Monday 3 August 2015

Ceritera Proksi Pemegang Amanah ??....

Oh, ya, dan satu lagi soalan, adakah benar bahawa Najib mendesak pemegang amanah Umno dan proksi-proksi mereka untuk memulangkan semula semua yang mereka pegang bagi pihak Umno? Dan adakah mereka enggan untuk berbuat demikian? Dengan sebab itu mereka mahu menggulingkan Najib, supaya mereka tidak perlu memulangkan harta Umno yang di bawah nama mereka?

Terdapat satu jenaka di kalangan Umno. Ibu pejabat Barisan Nasional memberikan setiap satu daripada 222 kawasan Parlimen RM10 juta untuk membayar perbelanjaan pilihanraya umum. Ianya akan dibayar kepada pusat operasi negeri dan jumlah keseluruhannya adalah RM2.2 bilion.

Pusat Operasi Negeri menyerahkan RM5 juta kepada setiap satu daripada 222 kawasan Parlimen, yang sepatutnya untuk menampung kos kempen pilihan raya untuk lebih daripada 500 kawasan Dewan Undangan Negeri juga. Yang berjumlah RM1.1 bilion.

Belanjawan sebanyak RM50 dibelanjakan bagi setiap pengundi untuk bendera, sepanduk, poster, makanan, air mineral, pengangkutan, dan lain-lain, dalam setiap satu daripada 222 kawasan Parlimen dan lebih daripada 500 kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah mereka. Yang berjumlah RM500 juta.

Jadi, RM2.2 bilion diberikan tetapi hanya RM500 juta dibelanjakan. Dan itulah sebabnya mengapa orang Umno suka pilihanraya umum dan pilihanraya kecil. Waktu itu wang mengalir seperti air dan tidak ada sesiapa yang mempunyai masa untuk menyemak akaun dan menentukan sama ada wang tersebut “sampai”, sebagai orang-orang Umno biasanya berkata, akan ‘reach the ground’.

Keadaan bertambah buruk bagi kerusi seperti Cheras, yang berada di bawah Syed Ali Alhabshee, yang Umno tahu ianya tidak boleh dipertandingkan dan walaupun ia dipertandingkan pun tidak akan menang. Mengapa menghabiskan begitu banyak wang pada kerusi yang kalah? Lebih baik mereka simpan wang tersebut kerana mereka tahu bahawa apa pun jumlah wang yang mereka habiskan mereka masih akan kalah juga.

Itulah masalah dengan belanjawan pilihanraya. Anggaran hanya suku sahaja dari apa yang diberikan sebenarnya ‘sampai’. Kebanyakan daripadanya, memetik kata Tun Dr Mahathir Mohamad, “disappears into thin air”.

Cara lain untuk membiayai aktiviti Umno dan membayar untuk perbelanjaan pilihanraya adalah melalui projek-projek dan perniagaan. Tetapi Umno tidak boleh secara langsung menjalankan perniagaan ini. Pada masa lalu, Umno ada menjalankan perniagaan secara langsung di bawah namanya sendiri. Malah, Umno yang memiliki cukup banyak perniagaan dan syarikat.
Walau bagaimanapun, semua perniagaan tersebut gagal dan bankrap. Perniagaan telah diuruskan dengan begitu teruk dan yang selalunya orang-orang Umno yang dilantik sebagai pengarah dan pengurus “merompak” syarikat-syarikat tersebut dan mereka“perah” hingga kering. Tambahan pula, terdapat masalah besar pada tahun 1988 apabila aset Umno dan akaun bank dibekukan dan Umno berada dalam keadaan tenat.

Jadi susunan baru yang Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin tubuhkan adalah untuk mewujudkan pemegang amanah yang kemudiannya melantik proksi yang kemudiannya ada pula sub-proksi untuk memegang harta Umno di bawah”pemegang amanah”.

Tetapi pemegang amanah tidak boleh dipercayai dan proksi-proksi melarikan diri dengan wang. Akhirnya RM100 bilion yang Anwar Ibrahim dakwa dimiliki oleh Umno, yang sepatutnya bernilai lebih dari itu, sekali lagi, seperti kata Dr Mahathir, “disappeared into thin air”.

Ini merupakan dilema yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadapi dalam pilihanraya umum yang pertama dimana beliau perlu uruskan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2013. Bagaimana cara pastikan bahawa RM2.5 bilion yang dibelanjakan maka RM2.5 bilion tersebut “sampai” bukannya hanya RM500 juta sahaja ‘reached the ground’?

Umno sepatutnya memiliki RM100 bilion atau mungkin juga dua kali ganda nilai tersebut. Hakikat bahawa tiada siapa yang tahu sama ada Umno memiliki RM100 bilion atau RM200 bilion adalah kerana pemegang amanah yang sepatutnya memegang kekayaan Umno melalui proksi enggan mengisytiharkan berapa jumlah sebenar. Jika mereka lakukan demikian maka mereka perlu serahkan semua harta tersebut kepada Umno.

Jadi ramai pemegang amanah yang memegang harta Umno melalui proksi mendiamkan diri. Mereka berpura-pura seolah-olah mereka tidak tahu berapa banyak harta Umno dan ke mana wang tersebut telah pergi. Jika anda periksa akaun bank Umno maka jumlahnya adalah kosong. Jadi di mana RM100 bilion atau RM200 bilion atau apa sahaja jumlah sebenarnya?

Hanya pemegang amanah dan proksi mereka tahu. Ada juga yang mengatakan bahawa pemegang amanah itu sendiri tidak tahu angka sebenar kerana proksi-proksi mereka tidak memberikan maklumat. Jadi bukan sahaja pemegang amanah menipu Umno, malahan proksi-proksi juga turut menipu pemegang amanah.

Najib mendapati dirinya berada dalam kemelut kewangan apabila beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009. Umno sepatutnya kaya tetapi hakikatnya miskin. Dan apabila pilihanraya umum diadakan pada 2013 beliau bimbang tentang isu mencari dana sebanyak RM2.5 bilion untuk membiayai pilihanraya kerana pemegang amanah dan proksi Umno enggan menyerahkan semula harta UMNO yang di bawah nama mereka.

Kemudian timbul pula masalah sekiranya anda menyerahkan RM2.5 bilion kepada negeri-negeri, yang kemudiannya akan menyerahkan kepada kawasan pilihanraya, hanya RM500 juta yang akan sampai ke bawah manakala RM2 bilion pula akan “disappear into thin air”.

Saya diberitahu Najib telah berbincang dilema ini dengan Bank Negara dan mereka telah mencadangkan bahawa memandankan wang tersebut diperolehi secara sah melalui sumbangan atau derma maka ianya cukup selamat dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib. Selagi wang jelas penggunaanya maka tidak akan akan timbul sebarang isu.

Dengan Najib lakukan sepertimana yang dicadangkan. Apabila beliau menerima sumbangan tersebut, beliau masukkan ia ke dalam akaun bank peribadinya. Kemudian beliau mastikan wang tersebut tidak hilang begitu sahaja dengan sampai ke bawah sepertimana sepatutnya. (Ironinya, Dr Mahathir sendiri mengesahkan perkara ini apabila beliau mengadu tentang berapa jumlah yang dibelanjakan Najib untuk pilihanraya umum 2013).

Dan itu adalah bagaimana pilihanraya umum 2013 telah dibiayai dengan pengetahuan penuh Bank Negara, yang terpaksa meluluskan sejumlah besar wang yang masuk ke negara ini sejak dari mula lagi sekiranya tidak, wang tersebut tidak akan dapat dibawa masuk.

Jadi isunya di sini adalah, adakah Najib akan mendedahkan siapa penderma sejumlah besar wang tersebut? Najib berkata beliau bersedia untuk berbuat demikian jika pembangkang juga mendedahkan dari mana sumber kewangan mereka diperolehi dan siapa penderma mereka.

Namun pembangkang tidak mahu berbuat demikian. Mereka bukan sahaja ingin melindungi identiti penderma tetapi juga tidak mahu orang ramai tahu berapa banyak wang yang mereka miliki. Jadi Najib akan tunggu pembangkang mendedahkan sumber pembiayaan mereka terlebih dahulu sebelum beliau berbuat demikian.

Persoalan seterusnya yang perlu ditanya ialah berapa nilai sebenar harta Umno? Adakah RM100 bilion atau RM200 bilion atau lebih? Adakah Najib tahu atau pemegang amanah dan proksi mereka tidak akan buka mulut?

Dan akhir sekali, soalan yang paling penting : siapa pemegang amanah dan proksi tersebut dan mengapa tidak menyerahkan kembali harta tersebut kepada Umno atas apa yang mereka pegang sebagai amanah bagi pihak parti?
Ya, saya rasa soalan terakhir merupakan paling penting sekali.

Oh, ya, dan satu lagi soalan, adakah benar bahawa Najib mendesak pemegang amanah Umno dan proksi-proksi mereka untuk memulangkan semula semua yang mereka pegang bagi pihak Umno? Dan adakah mereka enggan untuk berbuat demikian? Dengan sebab itu mereka mahu menggulingkan Najib, supaya mereka tidak perlu memulangkan harta Umno yang di bawah nama mereka?

Soalan, soalan, soalan … sekarang boleh tak kita dapatkan jawapan!

– Malaysia Today


No comments:

Post a Comment