Thursday 24 September 2015

INSIDEN REMPUHAN DI MINA

Makkah: Jemaah haji yang maut telah meningkat kepada 310 orang manakala 450 lagi cedera akibat terjatuh dan terpijak ketika jemaah melontar jamrah di Mina hari ini.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Brigedier Jeneral Mansour al-Turki berkata, "Ada kejadian terpijak di Mina dan Jabatan Pertahanan Awam sedang menanganinya."

Menurut wartawan Al Jazeera di Mina, Basma Atassi, kejadian berlaku di jalan raya antara penempatan jemaah.

"Jalan itu diberi nama Jalan 204. Kejadian rempuhan dan terpijak itu tidak berlaku ketika upacara melontar tetapi ketika jemaah bersesak menuju ke tempat melontar," katanya.

Punca kejadian ini belum dapat dikenal pasti.

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi dalam akaun twitternya memaklumkan operasi menyelamat sedang dijalankan.

Jumlah mangsa mungkin meningkat daripada semasa ke semasa.

Mina terletak kira-kira lima kilometer dari Makkah.

Jemaah Malaysia diyakini tidak terlibat kerana giliran mereka melontar adalah sebelah petang selepas asar. Kejadian berlaku sebelum jam 12 tengahari.  Sama2 kita doakan jemaah kita.

Kita sedang mengadakan head count jemaah Malaysia dikemah masing masing

No comments:

Post a Comment