Wednesday 6 May 2015

PRK PERMATANG PAUH 2015..

Hari ini, 7 Mei 2015, pengundi di Parlimen Permatang Pauh akan menentukan siapakah daripada empat (4) calon; Suhaimi Sabudin Barisan Nasional (BN), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas) yang akan mewakili suara mereka di Parlimen selepas 12 hari berkempen siang dan malam bermula 25 April lepas.

Terdahulu, seramai 627 pemilih telah pun membuang undi dalam pengundian awal yang dijalankan pada 3 Mei lepas di dua lokasi iaitu di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dan Berek Kelamin, Balai Polis Kubang Semang.

Sebanyak 130 saluran mengundi di 25 pusat mengundi telah dibuka pagi ini bagi membolehkan seramai 71,252 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia yang mengamalkan demokrasi.

PRK Permatang Pauh diadakan selepas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan selepas dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah dalam kes liwat.



No comments:

Post a Comment