morse mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai penganalisis dalam sektor minyak dan gas antarabangsa. Manakala Dr Ahn pula mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang yang sama. SR juga gagal menunjukkan sebarang bukti dan laporan yang menyanggah penilaian yang dibuat oleh Morse dan Ahn, yang merupakan seorang juru nilai petroleum dan gas yang profesional, dihormati oleh industri dan mempunyai track record yang cemerlang.

10. Walaupun apapun spin terbaru SR, berputar, berpintal dan berbelit, cuba mengaitkan dana 1MDB dengan pelbagai akaun dan individu, serta pelbagai salah laku, namun hakikat yang jelas - jika BENAR AS$700 juta lesap daripada pelaburan AS$1.83 bilion dalam PetroSaudi ini, pasti baki wang pelaburan hanya AS$1.13 bilion BUKAN AS$2.318 bilion. Jika usahasama ini merupakan satu penipuan, maka ia mungkin satu 'penipuan' yang menguntungkan kerana tiada wang yang lesap malah beroleh keuntungan sebanyak AS$488 juta.


Saturday 17 October 2015

Ceritera sebilah KERIS...

Pada zaman kerajaan dahulu di jawa, keris-keris ber-luk 5 hanya boleh dimiliki oleh raja, pangeran dan keluarga raja, dan para bangsawan yang memiliki kekerabatan atau memiliki garis keturunan raja, bupati dan adipati. Selain mereka, tidak ada orang lain yang boleh memiliki atau menyimpan keris ber-luk 5.

Demikianlah aturan yang berlaku di masyarakat perkerisan jaman dulu. Keris ber-luk 5 hanya boleh dimiliki oleh orang-orang keturunan raja dan bangsawan kerabat kerajaan, memiliki kemapanan sosial dan menjadi pemimpin di masyarakat. Dengan kata lain, keris ber-luk 5 disebut juga Keris Keningratan.

Biasanya keris ber-luk 5 dibuat untuk tujuan memberikan tuah yang menunjang wibawa kekuasaan dan supaya dicintai / dihormati banyak orang. Keris-keris jenis ini diciptakan untuk menjaga wibawa dan karisma keagungan kebangsawanan / keningratan, dihormati dan dicintai rakyat dan bawahan, dan menyediakan kesaktian yang diperlukan untuk menjaga wibawa kebangsawanan itu.




KERIS 2314 mewarisi semangat kepahlawanan bangsa Melayu iaitu:

1. Berani.
2. Tangkas.
3. Bijaksana.
4. Satria.
5. Mahir bertarung.
6. Berjiwa mulia.
7. Beradab dan bersopan-santun.
8. Menyanjungi adat dan nilai-nilai perjuangan bangsa.

KERIS ini saya tafsirkan sebagai:-
1.Kekuatan
2.Empati
3.Rasional
4.Iltizam
5.Serang

ikuti siri seterusnya nanti..



Posted via Blogaway


Friday 16 October 2015

NOH DESAK AZMIN UMUM KEUNTUNGAN TOL DI SELANGOR!

Isu Kenaikkan Tol??..

1- Saya terpanggil untuk mengulas tentang kenaikkan harga tol yang melibatkan konsesi lebuhraya yang 12 daripada lebuhraya terlibat berada di Selangor.

2- YAB Menteri Besar Selangor YB Azmin Ali jangan cuba bermain wayang bertindak seperti seorang wira dalam memperjuangkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan Kerajaan Selangor tidak bersetuju dengan kenaikkan harga tol.

3- Umum mengetahui PKNS dan KPS masing-masing memiliki saham minoriti 30 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya Kesas dan 20 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya Sprint.

4- Saya mendesak supaya Kerajaan Selangor segera mengumumkan keuntungan yang telah mereka perolehi dan bakal mereka perolehi daripada saham mereka di dalam syarikat konsesi Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Sprint.

5- Kerajaan Selangor perlu memulangkan wang keuntungan tersebut kepada rakyat Selangor sekiranya mereka benar-benar ingin membantu rakyat.

6- Kerajaan Persekutuan diminta mengkaji semula cadangan daripada UMNO Selangor yang dikemukakan sebelum ini supaya menghapuskan tol di Lebuhraya Persekutuan di plaza tol Batu 3 dan Sungai Rasau. Pada pemerhatian saya plaza tol ini adalah antara yang telah lama wujud dan telah membuat keuntungan. Sekiranya kedua-dua plaza tol itu tidak boleh dihapuskan saya mencadangkan salah satu daripada plaza tol tersebut dihapuskan dalam membantu meringankan beban rakyat.

7-  Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan mengenakan harga tol melalui 2 kaedah:

Pertama- Harga tol dikekalkan ketika waktu puncak ( Peak Hour) dan dikurangkan ketika luar waktu puncak. Pengguna yang tidak terlibat dengan aktiviti waktu puncak mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan lebuhraya selepas waktu puncak. Ini memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan harga tol lebih rendah. Begitu juga ketika waktu petang, pengguna boleh menggunakan lebuhraya selepas waktu puncak untuk mendapatkan harga lebih rendah. Sekiranya ini berlaku ianya boleh mengurangkan kesesakan di plaza tol di waktu peak hour.

Kedua- Kerajaan mengurangkan harga tol ketika cuti umum. Ini boleh membantu rakyat yang berada di luar Lembah Klang menggunakan kemudahan lebuhraya dan mampu merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan Lembah Klang.

Terima Kasih

Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.


Sunday 4 October 2015

AWAS JEREBU BERACUN!!!

Jerebu bukan sekadar asap biasa !! Pakar-pakar alam sekitar dan kejuruteraan kimia memberi amaran jerebu itu amat bahaya kerana ia mengandungi campuran gas beracun dan bahan kimia termasuk magnesium. 
Bahan-bahan itu mampu menghakis permukaan paru-paru sekali gus melumpuhkan sistem pernafasan manusia. 
Campuran bahan terampai tersebut menjadi lebih berbahaya kerana ia bergabung dengan asap-asap kilang dan kenderaan yang mengandungi plumbum serta nitrogen oksida yang boleh menyebabkan gangguan otak dan berbahaya kepada paru-paru.
Indeks pencemaran udara (IPU) 
IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. 
IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut: 

Nilai IPU Status 
0 - 50 - Baik 
51- 100 - Sederhana 
101- 200 - Tidak sihat 
201- 300 - Sangat tidak sihat 
301- 500 - Berbahaya 

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah-langkah pencegahan. 
Jerebu mengancam kesihatan anda 
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu: 
* Kanak-kanak 
* Orang tua 
* Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan 
* Perokok 
* Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah. 
Tanda dan gejala kesan jerebu terhadap kesihatan 
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah: 
* Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk 
* Sukar bernafas atau sesak nafas 
* Mata pedih dan berair 
* Hidung berair dan kerap bersin 
* Kulit badan terasa gatal-gatal 
* Sakit-sakit dada 

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut. 
Cegahlah penyakit akibat jerebu. Ikuti nasihat berikut: 

* Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk 
* Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan 
* Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi 
* Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah 
* Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah 
* Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. 
* Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih 
* Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya 
* Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak 
* Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100) 
* Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. 


Saturday 3 October 2015

Lim Guan Eng Cabar Pas Bertanding Di Kubu Kuat Dap

Hasrat Pas untuk meletakkan calonnya untuk bertanding kerusi yang ditandingi DAP pada PRU14 sudah dijangka.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak terkejut dengan keinginan Pas kerana ia selari dengan dasar baru parti Islam itu.
“Saya tidak terkejut dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana ia selari dengan dasar baru Pas iaitu menjadikan DAP musuh utama dan bukannya BN atau Umno. Ini memang dalam jangkaan DAP.
“Dalam pilihanraya yang bersistemkan demokrasi, mana-mana parti politik berhak untuk bertanding dan sekiranya Pas berasa yakin,maka DAP akan terima cabaran dengan rendah diri,” katanya kepada media.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri berkata, pihaknya meminta agar rakyat memberi sokongan kepada parti yang berkredibiliti.
“Kita harap sokongan rakyat biarlah berdasarkan prestasi yang ditunjukkan DAP iaitu berjaya menjalankan urus tadbir yang baik dan pentadbiran yang bersih dengan mencatatkan lebihan belanjawan setiap tahun.
“Pulau Pinang bukan negeri bankrap seperti negeri-negeri tertentu. Perkara-perkara inilah yang akan dinilai oleh rakyat. Sekiranya Pas mahu bertanding, mereka mungkin ada percaturan untuk menang, itu terpulang kepada mereka,” katanya.
Guan Eng turut mempelawa Pas untuk bertanding di kawasannya iaitu Dun Air Putih sebagai permulaan dalam merealisasikan hasrat parti berkenaan.
“Saya tidak pasti sama ada mereka benar-benar nak lawan atau sekadar nak kacau daun sahaja bagi memberikan kelebihan kepada BN. Saya rasa rakyat akan dapat menilai dan membuat keputusan sendiri. DAP sentiasa berusaha untuk memenangi setiap undi.
“Sekiranya Pas benar-benar mahu bertanding di kawasan DAP, saya menjemput mereka bermula dengan bertanding di kawasan saya, di Dun Air Putih. Pelawaan ini bukan bermakna kita ada jaminan akan menang tetapi ia bukti kita terima cabaran Pas dengan rendah diri,” katanya.
Menurutnya, DAP tidak mempunyai niat yang sama dengan Pas iaitu meletakkan calonnya di kawasan yang ditandingi Pas.
“DAP tidak akan ambil pendekatan yang sama, kita tidak akan bertanding di kawasan Pas. Kita tidak ada cita-cita yang begitu besar (untuk bertanding di kawasan Pas) kerana musuh utama adalah BN dan Umno serta rasuah.
“Nampaknya perjuangan Pas sudah jauh terpesong, musuh mereka bukan BN atau Umno tetapi nampaknya untuk memberi kelebihan kepada Umno dan BN dengan bertanding di kawasan DAP. Sekiranya itu dasar baru Pas, DAP terima cabaran itu,” katanya.
Terdahulu, Abdul Hadi mengesahkan pihaknya kini sedang meneliti mengenai rancangan meletakkan calonnya di kawasan DAP termasuk pemilihan calon yang difikirkan sesuai bertanding di kerusi berkenaan.
Abdul Hadi berkata, pihaknya juga akan meletakkan calon bukan Islam menerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas bagi mewakili parti untuk kerusi berkenaan. 


PAS akan meletakkan calon bukan Islam bagi menentang calon DAP pada PRU14

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan meletakkan calon bukan Islam bagi menentang calon DAP pada pilihanraya yang akan datang. 

Tindakan PAS ini dilihat bertujuan untuk memberi respon kepada sebilangan pemimpin progresif dalam PAS yang membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan rancangan menjadi parti politik tahun ini. 

PAS bersedia untuk bergerak sendiri, kata Mustafa yang juga bekas setiausaha agung parti itu, kepada sebuah portal. Beliau menegaskan, PAS juga tidak akan bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) walaupun timbul khabar angin sedemikian. 

"Sekarang ini rasanya PAS akan bersendiri. Kita akan mengukuhkan sayap penyokong. Jadi Malaysia akan melihat lebih ramai calon bukan Islam diketengahkan PAS dalam pilihan raya. 

"Kita tiada halangan, jadi kita bebas tanding semua kerusi, termasuk kerusi DAP," kata Mustafa. 

Walaubagaimanapun, Mustafa mengakui sukar bagi PAS meyakinkan bukan Islam untuk mengundi mereka, namun mengatakan tidak mustahil ianya berlaku, lebih-lebih lagi pilihan raya akan datang masih jauh. Pilihan raya umum akan datang dijangka sekitar pertengahan 2018. 

"Tidak semua bukan Islam bersama DAP atau MCA. Kita tidak tahu senarionya. Pada 2016 kita akan melihat gambaran jelas," katanya.

Meskipun PAS bersedia untuk bergerak sendiri, Mustafa tidak melihat PKR akan mengabaikan mereka, terutamanya kedua-dua parti masih lagi bersama dalam kerajaan Selangor. 

"PKR tidak akan gugurkan PAS. Kita ada 'anak' dalam kerajaan Selangor. Dan saya sedar tidak semua pemimpin PKR selesa menolak PAS semata-mata untuk bekerjasama dengan DAP." 

Sehingga hari ini, PKR masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada akan menamatkan hubungan dengan PAS, seperti mana dilakukan DAP. Mustafa berkata, DAP turut melakukan perkara sama pada 2001, apabila keluar daripada Barisan Alternatif.


"Hari Datuk dan Nenek" bakal disambut buat pertama kali di negara ini pada 4 Oktober 2015.



TAHNIAH!!..Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperke­nalkan Hari Datuk dan Nenek yang bakal disambut buat pertama kali di negara ini pada 4 Oktober ini.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sambutan tersebut diadakan bagi menghargai serta mengiktiraf pengorbanan dan peranan penting golongan itu dalam memperkasa institusi ke­luar­ga di negara ini.

Menurut beliau, Hari Datuk dan Nenek atau Grandparents Day yang diilhamkan bersama oleh pihak kementerian dan Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia (Usiamas) itu akan menjadi acara tahunan yang bakal disambut pada setiap Ahad minggu pertama dalam bulan Oktober.

“Hari Datuk dan Nenek telah di- sambut pertama kalinya di Poland pada tahun 1964, diikuti dengan beberapa negara lain termasuk Singapura dan pihak kementerian amat berbesar hati menjayakan inisiatif Usiamas ini untuk turut menyambut hari istimewa itu di negara ini.

“Pelbagai program akan diatur bagi memperkenalkan sambutan ini kepada seluruh masyarakat antaranya rakaman foto wajah seiras tiga generasi, pemeriksaan kesihatan serta pelbagai lagi dan menariknya pada tahun ini Hari Kanak-Kanak, Hari Warga Emas dan Hari Datuk dan Nenek ini akan disambut dalam tiga hari berturut-turut,” katanya.






Posted via Blogaway


Thursday 1 October 2015

Kevin Morais Moot Court di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed memberi amaran kepada pelaku rasuah bahawa mereka tidak boleh bersembunyi selama-lamanya.

Menurutnya, pesalah sama ada ahli politik, tokoh korporat atau orang biasa akan dinilai bukan saja oleh mahkamah tetapi akan diadili masyarakat umum.

"Mereka boleh mengelak daripada dikesan untuk satu tempoh tertentu - satu bulan, dua  bulan, satu tahun, dua tahun, tetapi tidak selama-lamanya. Ingat, siasatan tidak akan berhenti hanya kerana ada pihak yang cuba menyembunyikan bukti atau melarikan saksi.

"Jika terbukti bersalah, mahkamah adalah tempat pengadilan kelak. Rakyat akan menilai dan menghukum anda. Tidak kira anda seorang rakyat biasa, ahli perniagaan, tokoh korporat dan pemimpin politik," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kevin Morais Moot Court di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Kuala Lumpur.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Mohd Syukri Abdull.

Pada majlis itu, Moot Court Akademi MACA dinamakan semula sebagai penghormatan kepada Anthony Kevin Morais yang pernah berkhidmat selama 10 tahun bersama SPRM sebelum bertukar Jabatan Peguam Negara.

Tiga adik-beradiknya - Charles Suresh, David Ramesh dan Datuk Richard Dilaan - turut hadir pada majlis tersebut.

Menurut Abu Kassim, mereka hanya boleh melengahkan sesuatu siasatan tetapi tidak menghentikan kes yang didengari di mahkamah.

Beliau juga mengingatkan mereka yang menerima upah atau wang imbuhan untuk bersubahat, pasti tidak akan berasa tenang dan akan terganggu sepanjang hayat.

"Ingatlah apa juga upah atau imbuhan yang diperoleh, tidak akan menjamin ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan. Perbuatan keji yang dilakukan akan mengganggu kehidupan kita sehingga akhir hayat,
 
"Jika perbuatan tersebut terbongkar, kamu akan dihina dan dikeji oleh masyarakat. Pada masa itu baru kita sedar, apa yang kita dapat, langsung tidak ada nilai berbanding dengan maruah diri yang hilang.

Ketika Mohd Shukri membacakan ucapan menyentuh mengenai bekas Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais yang mati dibunuh, beliau sebak dan mengalirkan air mata mengenangkan komitmen dan dedikasi tinggi diperlihatkan mendiang.

"Tuan Kevin, kehilangan tuan menjadi peniup semangat untuk kami mempertahankan kedaulatan undang-undang negara ini.

"Kami yang masih hidup ini berjanji, pengorbanan tuan menjadi kekuatan untuk memerangi rasuah tanpa kira besar atau kecil. Tiada siapa yang kebal daripada tindakan undang-undang walau setinggi mana kedudukan mereka."

Ahli keluarga Morais termasuk Charles Suresh, David Ramesh dan Datuk Richard Dilaan - turut hadir pada majlis tersebut.


 7 INDIVIDU YANG DITUDUH DI MAHKAMAH MAJISTRET PETALING JAYA KERANA MEMBUNUH KEVIN MORAIS .





Pakar patologi tentera Kolonel Dr. R. Kunaseegaran didakwa di hadapan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini kerana bersubahat dengan pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, yang mayatnya ditemui di dalam drum konkrit berisi simen.

Kunaseegaran didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 akta yang sama.



Sementara itu, enam lagi - G. Gunasekaran, 47, R. Dinishwaran, 23, AK Thinesh Kumar, 22, M. Vishwanath, 25, pelajar S. Nimalan, 22, dan pemungut hutang S. Ravi Chandaran, 44 - disyaki membunuh Kevin pada 4 September 7:00-8:00 dari Jalan Dutamas Raya ke Jalan USJ 1 / 6D.

Mereka menghadapi hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pertuduhan dibacakan kepada semua tertuduh dalam Bahasa Malaysia dan mereka mengangguk tanda pemahaman mereka.

Kesemua tertuduh muncul tanpa sebarang emosi kecuali Nimalan, yang menundukkan kepalanya semasa prosiding mahkamah.

Adik lelaki Kevin, Richard, kelihatan marah-marah ketika pertuduhan dibacakan kepada tertuduh.

Tiada pengakuan direkodkan manakala Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa, Manoj Kurup dan Mohd Dusuki Mokhtar meminta tarikh lain sementara menunggu penyerahan laporan perubatan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Kunaseegaran diwakili Datuk N. Sivanathan dan Datuk Geetha Ram Vincent, manakala peguam M. Manogaran mewakili Dinishwaran.

Lima yang lain tertuduh tidak diwakili peguam dan peguam Americk Sidhu hadir sebagai peguam pemerhati keluarga Kevin.

Majistret Siti Radziah Kamardin menetapkan 30 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Ketika ditemui selepas mahkamah ditangguhkan, Richard enggan bercakap dengan pemberita.

Mayat Kevin, 55, ditemui dalam dram dipenuhi dengan konkrit simen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September

Beliau dilaporkan hilang pada 4 Sept dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium di Menara Duta, menuju ke pejabatnya di Putrajaya pada sebuah kereta Proton Perdana yang mempunyai nombor pendaftaran WA6264Q.

Penyiasat berkata Kevin telah diculik selepas Persiaran Duta, kira-kira 2km dari apartmen beliau di Menara Duta.

Beliau telah didakwa turun untuk memeriksa kerosakan pada keretanya, apabila penghuni kenderaan lain sondol keretanya dari belakang dan terus dicekup bawa masuk ke dalam trak pikap besar.

Posted via Blogaway