Wednesday 12 August 2015

PUNCA NILAI RINGGIT JATUH DIDEDAHKAN....





Sebilangan rakyat negara ini mula keluh kesah kejatuhan nilai ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat (US Dollar) pada masa sekarang pada tukaran RM 4.01 = USD 1.

Sebahagian mereka bukan pengimport,mempunyai hutang dalam USD mahu pun selalu melakukan perjalanan ke luar negara,namun mereka mencipta riuh rendah isu ini untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.Kononnya kerana masalah 1MDB dan isu wang dana politik RM 2.6 Bilion maka matawang negara jatuh teruk.

Faktanya,Ringgit bukanlah satu-satunya mawatang dunia yang mengalami kejatuhan teruk.Malah,kegairahan rakyat negara ini memburukkan kelemahan ringgit sangat memalukan dan menunjukkan nasionalisme dan patriotisme telah mati dalam diri mereka.

Kejatuhan matawang ringgit tidaklah seteruk mawatang Russia,Indonesia,India,Norway,Canada dan Australia.Malangnya,rakyat Malaysia tanpa mahu melihat fakta menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib semata-mata dan berasaskan kesimpulan yang salah.

Sebenarnya, dunia sedang berhadapan dengan krisis matawang kerana beberapa faktor berlaku serentak. Punca ini berasaskan faktor luaran dan dalaman.

Faktor Luaran :-

1)Kenaikan USD secara mendadak.Dalam konteks sekarang faktor luaran yang tidak dapat dikawal oleh negara-negara terjejas seperti Russia,Malaysia dan Austrakia ialah pengukuhan USD yang drastik.Ini berikutan cadangan Amerika Syarikat (US) untuk meningkatkan kadar faedah pada September ini.Banyak pemegang matawang negara melepaskan pemegangan ringgit mereka kepada USD.

2)Krisis ekonomi China.China mengalami pertumbuhan ekonomi yang terlalu pesat sehingga dikhuatiri pasaran saham dan kewangan mereka hari ini ialah ruapan atau buih-buih sahaja (buble market) bukannya sesuatu yang nyata.Kenaikan matawang China yang terlalu tinggi merugikan eksport mereka dan kerajaan China mengambil keputusan menurunkan nilai matawang mereka.

Faktor Dalaman :-

Di samping itu terdapat faktor dalaman kepada negara yang mengalami kejatuhan matawang mereka.Negara-negara ini bergantung kepada eskport komoditi seperti minyak mentah,minyak kelapa sawit dan mineral.

Kejatuhan harga komoditi ini turut mendorong kejatuhan matawang.Di Malaysia sendiri,sungguhpun pengenalan GST membolehkan ekonomi negara lebih stabil dan tidak terlalu bergantung kepada hasil minyak mentah dan minyak kelapa sawit,ketidakstabilan politik telah menyebabkan ringgit terus mengalami kejatuhan nilai.

Berikutan serangan bertalu-talu oleh bekas Perdana Menteri yang paling berpengaruh di negara ini,Tun Dr Mahathir Mohamad,telah mewujudkan ketidakstabilan politik.Tindakan sebahagian rakyat cuba menunjukkan negara ini sedang dalam krisis kepimpinan menyebabkan pelabur hilang keyakinan.

Para pelabur tidak pasti sama ada kerajaan ini akan kekal atau runtuh.Ini menyebabkan sebahagian pelabur melepaskan pegangan ringgit dan memegang USD atau matawang lain yang lebih kukuh dan mempunyai persekitaran politik dan ekonomi yang lebih stabil seperti Sterling dan Euro.

Para pemegang matawang ringgit hilang keyakinan bahawa kerajaan ini akan kekal lalu melambakkan ringgit ke pasaran.Rakyat Malaysia jangan salahkan sesiapa kerana mereka sendiri sebenarnya menghilangkan keyakinan pelabur kepada matawang ringgit apabila mula berkempen“jatuhkan Najib”, “tangkap najib” dan ugutan menurunkan Perdana Menteri melalui politik jalanan.



Posted via Blogaway


No comments:

Post a Comment