Thursday 21 May 2015

APA ITU WAWASAN 2020?...

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir MohamadPerdana Menteri Malaysia
ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial,kerohanianpsikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaanmutu hidupnilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:

Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkanadatkebudayaan, dan kepercayaanagama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologitetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan 
bertahun-tahun.

Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.


Wednesday 20 May 2015

INTIPATI RANCANGAN MALAYSIA KE 11 (2016-2020)..



Berikut ialah inti pati Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Dewan Rakyat hari ini:

* Tema : Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat.

* Rancangan 5 tahun memperkukuh komitmen kerajaan terhadap rakyat dan  keyakinan bahawa pertumbuhan tidak boleh diukur dengan kejayaan ekonomi semata-mata;

* Rancangan memperakui kesejahteraan rakyat, dan komitmen untuk pertumbuhan inklusif dan mampan, perlu sebagai sebuah negara maju;

*  Ekonomi Malaysia mendapat manfaat daripada prospek ekonomi dunia yang lebih kukuh, pemulihan harga komoditi dan inflasi global yang rendah;

* RMK-11 juga melihat pasca 2020 dengan Malaysia kekal sebagai sebuah ekonomi terbuka dan lebih bersepadu di peringkat serantau dan global;

* KDNK Malaysia mencecah RM2.6 trilion pada 2030 (RM1.4 trilion pada 2020);

* Lebih 40 peratus daripada jumlah guna tenaga akan terdiri daripada pekerja mahir pada 2030 (2020: 35 peratus);

* KDNK per kapita dijangka meningkat lebih dua kali ganda kepada RM117,260 pada 2030 (2020: RM54,890);

* Perdagangan dunia dijangka meningkat kepada US$44 trilion pada 2030 (US$26 trilion diunjurkan pada 2020);

* Sasaran RMK-11 menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar sebenar berkembang 5.6 peratus setahun;

* Produktiviti pekerja meningkat kepada RM92,300 pada 2020 (2015: RM77,100)

* Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencecah RM54,100 (US$15,690) pada 2020;

* Purata pendapatan bulanan isi rumah meningkat kepada           RM10,540 pada 2020 (2014: RM6,141);

* Sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada sekurang-kurangnya 40 peratus pada 2020, (2015: 34.9 peratus)

* Indeks Kesejahteraan Malaysia (IKM) meningkat 17 peratus setahun, petunjuk peningkatan kesejahteraan rakyat;

* Inflasi kekal rendah di bawah 3.0 peratus;

* 1.5 juta pekerjaan akan diwujudkan pada tahun 2020;

* Pertumbuhan akan dipacu oleh sektor swasta dengan pelaburan  swasta berkembang pada 9.4 peratus setahun;

* Sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang lebih   daripada 75 peratus KDNK;

* Imbangan pembayaran dijangka kekal dalam lebihan sebanyak 2.6 peratus PNK;

* Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan terus berkurangan kepada kurang daripada 45 peratus pada 2020;

* Hasil berkembang sebanyak 7.9 peratus setahun dan pergantungan kepada hasil berkaitan minyak berkurangan kepada 15.5 peratus pada 2020;

* Pengenalan GST akan menyumbang pendapatan sebanyak RM31.4 bilion setahun dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM15.5 bilion yang dikutip menerusi cukai jualan dan perkhidmatan dalam RMK-10;

* RMK11: Enam teras strategik: -

- Pertama: Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama

- Kedua: Meningkatkan kesejahteraan untuk semua

- Ketiga: Mempercepat pembangunan modal insan untuk negara   maju

- Keempat: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan

- Kelima: Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong
perkembangan ekonomi

- Keenam: Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan   kemakmuran

- Bernama 

Tuesday 19 May 2015

DOKUMEN SKANDAL DAN RASUAH LIM GUAN ENG MELIBATKAN TANAH PUNCAK BUKIT RELAU, TELAH DIBENTANGKAN DI MAHKAMAH TINGGI.....



Perbicaraan saman Lim Guan Eng ke atas FMT di Mahkamah Tinggi Georgetown telah mendedahkan satu perkara yang selama ini cukup disembunyikan oleh Lim Guan Eng dan DAP.

LIM GUAN ENG ADALAH KEPALA PENCEROBOH HUTAN DAN PENGGONDOLAN PUNCAK BUKIT!!!

Kes pencerobohan Botak Hill atau Bukit Relau telah menimbulkan kontroversi dan kritikan keras ke atas Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana kelemahan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas penggondolan puncak bukit.

Malah semasa hidupnya, Karpal Singh sendiri pernah membangkitkan perkara tersebut dan Lim Guan Eng dengan segera menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional terdahulu walaupun pencerobohan dan penggondolan tersebut berlaku pada zaman pentadbirannya.

Siasatan mendapati, penggondolan tersebut dilakukan oleh syarikat milik Tan Kok Ping, konco utama Lim Guan Eng yang turut diberikan hak menguasai hartanah dan tanah di seluruh Pulau Pinang oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. 

Pada Julai 2013, Mahkamah Sesyen Pulau Pinang telah mendenda GASB, sebuah syarikat hartanah yang mempunyai kaitan dengan Tan Kok Ping sebanyak RM30,000 kerana melakukan kerja-kerja tanah haram di Bukit Relau di Jalan Bukit Gambir, Gelugur semenjak Mei sekaligus mewujudkan kawasan 'botak' di Bukit Relau.

Bukit Relau kemudiannya bertukar nama menjadi Botak Hill selepas itu.

Salah seorang pengarah syarikat tersebut adalah Tan Sri Dato Tan Kok Ping, JP. yang juga merupakan Penasihat Eksekutif Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Pulau Pinang. Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Pulau Pinang itulah juga yang telah melantik Betty Chew ke jawatan yang ada kaitan dengan hartanah, sekaligus menunjukkan bagaimana Betty Chew menjadi agen pemungut komisyen untuk Lim Guan Eng.

Tan Kok Ping diketahui ramai amat rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kerapatan itulah yang membolehkan Betty Chew ditawarkan jawatan penting dalam sebuah Majlis yang diwujudkan oleh Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Pulau Pinang yang berkaitan dengan pemajuan tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang. 

Ramai yang berpendapat, denda yang dikenakan oleh MPPP kepada GASB adalah satu lakonan semata-mata untuk menutup tembelang rasuah dan skandal melibatkan Lim Guan Eng dan Tan Kok Ping. Denda itu sepatutnya jauh tinggi dengan dakwaan lebih besar patut dikenakan. 

RM30,000 bukanlah jumlah yang besar buat taikun pemaju hartanah seperti Tan Kok Ping yang telah dan akan mengaut berbilion-bilion ringgit hasil skandal dan rauahnya dengan Lim Guan Eng. Skandal dan rasuah ini dapat dilihat menerusi gaya hidup mewah dan bercitarasa tinggi Betty Chew yang berbelanja besar untuk beg tangan, rantai dan loket, cincin dan pakaian serta percutian mewah buat mereka sekeluarga.

Malahan, Karpal Singh sendiri pernah menyelar GASB dan mencadangkan agar Tan Kok Ping diheret ke mahkamah dan dipenjarakan sekiranya dia gagal memberikan penjelaan yang baik di mahkamah. Tan Kok Ping telah didenda kerana melakukan kerja-keja haram penarahan dan penggondolan bukit.

Hari ini, dalam kes mahkamah yang berasingan, kita telah diberitahu sebab-sebab utama mengapa tindakan yang dikenakan kepada Tan Kok Ping dan GASB amat ringan.

Ternyata projek tersebut bukannya HARAM sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah sekalipun pembangunan di puncak bukit di Pulau Pinang pada kebiasaannya diharamkan. Bukan juga penguatkuasaan dan pemantauan yang lemah tetapi sebaliknya telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng. 

Peguam Baljit Singh telah memberitahu mahkamah hari ini dia telah berjaya memperolehi dokumen dari kes mahkamah yang berasingan yang menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan, mengezonkan dan menggazetkan tanah di Bukit Relau sebagai tanah kediaman.

Dokumen itu juga menunjukkan pembangunan Bukit Relau telah diluluskan oleh Jawatankuasa Khas Projek yang diketuai sendiri oleh Lim Guan Eng!

Memandangkan dokumen tersebut telah diserahkan kepada mahkamah sebagai bukti, ia bukanlah sesuatu yang boleh dituduh oleh Lim Guan Eng sebagai palsu.

Justeru, Lim Guan Eng perlu memberikan banyak alasan mengapa dia meluluskan projek pembangunan di kawasan yang sebelum ini telah dilarang dan secara ekologinya amat sensitif apabila isu ini sudah terdedah.  

Adakah Lim Guan Eng masih lagi mahu bercakap tentang ketelusan dan anti rasuah sedangkan dia sendiri adalah KEPALA RASUAH dan terlibat dalam skandal tanah yang membolehkan isterinya berbelanja dan bergaya mewah walaupun mereka sebenarnya adalah CINA DARAT?
~sumber drp: http://buletinsengal.blogspot.com/2015/02/dokumen-skandal-dan-rasuah-lim-guan-eng.html?m=1 


Fakta Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang...

Sistem pengangkutan awam negeri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut ini, tiadanya keperluan terowong berkenaan pada masa kini.

Akhbar New Straits Times bertarikh 15 November 2014 melaporkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui tidak dapat membantu rakyat di negeri ini dalam aspek pengangkutan dan penjagaan kesihatan. Sekiranya perbelanjaan mengurus negeri ditambah untuk membantu rakyat Pulau Pinang maka adalah dikhuatiri kerajaan negeri akan muflis. Tetapi lain pula ceritanya dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang ini yang dengan jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memiliki kemampuan untuk membiayai mega projek ini berbanding mengutamakan rakyatnya sendiri.

Skandal Terbesar Tahun 2014?

Laporan Malaymail Online bertarikh 4 Oktober 2013 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek Terowong Dasar Laut (PTDL) dengan kos keseluruhan projek ini yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pembayaran tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut di Gurney Drive dengan harga RM1,300 kaki persegi atau nilai keseluruhannya sebanyak RM6.3 bilion kepada pemegang konsesi projek ini.

Menurut Malaysian Gazette bertarikh 6 November 2013, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik Consortium Zenith Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek ini dan konsortium ini pula telah menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn. Bhd. dan China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd.

Projek yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan ini terdiri daripada 4.2 km jalan pintas dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan pintas sepanjang 4.6 km antara Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Bandar Baru Air Itam, laluan berkembar sepanjang 12 km dari jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang serta laluan sepanjang 6.5 kilometer dari Pulau Pinang ke Butterworth (laluan terowong dasar laut).

Rakyat Pulau Pinang pula akan dibebankan dengan kutipan tol apabila kerajaan Negeri Pulau Pinang membenarkan syarikat Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd untuk mengutip tol selama 30 tahun. Laporan Bernama bertarikh 19 Mac 2013 pula melaporkan bahawa syarikat konsortium ini boleh menjana untung sebanyak RM 0.27 bilion menerusi hasil kutipan tol ini.

Pembinaan jalan raya adalah sepanjang 27.3 km tetapi hakikatnya 20.8 km daripada jalan raya berkenaan merupakan jalan pintasan biasa dan laluan berkembar. Jika kita membuat andaian mengenai anggaran kasar pembinaan jalan-jalan biasa ini iaitu kita mengandaikan bahawa kos pembinaan setiap kilometer akan menelan sebanyak RM80 juta maka kos totalnya adalah dianggarkan sebanyak RM1.664 bilion. Manakala bakinya sebanyak RM4.63 bilion pula dianggarkan akan digunakan untuk membina 6.5 km terowong dasar laut tersebut.

Maka, diandaikan bahawa anggaran untuk membina setiap kilometer terowong dasar laut ini adalah sebanyak RM713 juta yang sekaligus menjadikan antara projek yang paling termahal di Malaysia. Malah, projek pembinaan terowong SMART yang melibatkan 9.7 km laluan terowong air ribut dan 4 km laluan jalan raya pun hanya menelan kos sebanyak RM1.88 bilion sahaja.

Utamakan Rakyat, Bukannya Kapitalis

Adalah dianggarkan bahawa harga tanah di Gurney Drive pada masa kini adalah RM1,650 kaki persegi yang menyaksikan peningkatan 25% dalam masa tidak sampai dua tahun. Sekiranya pembinaan terowong dasar laut ini disiapkan mengikut jadual iaitu pada tahun 2025, dan dianggarkan berlakunya peningkatan kadar 10% harga tanah di Gurney Drive maka 110 ekar tanah yang diberikan kepada syarikat Consortium Zenith BUCG ini akan bernilai kira-kira RM19.77 bilion pada tahun 2025. Ini sememangnya munasabah jika melihat kepada harga hartanah di Pulau Pinang semenjak 12 tahun yang lalu dan pada masa kini.

Sebuah kerajaan negeri yang beretika dan memiliki tanggungjawab moral sepatutnya menggunakan tanah tersebut sebagai cagaran untuk menerbitkan bon yang disokong oleh kerajaan negeri untuk mendapatkan RM6.3 bilion dan pada masa yang sama memberikan projek kepada syarikat pembinaan yang dipilih secara tender terbuka untuk membina terowong dasar laut tersebut. Bagi memastikan setiap rakyat Pulau Pinang menikmati keuntungan hasil daripada projek ini, kerajaan negeri yang perlu mengutip tol atau menjual tanah 110 ekar itu pada tahun 2025 yang pastinya akan bernilai lebih tinggi daripada kos untuk menebus bon tersebut.

Dengan cara begini, kerajaan negeri akan dapat memastikan negerinya menjana keuntungan melalui harga tanah pada tahun 2025 dan harga bon serta pada masa yang sama menjana keuntungan daripada hasil kutipan tol. Keuntungan ini akan dapat disalurkan untuk menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang termasuk dalam soal pengangkutan awam serta penjagaan kesihatan dan bukannya memberikan terus hak kutipan tol tersebut kepada syarikat swasta.

RM305 juta hanya untuk kertas kerja?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd sebanyak 9 ekar tanah di Seri Tanjung Pinang 1 (STP1) yang bernilai RM305 juta untuk membiayai kos kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci projek terowong dasar laut Pulau Pinang termasuk perincian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Secara logiknya, bukankah kajian ini sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menyerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG ini?

Mereka yang berfikir secara waras pun akan sedar bahawa kemungkinan untuk pemaju projek ini memberikan laporan kajian yang benar-benar bebas adalah sifar kerana ianya melibatkan keuntungan besar yang bakal diperolehi melalui pampasan 110 ekar tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri serta kebenaran untuk mengutip tol selama 30 tahun.

Malah selain dakwaan bahawa hingga kini tidak ada sebarang tanda-tanda kajian kebolehlaksanaan sedang dan telah dilaksanakan di kawasan melibatkan projek terowong ini, wujud pula persoalan penting yang gagal dijawab oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang iaitu bagaimana sekiranya laporan kajian kebolehlaksanaan serta EIA menunjukkan projek ini sebagai tidak berdaya maju serta mengundang malapetaka alam sekitar?

Misteri Disebalik Tender Terbuka?

Memetik tulisan Ong Eu Soon dalam The Ant Daily bertarikh 25 Ogos 2014 yang mendedahkan bahawa tidak wujud tender terbuka dalam pemberian projek terowong dasar laut ini sebaliknya ia adalah apa yang dikenali sebagai Request for Proposal (RFP) sahaja.

Menurutnya, China Railway Construction Ltd (CRCL) bersama IJM Corporation Bhd membida tender terbuka itu tetapi hanya mencadangkan pembinaan jalan raya sepanjang 4.2 km antara Gurney Drive dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Sementara itu, VST Cemerlang bersama-sama dengan China State Corporation turut mengemukakan cadangan empat projek pembinaan dan diikuti oleh kontraktor pembinaan iaitu WCT Berhad bersama syarikat gergasi pembinaan Korea, Daewoo Engineering and Construction membida projek jalan raya berkembar Teluk Bahang dan Tanjung Bungah dan projek pintasan pantai Gurney Drive.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah meminta Consortium Zenith BUCG yang merupakan syarikat khas (SPV) untuk menjadi kontraktor utama projek ini dan bergabung dengan syarikat-syarikat kontraktor lain. Maka, ini sudah terang lagi bersuluh bahawa keseluruhan proses ini bukanlah proses tender terbuka sebaliknya RFP kerana kesemua pembida ini tidak bertanding atas terma dan syarat yang sama.

Malah menurut Ong Eu Soon lagi dalam kenyataannya yang dipetik daripada The Malaysian Insider bertarikh 6 Oktober 2013 yang mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri dalam menganugerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG yang menurutnya hanya didaftarkan pada Julai 2012 sedangkan tarikh tutup untuk mengemukakan kertas cadangan untuk projek jalan dan terowong ini ialah pada Jun 2012. Bagaimana mungkin Consortium Zenith BUCG ini boleh dianugerahkan tender tersebut apabila ketika itu (Jun 2012) syarikat berkenaan tidak berdaftar lagi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

Sekiranya projek terowong ini telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith BUCG melalui tender terbuka maka adalah menjadi tanggungjawab moral kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendedahkan nama syarikat-syarikat yang telah membida tender tersebut, jumlah pembida dan harga tawaran yang kalah dalam pembidaan projek ini.

Garis panduan “Open Tender” oleh Bank Dunia juga menyeru supaya semua tawaran perlu dibuka untuk penelitian orang awam tetapi memandangkan keseluruhan isu pemberian tender ini dirahsiakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan orang awam terutamanya rakyat Pulau Pinang tidak mengetahui siapa pembidanya serta tawarannya maka ini secara langsung menjurus kepada apa yang dipanggil sebagai ‘managed tender’.

SM Mohamed Idris vs Lim Guan Eng

NGO Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merupakan NGO yang tertua di Pulau Pinang dan sekian lamanya telah merealisasikan prinsip ‘semak dan imbang’ dengan kerajaan negeri sama ada sewaktu pentadbiran Barisan Nasional mahupun ketika ini dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

CAP dan SAM menentang keras projek ini dengan alasan yang kukuh bahawanya keseluruhan projek pembinaan jalan dan terowong dasar laut ini hanya akan mewujudkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk, risiko kemalangan dalam terowong serta kesan alam sekitar yang tidak boleh dibayangkan. Turut dipersoal adalah tahap keselamatan terowong dasar laut berkenaan serta perjanjian untuk membenarkan pemaju menebus-guna laut seluas 44 hektar sebagai bayaran pembinaan terowong dan jalanraya.

SM Mohamed Idris yang juga Presiden CAP dan SAM ini yang pernah memainkan peranan utama dalam membatalkan projek pembangunan Bukit Bendera pada tahun 1980-an ini menuntut agar Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mendengar rintihan rakyat dan membatalkan projek berkenaan.

Namun, Lim Guan Eng dalam satu surat terbuka kepada SM Mohamaed Idris yang juga Presiden CAP dan SAM yang bertarikh 21 Mac 2013 dan disiarkan dalam Malaysiakini memilih untuk tidak mempedulikan suara NGO ini dan menyatakan dengan jelas bahawa SM Mohamed Idris dan NGO beliau tidak pernah menghadiri sebarang forum mahupun dialog yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan maklum balas orang awam mengenai projek berkenaan serta menuduh beliau sebagai memilih kasih apabila membuat kritikan.

Surat balasan SM Mohamad Idris kepada Ketua Menteri Pulau Pinang bertarikh 26 Mac 2013 yang turut disiarkan di Malaysiakini pula telah mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri memulakan projek mega ini tanpa menjalankan penilaian implikasi jangka panjang kepada negeri serta alam sekitar dan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang juga gagal dalam memberikan bukti yang menyakinkan bahawasanya projek ini akan dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Malah menurutnya lagi, forum dan dialog yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini bukannya bersifat untuk mendapatkan pandangan awam sebaliknya adalah menjelaskan keputusan kerajaan negeri yang mahu untuk meneruskan projek ini.

Persoalan fundamental kini ialah apakah perlunya sebuah projek berskala besar begini dan apakah kajian kebolehlaksanaan dan keuntungan kos telah dijalankan sebelum keputusan untuk menjalankan projek ini dibuat? Hakikatnya, kerajaan negeri menandatangai MOU untuk pembinaan empat jalan utama dengan syarikat daripada China sebelum memulakan kerja perundingan melibatkan Pelan Induk Pengangkutan atau Transport Master Plan. Malah, kerajaan negeri Pulau Pinang jelas gagal dalam menjelaskan atas asas apa keputusan-keputusan ini dibuat.

Tindakan Lim Guan Eng yang tidak mempedulikan suara NGO-NGO sivil ini turut mendapat bantahan daripada ahli partinya sendiri apabila Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Pulau Tikus Yap Soo Huey dalam The Malaysian Insider bertarikh 5 Mac 2014 sebagai berkata bahawa sistem pengangkutan awam negeri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut ini serta tiadanya keperluan terowong berkenaan pada masa kini dan mungkin hanya akan diperlukan pada tahun 2030 nanti.

Masa Depan Pulau Pinang Di Bawah DAP

Jika sebelum ini kerajaan negeri DAP Pulau Pinang terkenal dengan skandal penjualan tanah negeri semata-mata untuk menguruskan ekonomi negeri maka kini skandal projek terowong dasar laut ini pula memalit integriti, ketelusan serta akauntabiliti kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng ini. Mengandaikan bahawa masalah kesesakan lalu lintas akan berakhir sepenuhnya dengan pelaksanaan projek ini adalah sesuatu yang amat meragukan malah persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh NGO sivil masyarakat seperti CAP dan SAM adalah petanda betapa projek ini cukup berbahaya dan malapetaka sedang menanti rakyat Pulau Pinang.

Edwin Michael merupakan Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman.


Monday 18 May 2015

Rohingya: Fakta Penting yang Wajib Anda Ketahui!..

Orang Rohingya adalah etnik  Muslim yang tinggal di utara negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (dulunya dikenal sebagai Arakan).

Arakan pernah menjadi Kesultanan Islam pada abad ke-7 selama 350 tahun sehinggalah ia dijajah pada tahun 1784 dan ia pernah jadi pusat tamadun Islam di Nusantara pada masa itu.

Ketika itu, Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang berpengaruh pernah menjadi setiausaha politik dalam kerajaan U Nu (kerajaan Burma ketika itu) dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Selepas itu, nama Arakan ditukar kepada Rakhine.

Latar Belakang Pengkhianatan Terhadap Rohingya
Pertempuran antara majoriti penganut Buddha Rakhine dan minoriti Rohingya Muslim selalu berlaku sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Rohingya adalah salah satu minoriti di dunia yang paling teruk ditindas. Elaine Pearson, Timbalan Pengarah bahagian hak asasi manusia Watch Asia telah berkata, “ Sudah bertahun-tahun berlaku diskriminasi, penyalahgunaan dan pengabaian terhadap Rohingya dan ia akan meletup pada satu masa nanti, dan itulah apa yang kita lihat sekarang”. Bahkan, yang lebih menyedihkan kerajaan Burma telah mengklasifikasikan Rohingya sebagai ‘pendatang’ kepada Myanmar dan dengan itu tidak layak untuk menjadi warganegara Myanmar.

Plot Cerita Luka Rohingya

28 Mei : Seorang wanita Rakhine, Thida Htwe, berumur 28 tahun dirogol dan dibunuh oleh seorang lelaki Rakhine berhampiran kampung Maw Kyaut Ne dan kejadian itu disaksikan oleh dua orang Rohingya.

Lelaki itu menyerah diri dan menyatakan dia bersubahat dengan 2 orang Rohingya itu, lalu polis menahan tiga suspek dan menghantar mereka ke penjara bandar Yanbyal. Perogol itu telah membunuh dirinya dalam lokap.

4 Jun : Perusuh dari etnik Rakhine menyerang bas di Taungup, tersilap mempercayai bahawa mereka yang bertanggungjawab untuk pembunuhan itu. Sedangkan yang berada di dalam bas ialah jemaah tabligh. Kerajaan bertindak dengan melantik seorang menteri dan ketua polis untuk mengetuai jawatankuasa penyiasatan.

10 Jun : Keadaan darurat telah diisytiharkan di seluruh Rakhine.

15-28 Jun : Tun Khin, Presiden Pertubuhan Burma Rohingya UK (BROUK), telah menyatakan bahawa pada 28 Jun, 650 Rohingya telah dibunuh, 1200 telah hilang dan lebih 80,000 telah dihalau.

Tentera Burma dan polis telah dituduh memainkan peranan utama dalam kezaliman terhadap Rohingya melalui tangkapan besar-besaran dan keganasan yang sewenang-wenangnya.

Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh juga mendakwa bahawa tentera Burma dan polis menembak kumpulan penduduk kampung dengan pistol.

Mereka takut untuk kembali ke Myanmar apabila Bangladesh menolak mereka sebagai pelarian dan meminta mereka untuk kembali ke Myanmar.

Reaksi dalam Negeri

All Myanmar Muslim Organization (AMMO) iaitu Persatuan umat Islam yang terbesar di Myanmar telah mengutuk semua perbuatan menakutkan dan memusnahkan nyawa dan harta orang yang tidak berdosa di kalangan umat Islam Rohingya dan mengisytiharkan bahawa “pelaku mesti dipertanggungjawabkan oleh undang-undang”.

Reaksi Antarabangsa

Bangladesh – Bangladesh yang bersempadan dengan Myanmar, meningkatkan keselamatan sempadan dalam tindak balas kepada rusuhan. Mereka menyekat pelarian dari memasuki Bangladesh. Banyak bot-bot pelarian telah berpatah balik atas arahan oleh Pegawai Sempadan.

OIC – OIC telah mengadakan mesyuarat dengan wakil dari 57 negara anggotanya di Geneva untuk menggariskan mekanisme bagi tindakan antarabangsa untuk mencari penyelesaian terhadap krisis yang dihadapi masyarakat Rohingya.

Ia juga menegaskan pentingnya untuk membenarkan duta-duta negara anggota OIC memasuki Myanmar untuk menilai keadaan penganut Islam di negara tersebut.

Masalah Besar yang Akan Menyebabkan Komplikasi Buruk dan Konflik Ini

Masalah-masalah besar yang akan menyebabkan komplikasi buruk dari konflik ini akan terus berlaku di kalangan umat Islam Rohingya ialah:

1. Rohingya ialah etnik yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Myanmar

Masalah ini telah berlarutan sekian lama dan penyelesaiannya menemui jalan buntu. Selagi Rohingya tidak diiktiraf, selagi itu mereka akan ditindas. Alasan yang lain kenapa Rohingya dizalimi ialah kerana mereka Muslim!!

2. Akses kepada pendidikan disekat

Tahap buta huruf di kalangan Rohingya amat tinggi kerana mereka dinafikan hak untuk mendapat pendidikan dan selagi itu mereka akan terus diperbodohkan dan dihimpit oleh kerajaan Myanmar.

3. Hak asasi manusia dinafikan

Kerajaan Myanmar menyekat segala bantuan ke atas Rohingya hatta makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas yang lain. Di Yangon banyak sumbangan telah ada di sana tetapi semua keperluan tidak boleh dihantar termasuk makanan dan ini menjadikan Arakan bagaikan Gaza nombor 2!!.

4. Sikap tidak endah masyarakat
Aung San Suu Kyi pernah ditanya tentang isu Rohingya di Arakan akan tetapi beliau hanya menjawab, “Saya tidak tahu tentang perkara itu”. Respons yang diberikan beliau ini amat menyedihkan. Apatah lagi umat Islam yang lambar bertindak terutama badan besar umat Islam, OIC.

Sumber:
http://www.mygamis.com/2012/08/rohingya-fakta-penting-yang-wajib-anda.html


Sejarah Pembantaian etnis Muslim Rohingya oleh Budhist Rakhine di Myanmar...

Latar belakang Sejarah Pembantaian etnis Muslim Rohingya oleh Budhist Rakhine di Myanmar Latar belakang Sejarah Pembantaian etnis Muslim Rohingya oleh Budhist Rakhine di Myanmar

Pembantaian dan kekejian lainnya terhadap Muslim Rohingya di Burma (Myanmar)-terutama di Arakan-sebenarnya bukan pertama kalinya di tahun ini, namun dimulai pertengahan tahun ini penindasan terhadap Muslim di Arakan meningkat tajam hingga mengejutkan mata dunia.

Selama ini, media Islam-lah yang berusaha untuk mengungkap tragedi berdarah yang menimpa umat Islam di Burma disaat media internasional ‘kelas atas’ pada umumnya bungkam, sehingga banyak orang di dunia tidak mengetahui apa yang terjadi sebenarnya terhadap Muslim Rohingya. Namun, fakta-fakta yang dipaparkan selama ini oleh media Islam masih saja menghadapi berbagai hujatan dan kritikan dari orang-orang yang ragu, meskipun sumbernya dari mereka yang memiliki koneksi  langsung ke Muslim Rohingya di Arakan. Terlebih lagi, walaupun begitu, fakta tetaplah fakta, yang pasti akan terungkap meskipun disembunyikan dan meskipun banyak orang yang meragukan.

Berikut ini adalah sebuah pemaparan fakta terkait genosida atau upaya pembersihan etnis Muslim Rohingya di Burma yang ditulis dan dipublikasikan oleh salah satu media jihadGlobal Islamic Media Front, yang diterjemahkan oleh tim Maktabah Jahizuna,berdasarkan laporan kredibel dari tempat kejadian, untuk mengungkapkan kenyataan yang sebenarnya terjadi dan bantahan bagi orang-orang yang meragukan genosida ini dan bahwa kerusuhan etnis ini bukan dipicu oleh kaum Muslimin.

Sebab Awal Pembantaian ini?

Pembantaian ini di awali dari fitnah yang disebarkan oleh orang-orang Budha Rakhine terhadap minoritas Muslim Rohingnya. Dimana dikatakan bahwa tiga pemuda Muslim telah membunuh dan memperkosa seorang wanita berusia 26 tahun. Tentu saja semua itu bohong. Dimana sebenarnya perempuan itu diperkosa dan dibunuh oleh pacarnya bersama beberapa gang pemuda Budha Rakhine. Peristiwa pembunuhan itu di awali ketika sang gadis ingin “putus” dengan sang pacar dikarenakan dia jatuh hati pada laki-laki lain. Maka sang laki-laki pun berusaha membujuk agar tidak putus. Namun ternyata ditolak, maka sang mantan pacar ini marah dan kemudian mengajak dua temannya untuk membalas dendam dengan memperkosa dan membunuh sang gadis.

Lalu para pembunuh itu meletakkan mayat gadis itu di dekat desa Muslim. Kemudian orang-orang Budha Rakhine dan Quaffer Burma (Otoritas Myanmar) menuduh bahwa orang-orang Muslim membunuh perempuan itu. Akibatnya, tiga pemuda Muslim yang tidak bersalah ditangkap. Satu dipukuli hingga tewas dan dua lainnya dijatuhi hukuman mati oleh pengadilan. Inilah fakta yang ditunjukkan oleh Pemerintah Budha Burma kepada dunia, bahwa mereka berani menciptakan peristiwa dan kasus palsu hanya untuk mencari kesempatan membunuh Umat Islam Rohingnya.

Situasi Muslim Rohingya Sebelum Awal Genosida ini

Beberapa bulan sebelumnya, para ekstrimis Budha Rakhine dan Xenophobia, mereka banyak membuat propaganda-propaganda anti Muslim Rohingnya. Dan semua itu direlease baik di dalam maupun di luar Burma. Dengan mengusung slogan lama yakni “Rohingnya (sebutan untuk Muslim di sana -pent) bukanlah orang Burma, mereka adalah imigran gelap dari Bangladesh”. Dengan maksud untuk memusnahkan dan mengusir Kaum Muslimin di sana.

Propaganda Anti Rohingnya

Anehnya, seluruh kejadian yang ada (protes dan sebagainya -pent) seperti telah diorganisir dan seluruh kejadian yang terjadi sesuai dengan statemen dan skema yang pernah dikeluarkan oleh beberapa Menteri dan Pihak Pemerintah yang berkuasa.

Bagaimana Pembantaian itu Dimulai dan Apa Yang Terjadi Setelah itu?

Pada tanggal 3 Juni 2012, Rombongan Jemaah Muslim Rangoon yang baru kembali dari pengajian dan wisata rohani di Masjid Thetsa di daerah Thandwe di Negara bagian Arakan Selatan. Para Jamaah mengendarai bus yang menuju daerah Rangoon, namun di tengah perjalanan mereka dihadang oleh massa Budha Rakhine di kota Taungup di Negara Arakan bagian selatan. Lalu tiba-tiba massa mengamuk dan berusaha membunuh semua penumpang. Dimana seorang pemandu, kernet dan seorang wanita meninggal. Lalu di pihak Jemaah 8 orang Jemaah tewas. Dan lima Jamaah lainnya dapat melarikan diri dengan selamat.

Hasbunalloh Wani’mal Wakil….


Sunday 10 May 2015

Sejarah komunis dan Chin Peng

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Beliau adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Perjuangan revolusi bersenjata yang didokongnya banyak menumpahkan darah.

Tidak sedikit air mata yang mengalir, penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang mendalam dialami rakyat akibat kekejaman komunis ketika zaman Darurat (1948-1960). Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan di estet getah seluruh negara berdepan dengan ancaman nyawa, harta benda dan tanaman mereka dimusnahkan.-Pastinya perajurit tanah air yang berjuang menentang komunis tidak dapat melupakan kezaliman dan kekejaman komunis. Selagi hayat dikandung badan, maka segala pengalaman itu tetap menjadi kenangan pahit buat mereka.

Di jangka seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera. Ramai perajurit yang cacat anggota kerana bertempur dengan komunis masih hidup hingga kini. Di kalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 terbunuh , 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang.

Elok rasanya kita menyingkap sejarah pergerakan komunis di negara kita. Ideologi komunis mula menyerap masuk ke Tanah Melayu pada 1920-an. Melalui Biro Timur Jauh, ejen komunis antarabangsa (Comintern), terutama dari China dan Russia berjaya mempengaruhi kebanyakan pertubuhan buruh, kesatuan sosialis dan kesatuan pengguna yang kebanyakannya dianggotai kaum Cina. Bahan penerbitan komunis seperti surat berita keluaran Rosita dan Delta News Agency, buku dan risalah komunis dari China dan Russia mempengaruhi kebanyakan orang Cina. Buku berjudul Komunisme dan Negeri China karangan Fung Tsz You adalah di antara buku yang dibaca.

Kelas malam yang wujud di Kuala Lumpur turut dijadikan markas penyebaran fahaman komunis. Pada Mei 1926, Kesatuan Sekerja Am Nanyang ditubuhkan di bawah pengaruh Communist International TradeUnion Organisation (Profintern). General Labour TradeUnion’ di Singapura turut dipengaruhi komunis. Kedua-duanya mendalangi beberapa siri mogok sekitar 1920-an. Pada 1928 Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dengan sayap utamanya Liga Anti Imperialis Nanyang. Akhirnya, atas arahan Commintern, maka PKM ditubuhkan pada 1930 menggantikan Parti Komunis Nanyang. Sayap pemudanya dikenali sebagai Malayan Communist Youth.

Pada 1935, pemogokan pekerja didalangi komunis berlaku di Singapura dan Kuala Lumpur. Ia menjadi serius pada 1937 apabila buruh estet getah dan bijih turut mogok menyebabkan ekonomi negara terancam. British di Tanah Melayu melaksanakan ‘Punishment Ordinance’ dengan menangkap pemimpin kesatuan buruh yang disyaki sebagai aktivis komunis. Namun, mereka terus berarak dan berdemonstrasi di Kuala Lumpur dan keadaan menjadi serius apabila buruh lombong arang batu di Batu Arang merampas lombong serta mengawal pengurusannya.

Ia akhirnya memaksa majikan bersetuju menerima beberapa tuntutan mereka seperti kenaikan gaji, syarat bekerja yang lebih baik dan kemudahan pekerja yang sewajarnya. Ketika Jepun menawan Tanah Melayu, PKM turut bangkit menentang Jepun menyebabkan British mengiktirafnya sebagai pertubuhan yang sah (1945-1948).

Sentimen anti-Jepun di kalangan orang Cina dan PKM mendorong mereka menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun. Selepas tamatnya perang (16 Ogos 1945), MPAJA atau dikenali sebagai Bintang Tiga menguasai negara selama 14 hari dengan melakukan pelbagai kezaliman dan kekejaman.

Apabila British kembali pada awal September 1945 dan mengharamkan MPAJA, maka ahlinya menganggotai Old Comrades Association yang ditubuhkan akhir 1945. Di antara 1946-1947 terdapat hampir 300 pemogokan didalangi komunis. Pada 1947, Chin Peng dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM. Beliau tertarik dengan pendekatan revolusi komunis di China pimpinan Mao Zedong.

Pada 1948, PKM mengangkat senjata menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

Perjuangannya bersarang di hutan belantara dengan melakukan serangan hendap serta menggunakan kaedah jerangkap samar yang mengorbankan banyak nyawa dan kecacatan. Pada 1955, Chin Peng menolak perjanjian Damai Baling dengan Tungku Abdul Rahman dan meneruskan perjuangan bersenjata dengan berselindung di sebalik nama Pembebasan Nasional Malaya (PNM). Pada November 1957 Persidangan International Communist Movement di Moscow mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang mewakili pertubuhan komunis antarabangsa di Tanah Melayu.

Wakil PKM yang hadir dalam persidangan itu ialah Siu Cheong dan Musa Ahmad. Nama seperti Rashid Maidin, Musa Ahmad, Abdullah CD, Abu Samah Mohd Kassim, Shamsiah Fakeh, Ahmad Baki, Ali Majid dan Abdul Rahman membawa kita kepada persoalan mengenai pembabitan orang Melayu dalam perjuangan fahaman kiri ini. Untuk mempengaruhi orang Melayu, komunis menerbit dan menyebarkan risalah dalam bahasa Melayu seperti Suara Boeroeh Malaya dan Ingatan. Mereka juga menubuhkan Jawatankuasa Tempatan Komunis dan Liga Anti-Imperialis. Aktivis Parti Komunis Indonesia (PKI) juga digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu dan orang Jawa di beberapa negeri.

Apabila pemberontakan PKI (1926) gagal, ramai tokoh ternamanya seperti Tan Malaka, Hasanoesi, Alimen, Sutan Pateh, Moeso, dan Boedisoejitro melarikan diri ke Singapura dan Pulau Pinang. Wakil PKM iaitu Rashid Maidin pernah hadir dalam persidangan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) di Maahad II Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol pada Mac 1947. Beliau cuba membangkitkan semangat orang Melayu supaya menentang British melalui kekerasan. tapi beliau gagal. Pada tahun 1950, komunis telah melancarkan perperangan di muar johor yang mana sebuah balai polis yang terpencil di kampung bukit kepong telah menjadi mangsa keganasan kominis. Sekitar 1960-an, masih wujud usaha mempengaruhi orang Melayu melalui penubuhan beberapa sekolah tajaan komunis untuk orang Melayu tetapi gagal.

Sekitar 1970-an, terdapat dua siri pembunuhan dilakukan oleh ejen komunis ke atas pegawai tertinggi Polis Di-Raja Malaysia iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim (1974) dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong (1975). Tugu Negara juga turut dibom pada 1975. Komunis meletakkan senjata selepas diadakan Majlis Perjanjian Damai di antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Haadyai, Thailand pada 1 Disember 1989.

Kesimpulannya, perjuangan komunis gagal kerana ia tidak mendapat sokongan orang Melayu yang berakidah Islam. Perjuangan komunis bukanlah satu sumbangan kemerdekaan tanah air kerana cita-cita PKM mahu membentuk sebuah Republik Komunis Tanah Melayu adalah satu bentuk penjajahan baru yang tidak dapat diterima sama sekali, khususnya di kalangan orang Melayu beragama Islam. Justeru, wajarkah satu perjuangan songsang diberi pengiktirafan di negara ini?

Dipetik dari VAT69 FB


Thursday 7 May 2015

TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2)

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi pembangunan sebuah menara kediaman.
Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Johan Abdullah, berkata pembelian itu adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
“Pelaburan ini adalah keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.
“Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional,” katanya dalam kenyataan pada Khamis, lapor BH Online.
Cadangan pembangunan kediaman itu akan dibangunkan oleh anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.
Bagaimanapun TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) seperti yang dilaporkan beberapa blog tertentu.
“Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan itu.
“TH akan terus meneroka peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangka kerja Alokasi Aset Strategik,” katanya.
Tabung Haji adalah sebuah badan berkanun yang diperbadankan di bawah Akta Lembaga Tabung Haji, 1995 (Akta 535).
Aktiviti utama TH adalah dalam pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. Antara sektor pelaburan terasnya adalah kewangan Islam, perladangan, hartanah, pembinaan, teknologi maklumat, minyak & gas, hospitaliti, perkhidmatan dan makanan halal.
TH mempunyai 120 buah cawangan di seluruh negara dan satu cawangan di Jeddah, Arab Saudi.
Beberapa laporan sebelum ini menyebut, TH akan membeli dua lot tanah di TRX membabitkan pertimbangan keseluruhan RM772 juta.
TRX, pusat perniagaan baharu seluas 70 ekar di pusat bandar Kuala Lumpur adalah satu daripada dua hartanah utama 1MDB.
Satu lagi projek hartanahnya ialah Bandar Malaysia di tapak bekas lapangan terbang di Sungai Besi. Mengikut laporan sebelum ini, TH dikatakan membeli satu lot tanah di TRX pada pertimbangan RM2,860 sekaki persegi dengan peruntukan keseluruhan RM194 juta untuk dibangunkan sebuah pangsapuri khidmat setinggi 40 tingkat.
Sementara satu lot lagi akan dibeli pada pertimbangan RM3,900 sekaki persegi membabitkan pertimbangan RM578 juta yang akan dibangunkan dengan sebuah menara 74 tingkat dikenali ‘Signature Tower’.


Wednesday 6 May 2015

KEGANASAN DI PRK PERMATANG PAUH OLEH PENYOKONG PKR!!

PERMATANG PAUH: Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PKR) Permatang Pauh dicemari dengan pertelagahan antara dua puak yang mendakwa penyokong Pas.
Dalam kejadian di Penanti kira-kira jam 5 petang pada Rabu, menyaksikan perang mulut dan tolak menolak antara penyokong Pas yang didakwa penyokong ulamak dengan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Penyokong yang mendakwa kumpulan ulamak itu menggesa agar pengundi tidak memberi undi kepada Datuk Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menentang pelaksanaan hukum hudud.
Kumpulan itu membawa sepanduk yang tertera “Pemuda bersama kepimpinan ulamak” serta “hudud hukum Allah”.
Insiden yang melibatkan 20 lelaki yang mendakwa penyokong Pas itu berjaya dileraikan oleh anggota polis.
Mantan Setiausaha PAS Permatang Pauh, Abdul Razak Abdullah menganggap insiden itu satu sabotaj dan provokasi terhadap Pas kawasan Penanti.
“Mereka tahu di sini (Penanti) merupakan kubu kuat Pas dan Pakatan Rakyat (PR). Mereka sengaja hendak buat kacau,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Insiden keganasan di PRK Permatang Pauh semakin berlarutan pada pagi ini apabila beberapa buah kenderaan penyokong BN dan Van Skuad Sayang UMNO dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang melakukan provokasi bagi mencetuskan suasana yang tegang sewaktu hari pengundian..adakah PKR semakin terdesak?..


PRK PERMATANG PAUH 2015..

Hari ini, 7 Mei 2015, pengundi di Parlimen Permatang Pauh akan menentukan siapakah daripada empat (4) calon; Suhaimi Sabudin Barisan Nasional (BN), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas) yang akan mewakili suara mereka di Parlimen selepas 12 hari berkempen siang dan malam bermula 25 April lepas.

Terdahulu, seramai 627 pemilih telah pun membuang undi dalam pengundian awal yang dijalankan pada 3 Mei lepas di dua lokasi iaitu di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dan Berek Kelamin, Balai Polis Kubang Semang.

Sebanyak 130 saluran mengundi di 25 pusat mengundi telah dibuka pagi ini bagi membolehkan seramai 71,252 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia yang mengamalkan demokrasi.

PRK Permatang Pauh diadakan selepas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan selepas dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah dalam kes liwat.