Monday 31 August 2015

UNDUR TSMY! JAMAL DAPAT SOKONGAN MAJORITI!!



SUNGAI BESAR: Lebih dua pertiga perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar meluluskan usul meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin "berundur secara terhormat"sebagai Timbalan Presiden parti.
Dalam usul yang dicadangkan ketua bahagiannya, Datuk Jamal Md Yunos, 274 menyokong manakala 171 lagi membantah.Beliau dalam kenyataannya berkata, usul berkenaan dibangkitkan setelah pihaknya berpendapat UMNO tidak boleh mempunyai dua nakhoda.

Usul itu diluluskan melalui undian secara sulit setelah berlakunya perbahasan dikalangan perwakilan dengan 4 orang perwakilan bangun membahaskan usul ini.
Dua orang pembahas usul yang menyokong usul ini menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai liabiliti kepada UMNO dan menyukarkan parti bagi menghadapi PRU14.
manakala dua orang pembahas yang menentang usul ini mahukan Timbalan Presiden UMNO itu dikekalkan bagi mengelakkan perpecahan dikalangan ahli akar umbi jurangnya semakin besar dan menyerahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk membuat tindakan yang sewajarnya dalam isu ini.
“Usul ini menerima sokongan lebih dua pertiga perwakilan yang hadir. Kita merasakan Najib perlu mempunyai pembantu yang setia, iaitu Ahmad Zahid. Masa sudah terlalu suntuk, fokus perlu diberikan untuk menentang pihak lawan.

Dato Jamal Yunos Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkata ketika membentangkan usul tersebut menyebut “Jika Muhyiddin terus kekal sebagai Timbalan Presiden, Najib nanti tidak ada kerja lain kerana asyik perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan Muhyiddin,”ujarnya lagi.

Usul berkenaan juga berpandangan bahawa Muhyiddin perlu memberi peluang kepada Najib dan Ahmad Zahid untuk meneruskan usaha mengukuhkan parti untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke 14.



Posted via Blogaway


No comments:

Post a Comment