Thursday 10 September 2015

DAP Desak Azmin Beri Penjelasan Isu Kerugian Anak Syarikat MBI & Kaitan Dengan DEIG

09/9/15 –Ahli Parlimen DAP-Serdang, Dr Ong Kian Ming mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali memmberi penjelasan isu kerugian anak syarikat yang berada di bawah Mentri Besar Incorporated (MBI) dan perkaitannya dengan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Dalam kenyataan hari ini, beliau terkejut apabila mendapati hanya lapan daripada 28 syarikat ‘Government Link Agency (GLC)’ di bawah MBI yang mencatatkan keuntungan dan menyuarakan kebimbangan adakah syarikat-syarikat itu bakal diletakkan di bawah DEIG.

“Sama ada wujud atau tidak penstrukturan semula di bawah DEIG atau secara langsung di bawah MBI, ia masih menimbulkan perdebatan.

“Pada masa ini, hanya terdapat sedikit sahaja maklumat di laman web DEIG yang menunjukkan terdapat apa-apa strategi yang masuk akal,” kata Ahli Parlimen DAP itu dilapor The Rakyat Post.

Beliau menyebut anak-anak syarikat MBI yang mengalami kerugian antaranya adalah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) dan lima daripada tujuh anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

KDEB yang merupakan syarikat induk utama di bawah MBI mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM144.4 juta bagi tahun kewangan 2014.

KHSB mengalami kerugian besar sebanyak RM235 juta selepas cukai walapun memperolehi hasil pendapatan sebanyak RM31.5 juta.

Lima daripada tujuh anak syarikat PNSB adalah syarikat yang tidak aktif (dormant) yang tidak mendaftar satu sen pun pendapatan dalam tahun kewangan 2014 telah mencatatkan kerugian selepas cukai daripada RM4,000.

Manakala kesemua aset ‘leisure and hospitality’ milik MBI mengalami kerugian selepas cukai di antara RM294,000 bagi Bukit Beruntung Golf & Country Resort hinggalah kepada RM1.95 juta bagi Brisdale International Hotels dan RM7.01 juta bagi Perangsang Hotel and Properties.


Semalam, Ong dilaporkan The Malay Mail menggesa Azmin untuk mendedahkan akaun penuh MBI dan jumlah pampasan kepada eksekutif MBI kepada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Azmin juga diminta untuk membuat semakan dan mendedahkan dasar dividen MBI dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang berada di bawahnya untuk mengelakkan ketidaktelusan.

“Tidak perlu dikatakan, standard ketelusan yang sama hendaklah digunakan untuk DEIG,” katanya.

Menurutnya langkah itu perlu untuk memastikan MBI dan DEIG lebih baik daripada syarikat pelaburan persekutuan, Khazanah Nasional Bhd.

“Azmin juga telah berjanji bahawa akaun MBI akan dibentangkan di sidang DUN Selangor selepas kebimbangan awal mengenai DEIG dibangkitkan.

“Tetapi ini adalah hanya satu langkah pertama untuk membuktikan bahawa standard ketelusan dalam MBI memang lebih baik daripada Khazanah, “katanya.


No comments:

Post a Comment