Saturday 3 October 2015

"Hari Datuk dan Nenek" bakal disambut buat pertama kali di negara ini pada 4 Oktober 2015.



TAHNIAH!!..Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperke­nalkan Hari Datuk dan Nenek yang bakal disambut buat pertama kali di negara ini pada 4 Oktober ini.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sambutan tersebut diadakan bagi menghargai serta mengiktiraf pengorbanan dan peranan penting golongan itu dalam memperkasa institusi ke­luar­ga di negara ini.

Menurut beliau, Hari Datuk dan Nenek atau Grandparents Day yang diilhamkan bersama oleh pihak kementerian dan Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia (Usiamas) itu akan menjadi acara tahunan yang bakal disambut pada setiap Ahad minggu pertama dalam bulan Oktober.

“Hari Datuk dan Nenek telah di- sambut pertama kalinya di Poland pada tahun 1964, diikuti dengan beberapa negara lain termasuk Singapura dan pihak kementerian amat berbesar hati menjayakan inisiatif Usiamas ini untuk turut menyambut hari istimewa itu di negara ini.

“Pelbagai program akan diatur bagi memperkenalkan sambutan ini kepada seluruh masyarakat antaranya rakaman foto wajah seiras tiga generasi, pemeriksaan kesihatan serta pelbagai lagi dan menariknya pada tahun ini Hari Kanak-Kanak, Hari Warga Emas dan Hari Datuk dan Nenek ini akan disambut dalam tiga hari berturut-turut,” katanya.






Posted via Blogaway


No comments:

Post a Comment