Friday 14 August 2015

ADAKAH FAKTA & KEBENARAN SUDAH TIDAK BERNILAI LAGI?...

Apabila di laman sosial dipenuhi cacian dan makian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah kelihatan zamannya apabila kebenaran sudah tiada nilai lagi di mata manusia.

Pada mereka siapa yang betul dan pantas menyebarkan berita awal itulah yang dipercayai biarpun bunyinya tidak logik. Siapa yang kemudian tampil dan memberikan kebenaran dan hujah sudah tidak boleh diterima lagi.

Kalau dilihat, Najib sebelum ini diserang oleh laman blog Sarawak Report (SR) yang mendakwa wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.6 bilion telah disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Untuk menguatkan persepsi atau andaian, SR telah mereka grafik seakan-akan menunjukkan pergerakan wang berkenaan dari luar negara dan kemudian ke dalam akaun Najib.

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya mengesahkan bahawa wang berkenaan bukan dari 1MDB tetapi adalah dari sumbangan penderma untuk dana politik.

Kini, Najib memberi penjelasan demi penjelasan berkaitan dakwaan SR itu dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO di seluruh negara.

Bagaimanapun, di laman sosial umpamanya Facebook, bagi mereka yang tidak mahu mengetahui kebenaran akan menutup mata, telinga dan hati mereka daripada menerima serta mengiyakan kebenaran ini sebaliknya terus menuduh Najib yang juga Presiden UMNO sebagai korup dan bersalah.

Bagaimanapun, apa sahaja yang didakwa oleh pembangkang, media asing dan juga tokoh ekstremisme tanpa ada sesuatu yang nyata akan diterima bulat-bulat oleh penyokong biar pun tidak berasaskan fakta atau kebenaran.

Semua penilaian dibuat atas dasar kebencian kepada kerajaan dan parti yang telah dipupuk secara jahat oleh parti pembangkang melalui permainan persepsi dan spekulasi.

Lihat sahajalah permainan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam soal dakwaan isteri Najib membeli cincin yang berharga lebih RM20 juta.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menyatakan bahawa kenyataan mengenai dakwaan itu dibuatnya secara berseloroh.

“Kata-kata itu mesti difahami dalam konteks yang betul, ia tidak mengandungi fitnah,” kata Rafizi dalam dipetik The Malaysian Insider (TMI).

Dimanakah letaknya kebenaran dalam permainan Rafizi ini, sudah semestinya tiada nilai. Yang bernilai ialah persepsi yang diwujudkan oleh beliau dengan niat rakyat akan membencikan mereka suami isteri.

Kebencian sudah wujud, biarlah kenyataan yang dibuat itu disaman fitnah di mahkamah asalkan kebencian itu kekal disitu kerana rakyat yang benci tidak akan melihat akan kebenaran.

Di dalam dunia, fitnah itu tidak akan berakhir tetapi kebenaran akan sentiasa ada.

– UMNO Online –


No comments:

Post a Comment