Friday 25 September 2015

SALURAN NEWSASIA SINGAPORE INSIGHT KITAR ISU BASI DEMI MENJAYAKAN AGENDA MENJATUHKAN NAJIB

Oleh Lokman Adam

Baik BERSIH 1 hinggalah ke BERSIH 4, walaupun mereka bertopengkan matlamat membersihkan sistem pilihanraya, kebebasan sistem kehakiman, penggunaan dakwat kekal dan pelbagai alasan bodoh lain, rata-rata rakyat Malaysia sedar bahawa BERSIH hanyalah alat pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO iaitu Parti Melayu terbesar negara ini.

Sebaliknya, BERSIH 4 yang bertujuan untuk memberikan tekanan kepada Najib yang kini sedang hebat difitnah oleh musuh politiknya dari luar dan dalam UMNO sendiri, kini terbukti telah menyelamatkan Najib.  Semuanya gara-gara kebiadapan perserta BERSIH 4 yang langsung tidak sensitif dengan melakukan perkara-perkara yang dianggap "pantang" atau "mencabar" bangsa Melayu.  Orang Melayu yang selama ini terkenal dengan sikap bertolak ansur dan lemah lembut secara tiba-tiba telah bangkit bingkas menunjukkan taringnya.  Terima kasih tidak terhingga buat pemijak gambar Najib dan Hj Hadi terutamanya.

Menyedari hakikat bahawa BERSIH 4 telah menyatukan semula orang Melayu dan melenyapkan harapan kolusi DAP untuk memerintah negara serta memusnahkan harapan Tun Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang enggan mengikut telunjuknya, Saluran NewsAsia Singapore Insight telah menerbitkan sebuah dokumentari berjudul "A Fractured Nation" untuk memutar belitkan hakikat sebenar.  Dalam dokumentari tersebut,  mereka langsung tidak menceritakan bahawa kebangkitan Melayu 16 September lalu adalah tindak balas sepontan terhadap  sikap kurang ajar peserta BERSIH 4 yang memijak gambar PM dan Presiden PAS, aksi mereka membawa penyapu sepertimana berlakunya peristiwa 13 May dan pelbagai bentuk penghinaan lain keatas PM dan isteri oleh penyokong DAP di BERSIH 4.

Sebaliknya, NewsAsia Singapore memutarbelitkan cerita dengan menuduh Dato Seri Najib pula yang menganjurkan Himpunan Merah untuk mengalih perhatian rakyat daripada tertumpu kepada skandal yang beliau hadapi.  Seperti media asing lain yang tidak pernah berhenti memburukkan Malaysia, NewsAsia Singapore telah mengeluarkan semula cerita basi yang sudah dijawab berkali-kali oleh kita.  Bermula dengan saman Anina yang tidak pernah dilantik oleh UMNO untuk mewakilinya, isu siasatan FBI berdasarkan dokumen palsu yang digunakan oleh WSJ, isu USD 700 juta dalam akaun Najib yang SPRM sendiri sudah sahkan bukan dari 1MDB dan pelbagai fitnah lain yang terbukti telah gagal menjatuhkan Najib.

Meneliti rentetan serangan terhadap Dato Seri Najib oleh Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya ini, boleh saya simpulkan serangan ini terbahagi kepada 7 Fasa berikut:-

Fasa 1 - Membangkit kebencian rakyat terhadap Najib.  Memainkan isu 1MDB, Jho Low, Rosmah, Perkahwinan Anak Najib, Kos Sara Hidup dll.  (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 2 - Menggunakan beberapa individu berpengaruh di dalam UMNO untuk mempersoalkan tentang 1MDB dan dana PRU13.  (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 3 -  Menggunakan TPM dan Beberapa Pegawai Kanan Kerajaan untuk mendesak Najib melepaskan jawatan. (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 4 - Cubaan melakukan undi tidak percaya ke atas Najib di Parlimen. (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 5 - Menggadai semua prinsip perjuangan dan melacurkan diri menyertai BERSIH 4 dengan harapan rakyat bangkit menentang Najib.  (Gagal dengan segagal-gagalnya)

Fasa 6 - Menggunakan Khairuddin, Mathias Chang dan Media Asing untuk memberikan tekanan antarabangsa terhadap Najib.  (Dijangka gagal kerana FBI pun lari bila Najib sampai New York, mereka juga termakan fitnah Mahathir takut dipindahkan ke PMO)

Fasa 7 - Dihormati sebagai Negarawan atas jasa memerintah negara selama 22 tahun.  Namun malangnya, akhirnya pergi dan diingati sebagai seorang yang GAGAL.

Apa lagi yang Mahathir mahu?  Tidak cukupkah kekayaan yang telah dipunggah selama 22 tahun memerintah?  Apa guna jika Najib dapat dijatuhkan tapi proksi kamu mewarisi kerajaan yang terlalu lemah akibat serangan-serangan dari kamu yang bertalu-talu ini.  Masih belum terlambat untuk memperbetulkan kesilapan.  Gunakanlah pengalaman memerintah selama 22 tahun itu untuk bantu mengukuhkan negara, bukan untuk menghancurkannya. Itulah sifat sebenar yang patut ada pada mana-mana negarawan.  Dendam kesumat hanya akan membawa kepada kehancuran.  Esok lusa mungkin kita dijemput Ilahi, jangan sampai anak kita pula yang terima padah akibat perbuatan kita.


No comments:

Post a Comment