Friday 14 August 2015

JUSTO MENGAKU BERSALAH!!!...

"Perbicaraan penuh tidak akan diadakan sebaliknya mahkamah akan memutuskan hukuman penjara ke atasnya"

PETALING JAYA: Keputusan hukuman penjara terhadap Andre Xavier Justo akan dibuat paling awal pada minggu depan.
Perkara itu disahkan Dr Marc Henzelin, yang memaklumkan, tarikh perbicaraan untuk menjatuhkan hukuman terhadap anak guamnya masih belum ditetapkan.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas Justo mengaku bersalah.
“Dia mengaku bersalah, jadi tidak akan ada perbicaraan penuh dengan saksi kerana keputusan itu sudah selesai.
“Akan ada pendengaran secara teori yang akan diadakan minggu depan. Dia akan dihukum dengan segera.
“Hakikat bahawa dia mengaku bersalah boleh meringankan hukuman. Asas bahawa dia bekerjasama dengan polis dan pengakuan yang dibuat akan dipertimbangkan hakim, katanya yang dipetik daripada The Star Online.
Bekas eksekutif PetroSaudi itu ditahan 22 Jun lalu di Koh Samui selepas didakwa memeras ugut majikannya.
Dia kemudian menjual data yang diperolehi kepada sekumpulan individu yang dikatakan cuba menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

~sumber:FMT Reporters 14 Aug 2015


No comments:

Post a Comment