Tuesday 21 February 2017

Viral Video Anak Makan Cacing Hidup-hidup, Ternyata Ada Fakta Menarik di Balik Aksinya

Biasanya para orangtua akan memberikan makan anaknya dengan makanan yang bergizi dan lazim.

Namun belakangan viral sebuah video memperlihatkan seorang ibu yang memberikan makanan anaknya berupa cacing hidup-hidup.

Video tersebut dibagikan oleh Deri Lioni, Sabtu (18/2/2017) di akun Facebooknya.

Dalam video itu tampak seorang anak kecil yang makan dengan lahap semangkuk cacing hidup-hidup di depannya.

Tak disangka, video itu secara cepat viral di media sosial dengan jumlah share mencapai 15 ribu kali dalam dua hari.

Pada kolom komentar juga sudah dipenuhi, hingga ribuan komentar.

Beberapa netizen pun lantas mengirimkan komentar dan merasa khawatir dengan nasib sang anak.

Ada yang berkomentar, bagaimana jika cacing tersebut hidup di dalam perut si anak?

Di antara pengguna Facebook yang berkomentar juga ada yang bertanya-tanya mengapa sang ibu tega memberikan makan anaknya dengan cacing hidup-hidup.

Banyak juga yang merasa jijik, melihat cacing dimakan hidup-hidup.

Tetapi setelah melihat caption atau keterangan video yang dibuat sang ibu, mungkin bisa menjadi pencerahan.

Nyale ala Azali,” tulis Deri Lioni sebagai pelengkap video.

Ternyata makan cacing nyale hidup-hidup merupakan salah satu budaya atau tradisi yang populer di Pulau Lombok.

Mengutip dari www.sarihusada.co.id, cacing nyale di Pulau Lombok dapat diolah menjadi makanan yang lezat seperti dimasak kuah santan, nyale pepes atau lipit, sambal goreng nyale, dan sebagai penyedap atau mansin.


Friday 17 February 2017

Pereka ‘BURUNG PURPLE’ tidak menolak gaya mengangguk bawa maksud ‘GILA’

Ramai yang tertanya-tanya mesej yang dibawa oleh burung yang dipercayai burung merpati itu.

Beberapa hari ini, netizen, khususnya pengguna Facebook, ‘pening’ dengan kemunculan seekor burung berwarna ungu yang membanjiri ruangan komen.

Burung itu menjadi pilihan ramai untuk ditinggalkan di ruangan komen, walaupun adakalanya ia nampak tidak kena dengan status yang dimuat naik.

Apa yang menjadi persoalan ramai adalah dari mana dan apa sebenarnya mesej yang dibawa oleh burung yang dipercayai burung merpati itu.

Mari kita lihat beberapa perkara yang diketahui tentang burung nakal ini.

APA

Menurut penjelasan di laman web knowyourmeme.com, burung tersebut dikenali sebagai Floppy Trash Doves, dan ia merupakan sebahagian daripada koleksi Facebook stickers.

Ia memaparkan burung Merpati itu dalam 24 situasi dan gaya, termasuklah gaya mengangguk yang menjadi pilihan ramai.

SIAPA

Sticker ini direka oleh Syd Weiler, seorang artis dan pereka grafik dari Amerika Syarikat. Ia mula dilancarkan 1 Februari lalu, dan mula tular di Thailand.

MAKSUD ‘MENGANGGUK’

Ditanya mengapa burung itu menganggukkan kepala dengan gaya ala penyanyi heavy metal, Weiler memberitahu, gaya tersebut boleh melambangkan banyak situasi dan perasaan, antaranya gembira, teruja atau sedang berseronok.

Malah Weiler tidak menolak burung itu juga melambangkan emotionally disturbed, atau bahasa mudahnya, gila.

‘MEME’

Lagak pelik burung itu, seperti biasa, mendapat perhatian netizen, sekali gus mencetuskan banyak reaksi yang menggelikan hati.


Wednesday 15 February 2017

Ramai yang tidak tahu Tun Mahathir mempunyai kuasa melenturkan masa?

Tun Mahathir, ketika menerajui kepimpinan kerajaan Malaysia, banyak melakukan perubahan yang menongkah arus perdana. Salah satu perubahan kontroversi yang beliau pernah lakukan adalah mempercepatkan masa.

Ya! Mempercepatkan masa.
Pada 31 Disember 1981, jam 11:30 malam, jutaan rakyat Malaysia menyaksikan jam di menara Bangunan Sultan Abdul Samad dipercepatkan 30 minit menjadi jam 12 tengah malam. Semua jam di semenanjung Malaysia juga diarah berbuat demikian


Kenapa di semenanjung sahaja?
Sebelum tarikh keramat itu, zon masa di Malaysia Barat (MB) dan Malaysia Timur (MT) tidak selaras. MB guna GMT+7.30, manakala MT guna GMT+8. Bagi memudahkan urusan rasmi dan pentadiran ekonomi negara, Tun Mahathir mahu waktu di seluruh Malaysia diselaraskan.

Beliau telah memilih GMT +8 untuk dijadikan Waktu Piawai Malaysia(WPM). Memandangkan MT memang dah guna GMT +8, hanya jam di MB sahaja terlibat ketika penyelarasan waktu tersebut.

Namun begitu, ramai yang mempertikaikan pemilihan GMT +8 sebagai WPM. Bukankah pusat ekonomi Malaysia pada ketika itu adalah di Kuala Lumpur? Mengapa tidak diselaraskan kepada GMT +7.30?

Pilihan Tun Mahathir itu mengambil kira pengaruh ekonomi yang lebih meluas. Kuasa ekonomi besar di rantau ASEAN seperti Hong Kong, China dan Taiwan menggunakan zon masa GMT +8, jadi berada pada zon masa yang sama dengan kuasa-kuasa ini dikira akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing.

Anjakan 30 minit kehadapan ni telah menjadikan waktu MB sedikit pelik berbanding waktu di bandar-bandar lain yang terletak berhampiran garis khatulistiwa.

Di Khatulistiwa, secara ideal, pertukaran siang dan malam berlaku sekitar jam 6 pagi dan 6 petang. Ini menjadikan
siang dan malam sama panjang sela masanya, iaitu masing-masing 12 jam.

Siang berlangsung dari 6 pagi hingga 6 petang, jadi pertengahan waktu siang adalah jam 12. Sebab itu jam 12 digelar “tengah hari”.

Malam berlangsung dari 6 petang hingga 6 pagi, jadi pertengahan waktu malam adalah jam 12. Sebab itu jam 12 digelar “tengah malam”.

Di bandar-bandar yang terletak berhampiran Khatulistiwa—Somalia, Jakarta, Makassar, Bandar Seri Begawan, malah di Kota Kinabalu dan Labuan, matahari terbit sekitar jam 6 pagi dan terbenam sekitar jam 6 petang. Ini hampir ideal.

Di Kuala Lumpur dan bandar-bandar MB pula, matahari terbit sekitar jam 7 pagi dan terbenam 7 petang.

Pelik kan?
Oh ya! Tun Mahathir bukan orang pertama yang tukar waktu di Malaysia. Semasa zaman penjajahan beberapa kali zon waktu di rantau ini diubah. British pernah arahkan gunakan zon waktu GMT +7. Zaman penjajahan Jepun, kita guna GMT +9, selaras dengan zon masa Tokyo.

Penyelarasan zon masa bukanlah sesuatu hanya berlaku di Malaysia.
Adakah benar demi kepentingan ekonomi dan pentadbiran, Singapura juga terpaksa ikut berganjak 30 minit ke hadapan pada penghujung tahun 1981 itu.

Bayangkan kalau Singapura kekal guna GMT +7.30 orang Johor yang bekerja di seberang tambak. Setiap hari, selepas melalui kaunter imigresen, kena selaraskan semula jam tangan. Tak pun pakai jam di kedua-dua belah tangan. Kanan waktu Malaysia, kiri waktu Singapura. Hahaha.

Selain itu, pada tahun 2001, Thailand juga pernah bercadang menukar zon waktunya daripada GMT +7 kepada GMT +8, namun tidak terlaksana. Malah usul tentang penyeragaman zon waktu negara-negara ASEAN pernah diketengahkan dan zon waktu pilihan dalam usul itu adalah GMT+8.

Patutlah orang semenanjung selalu lewat datang temujanji. Lupa nak cepatkan jam 30...hahaha

Sumber:thevocket.com